Kali ini saya nak kongsikan lagi panduan Adsense yang agak sering ditanya, iaitu cara nak letakkan iklan Adsense atau kod Adsense dalam artikel blog. Sebenarnya, tak susah mana pun ... jika faham apa itu kod HTML, pasti dah tahu caranya yang sangat mudah.

Saya sebenarnya dah praktikkan lama. Walaupun tak banyak yang cerita cara ini, tapi rasanya inilah cara paling sesuai dan terbaik.

Tatacara Nak Meletakkan Iklan Adsense Di Tengah Artikel/Post Blog

Tatacara Nak Meletakkan Iklan Adsense Di Tengah Artikel

Kalau ikutkan ada sahaja template blog (blogspot) yang mampu optimasikan iklan Adsense dengan meletakkan iklan tersebut di awal, di tengah dan di akhir sesebuah post atau artikel dalam blog.

Tapi itulah, bukan semua blogger yang mempunyai template sebegitu, apatah lagi kebanyakkan template tersebut adalah jenis premium iaitu berbayar.

Buat apa nak bayar jika boleh buat secara percuma, ye tak?

Ok.

Langkah Demi Langkah Letakkan Iklan Adsense di Tengah Artikel/Post

Cara yang saya kongsikan ini adalah cara manual, iaitu dengan mengambil kod Adsense daripada dashboard Google Adsense, dan terus masukkan ke dalam artikel atau post baharu blog.

Lokasinya ikut suka, tapi mestilah lebih daripada setengah artikel blog.

Untuk lebih berkesan, pilih jenis iklan Adsense berbentuk in-Article. Ia adalah tips yang diberikan oleh Adsense sendiri. Iklan jenis ini akan blend-in dengan artikel yang ditulis.

Contoh di bawah:

Tatacara Nak Meletakkan Iklan Adsense Di Tengah Artikel

Untuk cara meletakkan iklan Adsense di tengah post, ikuti cara di bawah ini ....

Pergi ke dashboard Adsense (https://www.google.com/adsense), pilih native in-article ads, ambil kod HTML yang disediakan.

Tak perlu ambil semua, cukup ambil bahagian selepas scripts awal sahaja .. macam ni ...

Tatacara Nak Meletakkan Iklan Adsense Di Tengah Artikel

Yang awal tu ... tak perlu letak dah kalau dalam dashboard blogspot dah link dengan akaun Adsense anda, atau dah ada kod Adsense lain yang gunakan kod penuh.

Cukup sekali, ia sekaligus akan membuatkan blog anda tidak ada masalah loading lambat. Kena ingat, lebih banyak script digunakan, lebih lambat loading blog.

Kemudian, buka post baharu anda, edit HTML artikel tersebut, dan letakkanlah di dalam artikel tersebut seperti ditunjukkan di bawah ini:

Tatacara Nak Meletakkan Iklan Adsense Di Tengah Artikel

Amacam? Senang je kan? Terus je letak kod tersebut dalam artikel (html). Anda takkan nampak kod ni kalau anda tukar editor ke Compose. Anda akan nampak iklan Adsense ini muncul apabila anda publish post tersebut.

Biarkan beberapa ketika, dan kemudian cuba refresh link artikel yang baru anda terbitkan.

Walla, selesai.

In Sha Allah, di lain post, saya akan kongsikan bagaimana nak letakkan iklan Adsense ini di awal post, iaitu paling tepat di bawah tajuk artikel dan juga di akhir artikel.

Dua lokasi ini juga didapati sangat bagus dan terbukti mampu meningkatkan income USD Adsense menerusi blog. Cuma kena pilih jenis iklan Adsense yang sesuai supaya senang dan mudah mendapat klik.

Ok ye, jangan lupa untuk bersama saya di dalam Telegram khas yang telah saya buat untuk perkongsian lain mengenai blog dan cara jana income menerusi blog.

Selamat mencuba.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. waaaa terbaik tuan HH.. thank you kongsikan tips ni.. baru nak try try letak adsense dalam photo blog ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement