Cara Nak Dapatkan Free Internet Unifi #KhabarBaik

Anda dah claim ke internet Unifi free menerusi kempen Unifi Pay Nothing #KhabarBaik ? Kalau belum, masih ada masa untuk berbuat demikian. Caranya cukup mudah dan senang, malah menerusi kempen ini, anda mungkin dapat lebih nilai dalam bil internet Unifi anda dalam 3 bulan terakhir bermula Oktober 2019.

Saya dah claim, dan dah terima bil internet Unifi terkini untuk bulan Oktober dan juga November 2019. Yes. Memang benar, saya tidak perlu bayar apa-apa sehingga Disember 2019 menerusi kempen Unifi Pay Nothing #KhabarBaik ini.

Cara Nak Claim Unifi Free Internet

Cara Nak Claim Unifi Free Internet
Jika anda masih belum redeem atau dapatkan Unifi internet percuma ini, boleh ikuti panduan ringkas di bawah ini. Memang cukup senang ...

Oh ya, tawaran ini terbuka untuk pelanggan baharu dan juga pelanggan Unifi sedia-ada.

Langkah 1 - Login ke unifi.com.my menggunakan email anda yang didaftarkan dalam Unifi. Lepas tu, pilih 'Personal' untuk akaun individu atau kediaman. Pilih 'Business' jika plan Unifi anda adalah untuk pejabat atau kedai.

Jika sebelum ini, anda tak pernah lagi gunakan laman web ini untuk semak bil Unifi anda, boleh gunakan apps MyUnifi untuk daftar. Tak pasti cara nak login? Baca sini - Cara Login/Daftar Akaun MyUnifi

Cara Nak Claim Unifi Free Internet

Langkah 2 - Cari banner iklan #KhabarBaik .. klik 'Pay Nothing'. Biasanya anda akan nampak iklan ni dalam MyUnifi di bahagian atas sekali, seperti ditunjukkan di bawah ini.
Cara Nak Claim Unifi Free Internet

Langkah 3 - Anda akan dibawa ke microsite kempen ini, dan pilihlah atau klik 'via self-care'.
Cara Nak Claim Unifi Free Internet
Langkah 4 - Isi butiran yang diminta dengan lengkap. Untuk pengguna sedia-ada, anda hanya perlu renew langganan anda, untuk sahkan kontrak baharu selama 24 bulan. Anda akan menerima pemberitahuan samada anda layak atau telah disahkan untuk kempen Unifi Pay Nothing ini ...

Jika anda menggunakan apps MyUnifi, ia lebih kurang macam paparan di bawah ini ...

Cara Nak Claim Unifi Free Internet

Anda akan nampak dalam bil terkini yang anda tidak perlu bayar apa-apa, malah .. anda akan dapat rebat tambahan sepertimana bil Unifi terkini yang saya kongsikan kat atas sekali tu ...

Kalau belum lagi claim, klik banner di bawah ini .. dan dapatkan kelebihan ini ... sebelum ianya berakhir. Dan jika masih belum menjadi pelanggan Unifi, daftarlah sekarang dah tak perlu bayar sehingga Disember 2019.

Cara Nak Claim Unifi Free Internet



Post a Comment

3 Comments

  1. Yang belum redeem cepat cepatlah redeem kan.. Rugi kalau tak redeem

    ReplyDelete
  2. sayangnya kawasan saya tiada unifi...erm pakai wireless shj guna celcome

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com