Petua Elak Kucing Berak & Kencing Merata Tempat Tinggalkan Bau Busuk

Rumah saya kerap menjadi tempat pertapaan kucing-kucing jalanan. Rumah saya jadi tempat mereka mendapatkan makanan, tempat tidur dan beranak-pinak. Beberapa kali juga, haiwan yang menjadi kesayangan Nabi Muhammad S.A.W ini masuk tanpa kebenaran ke dalam rumah. Tidur di atas tilam, kencing merata dan mencuri ikan dari dapur.

Haiwan kekal haiwan. Sebagaimana anda latih ia untuk menjadi yang terlatih, haiwan akan tetap mempunyai sifat liarnya. Pun begitu, sebagai manusia berakal, kita tidak punyai hak untuk menyakiti dan menzalimi haiwan-haiwan yang merupakan makhluk Allah S.W.T. Elakkan berlaku kejam terhadap haiwan.

Petua Elak Kucing Berak Merata-Rata

Petua Elak Kucing Berak Merata-Rata
Samalah juga dengan kucing. Ia seperti haiwan yang lain, ia ada sifat liar. Mungkin ia boleh dilatih untuk berak dan kencing di tempat yang sepatutnya. Mungkin ia boleh dilatih untuk memahami arahan tuannya.

Tapi, bukan semua kucing yang ada di luar sana tu dapat dilatih. Apatalah lagi jenis kucing jalanan.

Macam yang saya sedang hadapi. Memang cukup sukar nak halang kucing-kucing ni dari berak dan kencing merata di kawasan rumah. Nak halang mereka dari curi lauk dan ikan yang siap sedia tu ... uhh memang tak terdaya.

Petua Elak Kucing Berak Merata-Rata
Kucing ni cukup lincah. Belum sempat kita nak halang, mereka dah dapat apa yang mereka nak. Susah betul.

Kucing yang berak merata-rata dan kencing sesuka hati sama ada di dalam rumah atau di luar rumah pasti akan meninggalkan bau yang sangat busuk dan hancing. Ia membuatkan kita rasa tidak selesa untuk melakukan tugas dan aktiviti harian.


Kadang tu, apabila ada tetamu singgah dan datang bertandang ke rumah, ia pasti akan memberikan gambaran yang negatif dan persepsi bahawa tuan rumah tidak menjaga kebersihan dan abaikan soal ini, walhal ia tidak benar. Betul tak?

[Dah Baca?] Falsafah Si Kucing

Ramai yang dah kongsikan banyak tips tentang cara nak elak dan halang kucing jalanan ni berak merata. Saya kongsikan beberapa tips tersebut untuk sama-sama jadikan panduan .. :)

Petua Halau Kucing Buang Najis di Halaman Rumah

Kepada anda yang runsing dengan keadaan kucing yang sering membuang najis di depan rumah, di halaman, di kawasan bercucuk tanam dan sebagainya, boleh ikuti petua ini untuk halau kucing dari buang najis atau berak merata ni.



Jika kucing anda suka membuang najis di tempat yang disebutkan tadi, anda hanya perlu menggunakan buah limau kasturi beberapa biji dan diperah airnya serta dimasukkan ke dalam bekas spray. Kemudian, semburkan ke tempat di mana kawasan yang sering menjadi pilihan untuk haiwan tersebut membuang najis.

[Dah Baca?] 6 Tips Nak Bela Haiwan Peliharaan Jika Ada Anak Kecil Di Rumah

Dengan mengamalkan petua ini, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan jayanya, in Sha Allah. Tiada lagi masalah kucing berak, najis berbau dan sebagainya. Sebaiknya diamalkan secara kerap jika anda mempunyai bilangan kucing yang banyak.

Petua Elakkan Kucing Berak Merata Tempat

Petua Halau Kucing Buang Najis di Halaman Rumah
Jika anda nampak atau tahu tempat di mana kucing itu membuang najisnya, anda perlu membersihkannya dengan segera. Ini tips paling mudah.

Kucing cenderung untuk pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali. Oleh itu anda perlu bertindak segera. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka.

Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.


Tips yang seterusnya ialah dengan menggunakan serai. Bau dari serai tidak disukai kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi yang ada di pasaraya. Gunakan ia untuk semburkan di kawasan di mana kucing sering berak di dalam rumah. Anda juga boleh letakkan bahan yang berbau serai ini di mana-mana sahaja di tempat strategik seperti di dalam bilik atau di ruang dapur.

Cara Nak Hilangkan Bau Najis Kucing

Ok. Antara masalah utama yang kerap dihadapi oleh mereka yang mempunyai kucing ialah masalah bau busuk dan hancing dari najis dan air kencing kucing. Gunakan tips dan petua di bawah ini untuk buatkan satu cecair untuk spray di kawasan atau tempat kucing membuang najis tersebut.

Bahan-bahan & Cara Nak Hilangkan Bau Najis Kucing

Tips nak hilangkan bau berak kencing merata-rata

  1. Gunakan 7 hingga 10 titis cuka makan. Bau cuka masam dan busuk, jadi kucing tak suka nak kencing atau berak kat tempat yang telah disembur itu.
  2. 1/4 penutup pelembut kain tidak kira jenis brand, cukup untuk bagi wangi.
  3. Air paip diletakkan agak-agak sampai penuh bekas spray.
  4. Apabila semua bahan sudah dicampurkan ke dalam bekas spray... goncang-goncangkan, seterusnya bolehlah spray di tempat di mana kucing tersebut membuang najis.
  5. Spray dua hari sekali. Kalau rajin, boleh sembur setiap hari.

Ok semua, dah dapat petua dan panduan nak elak kucing berak merata-rata? Saya pun nanti nak cuba petua ini. Emak dan isteri saya dah tahan lagi ... huhu...

Sebelum ini, kami dah cuba macam-macam cara nak halau dan elakkan kucing ni dari berak serta kencing merata-rata termasuklah menggunakan salah satu petua yang popular iaitu meletakkan botol yang mengandungi air berwarna merah.

Tapi ....

Hasilnya cukup mengecewakan ... adus.

Selamat mencuba ya ...


Kredit: D'Cat D'Hati dan Majalah Ilmu


Post a Comment

0 Comments