35 Contoh Soalan Psikometrik Peperiksaan Kemasukan Perkhidmatan Awam

35 Contoh Soalan Psikometrik Peperiksaan Kemasukan Perkhidmatan Awam

Contoh soalan Ujian Psikometrik. Sejak saya memperkenalkan rujukan dan panduan berkaitan kemasukan kerja kerajaan, ramai yang bertanyakan mengenai contoh-contoh soalan Ujian Psikometrik yang merupakan ujian wajib lulus untuk sesetengah jawatan kemasukan Perkhidmatan Awam (SPA).

Ujian Psikometrik asalnya merupakan sebahagian daripada seksyen dalam exam online SPA yang kini dikenali sebagai Peperiksaan Online Kemasukan Perkhidmatan Awam (PSEE). Ia adalah ujian berkaitan penelitian terhadap personaliti, tingkah-laku, emosi, cara berfikir dan cara bertindak.

Contoh Soalan untuk Ujian Psikometrik Kemasukan Perkhidmatan Awam (PSEE)

Contoh Soalan untuk Ujian Psikometrik Kemasukan Perkhidmatan Awam
Ramai calon peperiksaan online SPA gagal kerana kurang memahami bagaimana cara yang betul untuk menjawab soalan-soalan psikometrik ini.

Secara amnya, calon-calon Ujian Psikometrik dikehendaki menjawab soalan-soalan berkaitan item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi,
toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin serta kejujuran.

Jika anda mengikuti perkembangan skema dan format peperiksaan online dikendalikan pihak SPA, sebenarnya seksyen psikometrik ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat.

Ujian Psikometrik SPA Tu Susah?

Ujian Psikometrik SPA
Apabila disebut ujian Psikometrik, tentu ramai calon yang rasa gementar dan gugup. Maka, saya suka untuk berikan anda perkaitan ini agar anda dapat membuang rasa kegentaran anda. Jangan risau, tetapi jangan sampai anda tidak ambil kisah atau tiada sebarang persediaan ehh ...

Buat anda yang tidak tahu, bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri anda.

Cara yang sama juga digunakan oleh pihak SPA untuk format terkini Ujian Psikometrik ini. Malah, mereka serius nak singkirkan calon lebih awal dengan menyediakan satu laman web khas .. khusus untuk Ujian Psikometrik ini.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap.


Soalan Psikometrik Dengan Aneka Pilihan Jawapan

Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani kehidupan harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda akan ditanya dalam susunan soalan yang boleh memerangkap.

Nak jawab dengan betul dan dapatkan skor markah tinggi dalam ujian Psikometrik?

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Dari pengalaman saya, anda perlu dan seharusnya menjawab dalam keadaan aura positif yang menguasai diri dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Maka, sebelum peperiksaan atau ujian Psikometrik sebenar bermula, pastikan anda berada dalam situasi tenang dan positif. Tak boleh ada gangguan dari segi emosi samada dalam diri anda atau terhadap persekitaran .. seperti contoh - anda marah terhadap kenaikan barang atau kenapa komputer anda jadi lambat.

Baik. Untuk memudahkan anda lebih faham, selain membiasakan anda dengan soalan-soalan ujian Psikometrik ini, saya sediakan dan berikan 35 soalan contoh Psikometrik sebagai latihan.

1. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

2. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

3. Saya peka kepada perubahan persekitaran.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

4. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

5. Pepatah “Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua” tidak sesuai pada masa kini.
  • Sangat setuju
  • Setuju
  • Tidak pasti
  • Tidak setuju
  • Sangat tdak setuju
Rujukan Hadapi Temuduga Kerja Kerajaan

6. Program Khidmat Negara (PLKN) tidak sesuai dengan keadaan masakini.
  • Sangat setuju
  • Setuju
  • Tidak pasti
  • Tidak setuju
  • Sangat tdak setuju

7. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

8. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

9. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

10. First Impression mempengaruhi pendapat sesorang.
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju


11. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

12. Apabila rakan anda sedang bersedih, perkara utama perlu lakukan ialah mencari penyelesaian
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

13. Orang lain jarang boleh membuatkan anda marah
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

14. Moto 'Pelanggan adalah selalu betul'
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

15. Hukuman maksima perlu dikenakan kepada individu yang menghina Jalur Gemilang
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

16. Berbaris untuk membayar bil adalah sangat menyusahkan.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

17. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

18. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju


19. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

20. Memberikan senyuman adalah salah satu keistimewan saya.
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

21. Saya mudah berasa bosan.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

22. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

23. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

24. Saya bergantung pada orang lain untuk memulakan bicara.
  • Sangat setuju
  • Setuju
  • Tidak pasti
  • Tidak setuju
  • Sangat tdak setuju

25. Saya lebih berorientasikan keputusan segera daripada melihat hasil yang lebih besar.
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju


26. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada kenderaan tersebut memotong dalam keadaan bahaya.
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

27. Saya berhati-hati dalam membuat keputusan berkaitan masa depan kerjaya.

  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

28. Memberikan hadiah atas satu kejayaan merupakan satu bentuk motivasi
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

29. Saya menerima pujian atas kejayaan yang saya lakukan.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

30. Dalam sesebuah majlis, saya lebih gemar menyendiri dari bercampur-gaul dengan tetamu.
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

31. Saya datang awal ke tempat kerja.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

32. Saya pulang lewat dari tempat kerja.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

33. Saya seorang yang fokus terhadap kerja yang perlu dilakukan.
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

34. Apabila saya melakukan kesilapan, saya mula sangsi terhadap keupayaan dan pengetahuan seta kemahiran yang saya miliki.
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak setuju mahu pun setuju
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

35. Saya merasakan keputusan dibuat oleh orang lain tidak tepat.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan atau ujian Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang pihak Tim Infokerjaya keluarkan di bawah.
Rujukan Contoh Soalan Psikometrik



Pakej rujukan ini boleh anda gunakan sebagai latihan sebelum peperiksaan sebenar Ujian Psikometrik. Tidak kira apa jua gred jawatan yang bakal hadapi, bentuk soalan Psikometrik tidak jauh berbeza.

Namun, kadangkala ada gred jawatan yang memerlukan anda melaksanakan penyelesaian psikometrik dalam bentuk soalan matematik. Jadi, pakej rujukan ini turut menyediakan nota ringkas untuk penilaian matematik ini.


Saya harap info dan maklumat ini dapat membantu calon-calon yang dipanggil untuk sesi Ujian Psikometrik SPA. Gunakan contoh-contoh soalan psikometrik yang telah saya sediakan di atas sebagai salah satu persediaan sebelum ujian sebenar.

Akhir kata, saya doakan anda agar berjaya lulus dalam ujian ini nanti.

Tips akhir, tonjolkan nilai positif diri anda, dan sorokkan sikap negatif anda.

Selamat berjaya.


Bisnes Kambing

Post a Comment

0 Comments