Rujukan dan Contoh Soalan PSEE 2021. Terlibat dan dipanggil untuk jalani Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) tahun ini? Tak pasti dan masih tak tahu nak baca apa untuk peperiksaan tersebut? Tak pasti dengan bentuk soalan yang bakal ditanya?

Ramai calon yang dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk PSEE tidak tahu apa nak dibaca sebelum peperiksaan online bermula. Akibatnya, ramai yang tidak bersedia sehinggakan mereka terkedu apabila soalan-soalan peperiksaan mula keluar di skrin komputer.

Pakej Rujukan Terkini Untuk Persediaan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (PSEE)

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam - PSEE

Ramai yang mencari rujukan dan panduan untuk persediaan peperiksaan online ini. Calon ini tekad dan beriltizam untuk lulus setelah bertahun menunggu peluang untuk mendapat jawatan dalam perkhidmatan awam Malaysia.

Tak dapat dinafikan, kekosongan jawatan adalah sangat terhad dalam perkhidmatan awam, apatah lagi terdapat ura-ura untuk melanjutkan tempoh khidmat bagi kakitangan awam sedia-ada. Jadi, peluang untuk bekerja di sektor awam semakin terhad.

Jika ada sebarang pengambilan baharu untuk jawatan dalam perkhidmatan awam, sudah pastinya calon yang akan dipilih adalah mereka yang benar-benar layak dengan jawatan yang dipohon.

Rujukan Juruaudit WK41

PSEE Untuk Pilih Calon Yang Benar Layak

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) adalah salah satu kaedah untuk menyaring calon yang layak. Ia adalah proses penting pihak SPA untuk singkirkan calon pada peringkat awal, sebelum dipanggil untuk temuduga bagi jawatan yang dipohon selain menjalani beberapa ujian lain (tertakluk pada jawatan) jika perlu.

Calon yang mendapat peluang dan dipanggil untuk peperiksaan online oleh SPA adalah mereka yang sebenarnya telah memenuhi syarat asas pengambilan perjawatan yang ditetapkan. Namun, memandangkan jumlah calon memohon jawatan yang sama adalah sangat besar, peperiksaan PSEE adalah salah satu cara untuk mengurangkan jumlah calon yang layak.

Calon yang tersingkir serta kecundang pada peringkat PSEE ini biasanya terdiri daripada calon:
  • Tidak memahami bentuk serta format soalan.
  • Tidak pernah membuat latih-tubi untuk soalan daya penyelesaian masalah.
  • Kurang pengetahuan mengenai jawatan yang dipohon.
  • Kurang pengetahuan untuk menjawab soalan pengetahuan am.
  • Tidak pernah melakukan persediaan atau ulangkaji sebelum peperiksaan online dijalankan.


Manakala calon yang berjaya lulus dengan baik adalah mereka yang telah melakukan persediaan rapi sebelum peperiksaan, baik dari segi pengetahuan, fizikal dan juga mental.

[Baca Juga] Rujukan Bantu Calon Lulus Ujian Psikometrik SPA

Calon yang berjaya lulus ini biasanya adalah mereka yang telah mendapatkan rujukan yang dapat membantu mereka memahami bentuk dan format peperiksaan online, selain menguji pengetahuan menerusi contoh-contoh soalan yang disediakan dalam rujukan.


Daripada pengalaman ramai calon yang telah mengambil peperiksaan online dikendalikan oleh SPA, agak sukar nak lulus kalau tiada persediaan rapi dan juga rujukan. Jika ada buat persediaan sekalipun, ia lebih kepada persediaan yang ala-kadar serta menggunakan rujukan yang dah out-dated.

Pakej Rujukan Terkini Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (PSEE) 2021

Rujukan PSEE 2021

Seandainya anda merupakan calon yang dipanggil untuk jalani Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) SPA pada tahun ini, gunakan rujukan yang terkini yang disediakan oleh Tim Infokerjaya.

Rujukan disediakan oleh Tim Infokerjaya adalah merupakan ebook panduan dan rujukan yang telah dikemaskini mengikut format dan piawaian terbaharu. Ia merupakan rujukan di dalam bentuk pdf yang mudah untuk dimuat-turun dan dibaca di mana sahaja - termasuklah di smartphone anda.

Rujukan ini tersedia dan dibahagikan mengikut Seksyen Peperiksaan Online SPA. Ia mengandungi contoh-contoh soalan yang dilengkapkan dengan jawapan, malah turut diberikan tips menjawab selain helaian rumus dan formula untuk Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah.

Rujukan ini adalah SATU-SATUNYA rujukan yang menyediakan latih-tubi sebelum peperiksaan sebenar. Malah, ramai calon sebelum ini lulus dengan jayanya dengan berpandukan contoh-contoh soalan serta nota yang disediakan.

Andai anda adalah calon yang dipanggil untuk peperiksaan online SPA kali ini serta masih lagi mencari rujukan contoh soalan terbaik untuk melakukan latih-tubi, klik pada pautan disediakan di bawah ini:

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam - PSEE



Rujukan KHAS untuk PSEE JURUAUDIT W41

Rujukan PSEE Juruaudit

Khas untuk calon-calon peperiksaan online untuk jawatan Juruaudit WK41, sesi April 2021. Pihak Tim Infokerjaya sukacita memaklumkan bahawa satu RUJUKAN KHAS telah tersedia untuk tempahan mulai 28 April 2021.

Rujukan khas ini disediakan untuk menepati format dan bentuk soalan bagi PSEE jawatan ini. Ia merupakan rujukan lengkap contoh soalan SETIAP SEKSYEN dengan jawapan.

Rujukan ini mempunyai 90+ mukasurat penuh, dan turut menyediakan lampiran rumus matematik untuk kegunaan Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah. Harga tempahan untuk pakej rujukan ini bermula dari RM40 - RM100.



Rujukan Khas Ujian Psikometrik

Rujukan khas Ujian Psikometrik 2019

Untuk mereka yang dipanggil oleh SPA untuk UJIAN PSIKOMETRIK, anda boleh gunakan pakej rujukan khas ujian ini di bawah. Ia mempunyai contoh-contoh soalan ujian untuk dijadikan latih-tubi (lengkap jawapan) sebelum ujian penilaian sebenar.

Rujukan ini sesuai digunakan untuk peperiksaan sesi April 2021 seperti di bawah:

Rujukan ini telah membantu ribuan calon kerja kerajaan sebelum ini, malah ramai calon yang berjaya melepasi ujian ini dengan jayanya menerusi bantuan rujukan Ujian Psikometrik ini. Jadi, andai anda mahu pastikan segala persediaan rapi dibuat sebelum penilaian sebenar, gunakan rujukan yang telah digunakan ramai calon sebelum ini.

Pakej Rujukan Ujian Psikometrik



Semoga anda berjaya.



1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Rujukan paling baik untuk calon yang kena panggil SPA untuk exam PSEE

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Previous Post Next Post
Panduan Labur Saham