Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit / Penolong Juruaudit

Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit / Penolong Juruaudit

Juruaudit dan Penolong Juruaudit adalah antara jawatan yang menjadi perhatian ramai lepasan ijazah dan juga diploma. Ia adalah kerjaya dalam perkhidmatan awam yang mempunyai laluan kerjaya yang agak baik. Ini adalah kerana jawatan ini diperlukan hampir di semua kementerian mahupun jabatan dalam perkhidmatan awam Malaysia.

Bilangan calon yang memohon untuk jawatan Juruaudit mahupun Penolong Juruaudit memang ramai. Malah, bilangan calon yang memohon untuk kerjaya ini bertambah saban tahun. Kedua-dua jawatan adalah dalam kategori perlaksana.

Rujukan dan Panduan Peperiksaan Online Juruaudit W41 / Penolong Juruaudit W29

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit
Juruaudit dan Penolong Juruaudit mempunyai permulaan gaji yang agak baik, berdasarkan kepada kelayakan yang ada pada calon.

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Juruaudit Gred W41 akan dijalankan secara serentak dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Penolong Juruaudit Gred W29 pada 13 September 2019 hari Jumaat.

Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Juruaudit Gred W41.

Jadi, sila ambil perhatian mengenai perkara ini. Pastikan. Jika anda merupakan calon yang dipanggil untuk peperiksaan online Juruaudit membuat semakan dengan betul di portal e-Semakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Semakan Peperiksaan Online Juruaudit dan Penolong Juruaudit

Semakan berkaitan peperiksaan online untuk kedua-dua jawatan ini boleh diperoleh:

Peperiksaan Online Juruaudit Gred W41
Jabatan Audit Negara


Peperiksaan Online Penolong Juruaudit Gred W29
Jabatan Audit Negara

Sepertimana peperiksaan online kerjaya kerajaan yang lain, calon-calon perlu lulus di dalam peperiksaan ini untuk ke peringkat seterusnya. Keputusan peperiksaan akan diumum di laman web SPA selain dimaklumkan menerusi email didaftarkan oleh calon.

Format Peperiksaan Online Juruaudit / Penolong Juruaudit 2019

Format peperiksaan online pada 13 September 2019 untuk Juruaudit dan Penolong Juruaudit akan melibatkan 2 seksyen utama:

  1. Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah - 25 minit
  2. Seksyen B - Kefahaman Bahasa Inggeris - 20 minit

Soalan-soalan yang pastinya ditanya di dalam peperiksaan online Juruaudit dan Penolong Juruaudit adalah berkaitan tugas dan tanggungjawab berkaitan kerjaya tersebut. Maka, soalan-soalan dalam seksyen A pastinya akan melibatkan penyelesaian soalan matematik.

Soalan-soalan seksyen B pula adalah untuk menguji kefahaman calon menerusi soalan-soalan berbahasa Inggeris. Ia mungkin bersifat teknikal berkaitan tugas dan mungkin juga soalan umum yang menjurus kepada samada calon FAHAM ATAU TIDAK kepada maksud pertanyaan yang diajukan.

Buat calon yang tidak pernah mengambil peperiksaan online untuk jawatan Juruaudit, ia mungkin sedikit mengelirukan. Mungkin agak blur tentang bentuk dan cara soalan yang akan ditanya.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit
Untuk itu, menerusi Rujukan Peperiksaan Juruaudit, diterbitkan oleh pihak Tim Infokerjaya ... calon akan dibantu memahami bentuk dan format soalan terkini bagi jawatan ini.

Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah

Berikut adalah beberapa contoh soalan sebagai panduan:
Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit

10 soalan disediakan di atas adalah cuma beberapa contoh-contoh soalan yang ditanya menerusi Seksyen A - Daya Penyelesaian Masalah. Calon dikehendaki menjawab soalan dengan memberikan jawapan tepat dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 25 minit.

Sebagai seorang berjawatan Juruaudit, pastinya soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah Matematik adalah satu yang wajib ditanya. Juruaudit perlu cekap dalam angka, maka soalan-soalan matematik tahap tinggi adalah antara soalan daya penyelesaian masalah yang bakal ditanya.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen B adalah berkaitan kefahaman calon dalam bahasa Inggeris. Berikut adalah contoh soalan tersebut sebagai panduan:

1. Which sentence uses the correct order of adjectives?

A. We took a ride on a blue, old, Chinese bus.
B. We took a ride on a Chinese, old, blue bus.
C. We took a ride on an old, blue, Chinese bus.
D. We took a ride on an old, Chinese, blue bus.

2. I was walking along the beach when I ____________________ a one hundred-ringgit note.

A. came down with
B. came by
C. came across
D. came up with

3. “Everybody thought Khyra and Adam were a happy couple, but it was all just make believe.” The phrase make believe is best replaced with …

A. modesty
B. pretending
C. reality
D. denial

4. Choose sentence with the correct past tense.

A. The old man cried when he hear the sad news about his son.
B. Hanis have watched “Avengers: End Game” and found that it is sensational.
C. Every candidate were present on the day of the English oral examination.
D. All the students were eager to see the new headmaster of the school.

5. Some sentences may convey several different meanings. “I saw her bow.” Which of the meanings does not represent the sentence?

A. I looked at a bow that belonged to her.
B. She had a saw and a bow.
C. I looked at her bending and looking down at her feet.
D. I use a saw to cut her bow.

6. Choose the phrase containing the common noun to fill in the blank.

“I’d really like some ____________ after lunch.”

A. Secret Recipe’s chocolate cake
B. vanilla pudding with coconut
C. Aunt Marie’s peach pie
D. Baskin Robbin’s ice cream

Ok. Sekarang anda dah dapat mengetahui sedikit sebanyak atau paling tidak dapat sedikit pencerahan bagaimana soalan-soalan Peperiksaan Online Juruaudit / Penolong Juruaudit akan ditanya.

Daripada contoh-contoh soalan peperiksaan tadi, jika anda merupakan calon yang dipanggil ... adakah anda:

  • Yakin boleh menjawab?
  • Selesa dengan format soalan peperiksaan?
  • Selesa dengan corak dan bentuk soalan seksyen A atau seksyen B?

Jika anda rasa ada keraguan dalam diri, tak tahu bagaimana nak lakukan persediaan sebelum peperiksaan online Juruaudit / Penolong Juruaudit, maka saya syorkan dapatkan rujukan di bawah:

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit



Rujukan ini sedang dikemaskini mengikut format terkini peperiksaan online Juruaudit dan Penolong Juruaudit untuk calon September 2019. Ia akan mula diedarkan kepada calon yang berminat untuk melakukan persediaan peperiksaan ini pada 9 September 2019.

Panduan Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit

Rujukan ini adalah terhad.

Untuk info dan tips berkaitan peperiksaan SPA yang lain, anda boleh rujuk blog ini - iKerjayaGraduan.com


Bisnes Kambing

Post a Comment

0 Comments