Jom Kempen Hormati Jalur Gemilang - 20 Rahsia Bendera Negara Harus Tahu

Jom Kempen Hormati Jalur Gemilang - 20 Rahsia Bendera Negara Harus Tahu

Gempar. Saya nampak ramai rakan-rakan saya yang forward-kan dan kongsi gambar bendera Malaysia - Jalur Gemilang dikibarkan terbalik sejak dua menjak ini. Apatah lagi bila ia dikaitkan dengan pelbagai isu hangat dalam dunia politik selain ada yang menyentuh soal agama.

Saya sebenarnya agak terganggu dengan segala isu yang timbul ini, apatah lagi setelah negara kita mempunyai satu pentadbiran baharu yang dikatakan bersifat lebih mencintai Malaysia. Isu dipermainkan oleh beberapa pihak nampaknya seolah tidak bertanggungjawab terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara ini.

Jom Kempen Hormati Jalur Gemilang - Bendera Malaysia Kebanggaan Rakyat

Kempen Hormati Jalur Gemilang
Saya tak mahulah mengapi-apikan isu yang sudah dan sedang hangat diperkatakan ramai orang. Saya tak mahu timbulkan suasana kurang senang. Apa yang saya inginkan adalah kehidupan yang aman damai antara rakyat berbilang kaum tanpa rasa takut atau skeptikal sesama kaum.

Saya Anak Malaysia!!

Kita Dah Merdeka Lebih 60 Tahun!!


Negara Malaysia dah mencapai Kemerdekaan ke 62, sepatutnya di kalangan rakyat Malaysia ... kita sudah ada persefahaman dan kefahaman jitu berkaitan negara kita, asal-usul kita, sejarah, budaya dan sebagainya, termasuklah soal agama.

Bendera Malaysia, Jalur Gemilang wajar dan sepatutnya dihormati. Ia lambang maruah negara.

Mungkin ramai yang tidak tahu Jalur Gemilang sebagai bendera negara ada banyak rahsia dan pantang larang. Ada diantara pantang larang ini dilakukan secara terang-terangan dan tanpa rasa bersalah.

Mungkin.

Mungkin kerana ramai yang masih kurang kefahaman mengenai kepentingan bendera ini.

20 Perkara Tentang Rahsia Bendera Negara

Cara Gantung Bendera Malaysia Yang Betul

1. Jika bendera hendak dipasang pada tiang besar seperti pada bangunan pejabat atau sekolah, ia hendaklah dinaikkan menggunakan tali pada pagi hari dan diturunkan pada petang hari. Lazimnya di Malaysia bendera dinaikkan pada jam 7 pagi dan diturunkan sebelum jam 7 mlm.

2. Sewaktu dinaik dan diturunkan, bendera tidak boleh dibiarkan meleret ke tanah. Ia hendaklah samada ditatang atau diselipangkan di bahu.

3. Orang yang menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas. Tidak boleh pakai pakaian yang mencolok mata, atau pakai kain sarung yang disenteng ke paras lutut, tidak berbaju, tidak berkasut dan sebagainya. Jangan hisap rokok atau vape semasa menaikkan bendera.

4. Bendera hendaklah dinaikkan perlahan-lahan. Diturunkan pun perlahan-lahan. Jangan tergesa-gesa.

5. Orang yang berada di sekitar tiang tersebut hendaklah berdiri sewaktu bendera dinaikkan.

6. Jika ada kematian pembesar dan bendera hendak dikibarkan separuh tiang, maka ia hendaklah dinaikkan hingga ke puncak dulu, kemudian diturunkan perlahan-lahan ke separuh tiang, tanda berkabung.

7. Bendera tidak boleh dikibarkan dalam gelap. Jika mahu dikibarkan pada malam hari, maka bendera perlu disuluh dengan 'spot light'.

8. Bendera tidak sesekali boleh dibiarkan mencecah tanah. Ini tanda tidak hormat kepada negara.

9. Bendera tidak boleh dibuat kain kelubung untuk menutup kepala pada hari panas.

10. Bendera tidak sama sekali boleh dibuat lapik duduk. Oleh itu paling tidak sesuai jika bendera dijadikan seluar.

Cara Memasang Bendera Jalur Gemilang Pada Kenderaan

Berikut adalah cara memasang bendera Malaysia Jalur Gemilang pada kenderaan. Tatacara ditunjukkan adalah sebagai menghormati pengguna jalanraya yang lain, selain memastikan keselamatan pengguna jalanraya lain dijaga.

Rahsia Bendera Negara

Info Ringkas Jalur Gemilang


Sedikit info ringkas berkaitan bendera Malaysia - Jalur Gemilang ...

Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur–jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri seluruh Malaysia dan sebuah Wilayah Persekutuan.

Negeri–negeri berkenaan termasuklah Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Warna merah pada Jalur Gemilang membawa makna gagah berani dan warna putih padanya pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna diraja yang melambangkan simbol kedaulatan Raja–Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru me­lambangkan semangat setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan negara-negara Komanwel.

Seperti yang diketahui umum, bendera Malaysia sudah lama wujud sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi pada 1957. Ia digunakan sejurus selepas negara ini menyambut kemerdekaannya. Proses pengubahsuaian terhadap ben­dera negara kita dibuat pada 1963 selepas terbentuknya Malaysia dengan penyertaan Sarawak dan Sabah.

Pada 1997, bendera Malaysia diberi nama Jalur Gemilang. Sehingga kini, Jalur Gemilang kekal menjadi simbol kebanggaan negara ini serta setiap warganegaranya tanpa mengira di mana mereka berada.

Saat bendera kita dikibarkan serta diiringi dengan lagu Negaraku membawa kepada satu perasaan kasih dan sayang setiap warganegara terhadap Malaysia.

Jom Sama Hormati Jalur Gemilang

Sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin, saya ingin jemput rakan-rakan blogger untuk sama-sama berkempen menghormati Jalur Gemilang, Bendera Negara. Saya persilakan samada untuk ambil konten blog ini dijadikan blog post dengan tajuk yang sama, atau gunakan infografik disertakan sebagai menyokong kempen ini.

Budaya merosakkan, mencacatkan dan memusnahkan bendera negara sendiri tidak sepatutnya menjadi contoh atau ikutan walaupun budaya ini berleluasa di luar negara.

Walau apa pun pendapat atau fahaman berbeza yang ada dalam kalangan rakyat Malaysia, bendera Jalur Gemilang patut dibiarkan bebas berkibar dengan cara yang betul tanpa menjadi mangsa terhadap sebarang pendapat atau fahaman berbeza yang berlaku dalam kalangan masyarakat negara ini.

Jom. Kita semarakkan kembali rasa sayang, cinta dan hormat kepada Jalur Gemilang yang mempunyai segala rahsia dan maksud murni.

Kalau boleh, kita sama-sama biarkan bendera Malaysia dikibarkan di premis kita setiap masa ... bukan setakat ketika menyambut bulan kemerdekaan atau hari Kebangsaan. Tak perlu rasa segan atau silu.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan. 

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia  dan catatan Dr. Muzaffar Syah Mallow (Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang–Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)).
Bisnes Kambing

Post a Comment

7 Comments

  1. baru tau pasal bendera tak boleh kibar makam hari.. tq HH for sharing . jom hormati bendera kita

    ReplyDelete
  2. tahun ni paling banyak kes viral pasal bendera. sedih jugak :(

    ReplyDelete
  3. Tu la, baca benda ni dekat Twitter... Memang nampak sangat tak respect haih.

    ReplyDelete
  4. jom hormati jalur gemilang..jom kenali jalur gemilang

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com