Cara Submit URL dan Sitemap Menerusi Bing Webmaster Tools

Ada rakan blogger yang bertanya .. kita cuma perlu submit URL ke Google Search Console je ke? Bagaimana dengan Bing? Bing tak penting ke untuk list-kan blog kita dalam enjin carian?

Saya tak pasti samada ramai yang sedar bahawa Bing adalah salah satu daripada enjin carian yang penting di internet. Walaupun pengguna di Malaysia tak ramai yang menggunakan Bing Search sebagai medium carian utama di internet, tetapi sebenarnya ia ada impak yang baik untuk menambahkan trafik ke blog.

Cara Hantar (Submit) URL atau Sitemap Blog Menerusi Bing Webmaster Tools 

Langkah Submit Sitemaps menerusi Bing Webmaster Tools
Saya sendiri sentiasa update dan submit URL blog saya menerusi Bing Webmaster Tools. Malah, setiap 2-3 bulan, saya akan login ke Bing Webmaster Tools untuk submit sitemap dan url blog saya agar memastikan posting blog saya mendapat tempat dalam enjin carian Bing dan juga Yahoo.

Trafik blog dari carian Bing

Tak boleh nak harapkan semata dari enjin carian Google. Manalah tahu kot-kot di masa akan datang, Google hadapi masalah .. dan ramai yang akan beralih ke medium lain untuk pencarian info dan maklumat di internet.

Kita tak boleh duga benda macam ni. Jadi, kenalah buat persediaan apa yang patut atau paling tidak memaksimakan keupayaan blog kita menerusi tools yang dah tersedia secara percuma seperti Bing Webmaster Tools ini.


Ada ehh yang tak tahu cara nak submit URL atau sitemap blog menerusi Bing Webmaster Tools?

Kalau ada yang tak tahu, boleh ikuti langkah dan cara yang saya tunjukkan di bawah ini. Tak susah pun, anda tutup mulut pun leh buat dengan sempurna .. in Sha Allah. :)

1. Login Bing Webmaster Tools 

Cara Submit URL dan Sitemap Menerusi Bing Webmaster Tools
Pergi ke laman web Bing Webmaster Tools di sini - https://www.bing.com/toolbox/webmaster dan klik 'Sign in' menggunakan id anda. Cara paling mudah ialah dengan menggunakan profile Google (Gmail) atau Facebook.

Hanya klik mana-mana yang sesuai. Jangan risau .. ianya selamat. Untuk lebih memudahkan, saya syorkan anda untuk sign-in menggunakan Google sebab anda memang dah login ke blog atau pelayar internet menggunakan Google.

Andai ada banyak id Google yang 'berdaftar' menerusi browser internet anda, ia akan keluar seperti di bawah. Pilih yang anda gunakan untuk login ke dashboard blog/blogspot anda.

Cara Submit URL dan Sitemap Menerusi Bing Webmaster Tools


2. Masukkan URL Blog

Apabila dah berjaya masuk ke dashboard Bing Webmaster Tools, paparan di bawah biasanya akan kelihatan. Senarai blog akan keluar jika pernah menggunakan perkhidmatan Bing sebelum ini. Jika tiada, anda boleh masukkan URL blog anda untuk tujuan diindeks oleh Bing.

Klik 'Add Site' dan masukkan URL blog anda dengan lengkap; contohnya - https://myshopeedropship.blogspot.com/

Lepas tu, klik sahaja butang 'Add'.

3. Masukkan Sitemap Blog

Cara Submit URL dan Sitemap Menerusi Bing Webmaster Tools
Kemudian, anda diminta untuk masukkan sitemap blog anda. Sitemap paling umum adalah seperti berikut - https://www.hasrulhassan.com/sitemap.xml atau mengikut contoh paparan di atas adalah https://myshopeedropship.blogspot.com/sitemap.xml.

Jika blog anda daripada platform blogspot, gantikan sahaja url blog saya tu dengan blog anda. Sitemap ini mengandungi 3000 blog post terbaru yang telah anda terbitkan.

4. Verifikasi Pemilikan

Cara Submit URL dan Sitemap Menerusi Bing Webmaster Tools
Sepertimana apa yang anda buat menerusi Google Search Console, anda juga perlu membuat verifikasi atau pengesahan pemilikan blog anda di Bing Webmaster Tools ini. Pilih mana-mana satu (atau semuanya) untuk membuat pengesahan.

Cara paling mudah ialah dengan memasukkan meta tag di ruangan selepas kod head dalam HTML blog anda. Buka dashboard blogspot anda, salin sebaris kod meta diberikan tu dan paste dalam HTML blog anda seperti ditunjukkan di bawah ini.

Cara Submit URL dan Sitemap Menerusi Bing Webmaster Tools
Selepas dah masukkan barisan kod meta diberikan tu dalam HTML blog anda, terus save.

Kemudian, di dashboard Bing Webmaster Tools tadi, klik 'Verify' pada ruangan kekotak meta tadi. Dah selesai.

Paparan di bawah akan keluar menunjukkan blog anda sudah dimasukkan ke dalam pengkalan data Bing untuk diindeks.

Cara Submit URL dan Sitemap Menerusi Bing Webmaster Tools
Mudah je kan? Selesai dalam tempoh tak sampai pun 5 minit!

Okeh.


Apa yang saya tunjukkan adalah cara paling simple untuk memastikan blog anda terindeks di laman carian Bing dan juga Yahoo.

Explore Bing Webmaster Tools

Jika nak lagi advanced, boleh gelintar apa yang ada dalam Bing Webmaster Tools tu terutama di ruangan 'Configure My Site'. Ada bahagian 'Sitemap', 'Geo-Targeting', 'Crawl Control', 'Deep Link' dan banyak lagi. Semua tools ini akan membantu blog anda untuk terindeks lebih baik di enjin carian.

Awas, kalau anda dah masuk dalam dashboard Bing Webmaster Tools ni, anda mungkin akan habiskan banyak masa di dalamnya untuk explore segala tools disediakan. Memang agak menarik terutama mereka yang sangat teruja untuk meningkatkan trafik blog menerusi enjin carian atau kaedah teknik SEO.

Sekarang, anda bukan sahaja dah tahu bagaimana nak hantar URL dan sitemap blog menerusi Google .. tetapi Bing juga. Best kan ilmu blogging macam ni?

Nak lagi? Jangan lupa untuk follow blog ini ya .. in Sha Allah, dari semasa ke semasa saya akan kongsikan lagi tips blogging untuk panduan bersama.

  • Borong

Post a Comment

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.