Cara Menarik Pembaca ke Blog & Hasilkan Trafik Tinggi

Kebanyakkan kenalan dan rakan online yang saya ada adalah merupakan penulis blog (blogger) dan juga usahawan samada secara part-time atau full-time. Mereka sering singgah dan baca blog saya kerana di awal penerbitan blog ini, saya banyak berkongsi tips dan panduan berkaitan blog dan cara nak menjana income secara sampingan menerusi bisnes online dan juga blog.

Ada kenalan yang kini sudah tidak aktif, dan ada juga di antara mereka yang sudah semakin berjaya dalam 'kerjaya' part-time sebagai penulis blog mahupun usahawan online. Saya berbangga atas pencapaian mereka apatah lagi mereka telah menjadikan blog saya ini sebagai panduan untuk menghasilkan konten yang mampu menarik pembaca menerusi penulisan santai mereka.

Cara Menarik Pembaca ke Blog

Cara Menarik Pembaca ke Blog & Hasilkan Trafik Tinggi
Bukan mudah untuk menulis sesuatu yang mampu menarik pembaca. Apatah lagi jika anda menulis di blog yang secara amnya bergantung kepada cara serta teknik penulisan khas.

Berbeza dengan menulis di media sosial di mana setiap penulisan itu agak mudah untuk tersebar dan dikongsikan, menulis di blog memerlukan sedikit skill teknikal berkaitan Search Engine Optimization (SEO).

SEO ialah satu teknik menulis di blog atau laman web yang menggunakan faktor dan signal yang telah ditetapkan oleh sesebuah enjin carian, contohnya Google. Jika post tersebut menepati syarat dan tetapan serta peraturan ditetapkan oleh enjin carian, in Sha Allah .. ia akan terpapar di keputusan carian di enjin carian.

Blog saya secara amnya menerima lebih daripada 80 peratus hits (pageviews) atau menerima pembaca yang datangnya hasil dari enjin carian.

Cara Menarik Pembaca ke Blog & Hasilkan Trafik Tinggi
Setiap kali orang mencari topik, tajuk atau terma sesuatu yang ada kaitan dengan kandungan blog yang saya tulis, post dari blog saya akan muncul di enjin carian, dari situ pencari maklumat ini akan masuk ke blog saya.

Lalu terhasillah trafik.


Trafik Jana Income Blog Berterusan

Menerusi trafik yang diterima ini juga, memungkinkan saya untuk mempromosikan sesuatu yang boleh mendatangkan hasil. Selain itu, secara automatik juga, blog akan paparkan iklan yang berkaitan dengan carian di enjin carian tadi. Paparan iklan ini adalah menerusi platform pengiklanan Google Adsense.

Menerusi konten yang ditulis dan diolah untuk menerima trafik percuma dari enjin carian, saya mampu menjadikan blog saya sebagai medium menjana pendapatan seharian dan bulanan.

Alhamdulillah.

Awalnya dulu, saya belajar cara menulis hanya untuk golongan pengikut blog saya ... iaitu terdiri dari kalangan blogger Malaysia. Ramai yang singgah untuk baca berkaitan tips blogging dan panduan blogger.

Oleh kerana topik itu terlalu khusus, jadi jumlah trafik agak terhad.

Tulis Berkaitan Kehidupan, Masyarakat - Baiki Taraf Kehidupan dan Selesaikan Masalah

Cara Menarik Pembaca ke Blog & Hasilkan Trafik Tinggi
Sebaliknya, apabila saya menulis konten yang lebih menyentuh perkara yang berkaitan masyarakat, berkaitan kehidupan seharian, golongan pembaca baharu mula datang dan singgah. Secara tak langsung, ia melonjak daripada trafik untuk pembacaan blogger Malaysia kepada pembacaan lebih umum.

Saya menulis konten dan memberikan tajuk blog yang mampu menarik minat orang lain ..

Contohnya, saya berikan tips berkaitan teknik belajar, cara mendidik anak dan sebagainya.

Tidak lagi khusus hanya untuk panduan menulis blog dan buat duit online serta kerja di rumah; saya menulis mengenai cara nak tukar password Unifi, tips untuk lulus UPSR, tips untuk lulus ujian Psikometrik SPA, panduan untuk bercuti, tips untuk shopping dan banyak lagi...

Jika awal saya khususkan keseluruhan blog untuk panduan blogger, kali ini ... apabila blog semakin dikenali, saya rencahkan lagi topik dalam blog dalam banyak perkara mengikut pembacaan, pemahaman dan pengalaman saya.

Tarik Pembaca Sama Untuk Baca Artikel Lain

Saya gayakan penulisan mengikut konten dan topik. Setiap tajuk dikumpulkan mengikut label agar apabila pembaca yang mencari maklumat berkaitan tips mendidik anak, akan dapat membaca tips lain yang dalam kategori atau label yang sama - "didik anak".

Dari situ, trafik pun berkembang dan menjana pembaca baharu yang menyumbang kepada jumlah trafik daripada sumber yang baharu.

Pun begitu, saya tidak nafikan ....


Blog Dengan Niche Khusus

Blog yang mempunyai niche khusus juga mampu menarik ribuan pembaca dalam sehari. Sebagai contoh blog masakan seperti Dapur Tanpa Sempadan.

Blog milik Che Mat Gebu ini tidak pernah lekang daripada pembaca, yang pasti rata-rata mahu mencari resepi masakan yang sedap-sedap.

[Dah Baca?] Identiti Mat Gebu Terbongkar !!

Blog yang kontennya lebih 90 peratus berkaitan masakan ini mendapat authority tinggi diberikan enjin carian, jadi apabila seseorang mencari info berkaitan masakan, pasti blog Che Mat antara yang tersenarai.

Kenali Siapa Pembaca Blog Anda

Mahu menarik ramai pembaca, anda kena kenal siapa pembaca anda.

Cara Menarik Pembaca ke Blog & Hasilkan Trafik Tinggi
Contohnya macam blog saya, kebanyakkan pengunjung terdiri daripada wanita berumur antara 30 hingga 45 tahun. Jadi saya pun menulis yang ada kaitan dengan minat wanita golongan ini, seperti tips bershopping atau buat review produk yang saya beli di laman web shopping online.

Bagaimana nak cari dan kenal-pasti pembaca ini? Sudah semestinya menggunakan Google Analytics.

Luangkan masa untuk melihat data-data yang tercerap menerusi Google Analytics ini, in Sha Allah .. ia akan sedikit sebanyak membantu anda untuk menulis sesuatu yang orang akan cari dan baca.


Post a Comment

15 Comments

  1. Terima kasih bro HH. Banyak ilmu Naim ambil dari bro HH. Harap halalkan ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama .. saya berkongsi apa yang saya tahu je .. :)

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  3. Perkongsian menarik. Saya perlukan info macam ni untuk naikkan trafik blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, in Sha Allah .. dari semasa ke semasa saya akan tambah pengisian sebegini .. jangan lupa follow ye

      Delete
  4. Terbaeklaahh... suka baca tips2 de HH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh terima kasih. Nanti saya berikan tips lagi ya ..

      Delete
  5. Pengalaman saya menulis blog bermula sekitar tahun 2009. Namun begitu saya merupakan kakitangan kerajaan yang agak sibuk. Akhirnya saya sedar, selagi saya bekerja dalam sektor awam, saya tidak akan mampu menjadi penulis yang berjaya. Jika saya beri tumpuan kepada blog pula, kerja saya di pejabat pula akan terabai. Akhirnya kerana minat yang terlalu mendalam dalam dunia penulisan blog dengan tema automotif, akhirnya saya telah membuat keputusan untuk berhenti dari sektor awam, bermakna saya telah memohon persaraan pilihan sendiri.

    Saya akan bersara pada tarikh 02hb. Januari 2020 setelah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan selama tempoh 17 tahun 5 bulan, dan akan meneruskan cita-cita saya sebagai penulis blog automotif yang berjaya. Ramai rakan-rakan yang terkejut, namun saya telah mempunyai pengalaman sebagai penulis blog automotif selama 10 tahun. Cuma dalam tempoh tersebut saya hanya menulis secara part time sahaja. Apabila bersara nanti barulah saya akan menulis secara serius sama seperti blogger-blogger tanah air yang lain, insyaallah.

    ReplyDelete
  6. Tak sangka sekarang blog boleh jana pendapatan, 12 tahun dulu waktu mula-mula tulis blog saya anggap macam tulis diary sahaja. Content pun syok sendiri.. hahahaha..! :)

    Sekarang semua dah berubah dan berinovasi.
    Entah macam mana pula 10 tahun lagi?

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum adanya blogspot untuk blog percuma, Adsense dah menjadi mnedium buat duit online di web2 .. masa tu apply cukup senang, tak sampai 24 jam dah boleh dapat akaun ...

      Saya dulu gunakan excite.

      Delete
  7. Tips berguna untuk saya yang baru kembali nak aktif berblog balik 😊

    Terimakasih Tuan HH

    ReplyDelete
  8. Tip yang berguna untuk saya mula aktif untuk blogging.

    ReplyDelete
  9. Tengah gigih naikkan trafik blog. Setelah di"slowdown"kan selepas google algorithm update. Terima kasih di atas tips yang sangat berguna tuan.

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing the great tips

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com