Dato' Aliff Syukri Dedah Rahsia & Teknik Berniaga 'Zero to Hero'

Siapa nak tahu rahsia kejayaan bisnes Dato' Aliff Syukri? Nama Aliff Syukri bukan nama asing dalam dunia perniagaan di Malaysia. Beliau boleh disifatkan sebagai seorang usahawan yang berjaya sehingga menjadi idola sesetengah usahawan kecil di Malaysia ini.

Sepertimana usahawan besar dan berjaya lain, Dato' Aliff Syukri juga ada kisah dan pengalaman yang unik sehingga membawanya ke tahap sekarang. Ya, siapa sangka beliau dulu cuma berniaga kecil-kecilan di pasar-pasar malam dengan menjual produk kosmetik dan kecantikan.

Zero to Hero - Dato' Aliff Syukri Kongsi Rahsia Bisnes Untuk Bantu Usahawan Malaysia

Ramai yang tahu bahawa Dato' Aliff Syukri adalah merupakan anak kepada jutawan kosmetik Rozita Ibrahim. Puan Rozita merupakan pengasas produk kosmetik popular, Sendayu Tinggi. Dato' Aliff Syukri adalah anak ketiga daripada 12 adik-beradik dan lahir pada 3 April 1987.

Dato' Aliff Syukri adalah anak kelahiran Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Beliau kemudiannya dibesarkan oleh neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar Selangor, dan kemudiannya ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Beliau juga pernah bersekolah di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan dan Sekolah Integrasi As-Syakirin Shah Alam sebelum melanjutkan pelajaran ke Taylor College.

Dato' Aliff Syukri yang kini turut bergelar pelakon dan penyanyi mula berjinak-jinak dalam aktiviti perniagaan seawal usia tujuh tahun sewaktu menetap bersama neneknya. Dia belajar mencari duit poket sendiri memandangkan bukan datang dari keluarga yang senang.


Dato' Aliff Syukri berkahwin awal di usia 20 tahun.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang dua tahun lebih tua darinya. Perkongsian hidup tersebut telah mengurniakan pasangan ini empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.

[Dah Baca?] Kenapa Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim Tidak Lagi Berpurdah?

Sebelum menjadi seorang usahawan yang terkenal, telah bermacam pekerjaan dilakukannya sebelum menceburi perniagaan kosmetik seperti pernah menjadi pegawai perkhidmatan pelanggan, penjaga stor, model sambilan, sehingga nyaris menjadi seorang pramugara!

Itu sebab beliau boleh mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Saya boleh katakan apa sahaja dilakukan oleh Dato' Aliff Syukri ini pasti akan mendapat perhatian orang ramai, walaupun perkara itu orang lain pun biasa buat .. huhu.

[Dah Tengok?] 15 Gambar Jutawan Kosmetik Aen Syahera

Tapi tak dinafikan, ada juga benda yang dilakukan itu agak lain daripada yang lain. Ada yang nampak terlampau unik sehingga menerima kecaman. Orang lain tak buat, tetapi Dato' Aliff Syukri buat dan laksanakan tanpa ragu-ragu.

Rahsia Bisnes Alif Syukri
Okeh, berbalik pada soalan asal ...

Siapa yang nak tahu kisah, pengalaman dan cara Dato' Aliff Syukri ni berniaga dari awal sehingga berjaya menjadi usahawan dan jutawan terkenal di Malaysia?

Anda beruntung kerana Dato' Aliff Syukri juga pandai menulis sebuah ebook !!

Sinopsis Isi Kandungan Ebook Dato' Aliff Syukri

Rahsia Bisnes Alif Syukri
Menerusi ebook "Zero to Hero", beliau susun pengalaman berniaga selama ini untuk anda baca, hadam dan mungkin boleh dicontohi untuk bisnes anda juga.

Dalam ebook tersebut .. ia terbahagi kepada beberapa bab yang sangat menarik.

Bab 1: Cara Dato' Aliff Syukri Mencari Kekuatan Sebenar Untuk Jadi Kaya Raya

Ini adalah bab pertama dalam Ebook Dato' Aliff Syukri. Big Why dia jelas yang membuatkan dia wajib jadi kaya secepat mungkin. Big Why Aliff Syukri adalah..... (kena lihat dalam ebook)

Bab 2: Cara Dato' Aliff Syukri Mulakan Bisnes dengan Modal Rendah

Dato' Aliff Syukri tahu ramai yang nak bisnes tapi modal tak berapa nak ada. Ada pun ciput je... itupun gagap untuk dibuat modal bisnes. Jadi, dalam ebook ini Dato' Aliff Syukri ada cerita yang beliau pun mula berniaga dengan modal kecil ....

Tetapi beliau ada Teknik Power yang boleh di-follow untuk membolehkan orang biasa seperti saya dan anda untuk memulakan bisnes dengan modal yang rendah.

Nak tahu Teknik power tu? Anda klik sini: https://bit.ly/2yndfT0


Bab 3: Cara Dato' Aliff Syukri Cari Funder untuk Bisnes.

Ni rahsia bisnes bukan biasa-biasa. Kalau anda nak tahu, ini antara cara bagaimana ramai yang buat duit gila gila dalam bisnes seperti bisnes kosmetik ini. Cara dan teknik bagaimana Dato' Aliff Syukri dapat yakinkan funder-funder untuk bantu berikan modal bagi mengembangkan bisnes beliau.

Ramai usahawan kecil yang tak tahu pasal ni. Teknik ni simple tapi tak ramai orang terfikir ... ia ada diceritakan dalam ebook ini.

Bab 4: Cara Dato' Aliff Syukri Cari Ejen

Ramai founder produk yang menggunakan ejen untuk melariskan jualan produk. Nak dapat ejen tak susah mana pun, tetapi nak dapatkan ejen yang setia menjual tu yang sedikit susah nak dapat.

Jadi, Dato' Aliff Syukri ada kongsikan sekali tentang teknik yang boleh anda tiru untuk mencari ejen yang bagus .. selain menjadikan ejen tersebut semakin setia dan gembira melakukan jualan.

Cara tahu teknik menjadikan ejen setia, anda boleh klik sini: https://bit.ly/2yndfT0

Bab 5: Cara Saya Tahan Kena Kritik

Kena kritik sikit dah down ... merajuk sampai ke bintang. Tetapi anda tengok apa yang Dato' Aliff Syukri ini buat .. kena kritik tapi makin buat duit! Hebat kan?

Apa agaknya yang dibuat oleh Dato' Aliff Syukri ni sehingga kena kritik kaw-kaw pun makin buat duit? Kena maki bila buat bisnes ni memang dah jadi asam garam. Anda kena tahu bagaimana nak handle ..maka, teknik yang dibuat Dato' Aliff Syukri ni patut jadi pedoman.

Anda nak berjaya melangkah setapak lagi ke hadapan sebagai orang niaga kan?

Cara kebal dari kena maki babi klik sini: https://bit.ly/2yndfT0

Bab 6: Cara Dato' Aliff Syukri Buang Malu

Nak berniaga pun malu. Patut lah susah nak buat duit. Beza dengan Dato' Aliff Syukri ni. Cuba anda lihat cara beliau mempromosikan produk kat media elektronik.. pakai baju yang orang lain tak pakai, lepas tu tergedik sana .. tergedik sini. Sekali tengok memang menyampah gila .. tapi ...

Tapi tengok beliau buat marketing tu .. dia tak malu asalkan orang tahu apa yang dijual. Dato' Aliff Syukri berani berdepan dengan pelanggan .. berani berdepan ke seluruh pelusuk Malaysia.


Bab 7: Cara Dato' Aliff Syukri Urus Masa

Masa adalah emas, malah masa tak boleh diganti balik dengan emas. Orang berniaga kena bijak uruskan masa. Bila nak berniaga, uruskan masa tu penting. Dato' Aliff Syukri memang menjaga masa dan tak biasa membazirkan masa yang diperoleh.

Kata Dato' Aliff Syukri ... nak buat duit setiap masa, kena urus betul. In Sha Allah, baru duit tu masuk dengan cantik. Tapi macam mana cara Dato' Aliff Syukri uruskan? Caranya tersedia dalam bab ini.

Baca dalam ebook beliau di sini - https://bit.ly/2yndfT0

Bab 8: Cara Dato' Aliff Syukri Sentiasa Positif dan Aktif

Adat berniagalah. Bukan setiap bulan dapat untung. Kadangkala strategi dibuat tidak membuahkan hasil yang kita hendak. Tak capai target, mula rasa down .. kecewa.

Dalam bab ini, Dato' Aliff Syukri berkongsi rahsia kepada pembaca ebook bagaimana nak sentiasa kawal diri dan kekalkan aura positif dan aktif setiap hari.

Rahsia Bisnes Alif Syukri
Kalau nak berjaya, kena ikut laluan orang berjaya. Bukan setakat melihat kejayaan yang dilakukan tetapi orak langkah untuk ikuti pedoman dan panduan yang diberikan.

Ebook ini berikan peluang kepada lebih ramai orang terutama yang nak berniaga untuk lebih berjaya dalam bisnes. Tak perlu bayar mahal-mahal macam sesetengah usahawan tu yang kenakan fee sampai beribu ringgit semata nak hadir seminat atau bengkel. Dah la nak tanggung kos lain macam pengangkutan, tempat tinggal segala bagai.

Dato' Aliff Syukri dah sediakan ebook ini, harga murah cuma RM70 (terhad untuk tempoh tertentu)

Cepat-cepat beli ebook ni sementara harga RM70 tu.

Saya pasti harga akan naik sebab Dato' Aliff Syukri memang diakui suka buka peluang bagi yang pantas bertindak. Terus klik link/butang di bawah ini untuk akses segera!!


  • Borong

Post a Comment

1 Comments

  1. Idola saya dalam bidang perniagaan di Malaysia..hehe..Walaupun ada beberapa perkara yang kurag di senangi, tapi kita ambil yang positif sahaja .. TQ share info ni tuan

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.