Hari tu, menerusi satu status post di Facebook personal saya, saya ada keluarkan satu soalan ... "Sapa tau camner nak naikkan income adsense". Post tersebut telah mendapat perhatian ramai rakan blogger yang menggunakan platform Adsense untuk monetization blog masing-masing.

Dan alhamdulillah, ada rakan blogger yang memang hebat dalam Adsense telah berkongsi tips dan panduan ringkas untuk menaikkan income Adsense. Ia satu tips yang boleh diikuti oleh rakan blogger yang teringin nak naikkan income Adsense dari USD100 sebulan menjadi USD200 sebulan!

Tips Meningkatkan Income USD Adsense

Tips Meningkatkan Income USD Adsense Menerusi Blog


Sebenarnya tips menaikkan income Adsense ini, saya pernah berikan beberapa kali dalam beberapa post berkaitan tips Adsense. Ya, saya dah banyak kali share tips berkaitan Adsense ini, termasuklah untuk pemula yang mahu mendapatkan akaun penuh Adsense.

Selain mengikuti ebook Raja Adsense, anda sebenarnya boleh sahaja ikuti panduan yang saya sediakan di dalam blog ini untuk cuba mendapatkan atau mendaftarkan blog anda untuk dapatkan akaun Adsense penuh.

Malah, saya ada juga selitkan cara nak dapatkan akaun Adsense untuk YouTube dan juga akaun Admob (Adsense untuk aplikasi).

Kalau ikutkan, tak susah pun nak naikkan income Adsense ini, semuanya ada diberikan oleh pihak Adsense sendiri. Kalau perasan, pihak Adsense sering sahaja buat video untuk bantu blogger macam saya dan anda menaikkan income USD Adsense ini.

Seperti biasa, antara rajin dengan tak untuk mengikuti dan memahami.

[Dah Baca?] 5 Sebab Iklan dari Adsense Tidak Muncul di Blog

Jika anda masuk ke dashboard Adsense sendiri, ada juga beberapa tips dan panduan disediakan untuk menaikkan income Adsense ini. Sekali lagi, terserah pada kita untuk bereksperimen sentiasa bagi memastikan ianya sesuai dan menjadi untuk blog kita.

Setiap blog itu unik. Apatah lagi blog blogspot yang ada pelbagai jenis themes atau templates.

Ada blog yang letakkan kod Adsense di atas, ia akan membuahkan hasil yang terbaik. Ada blog yang letakkan kod Adsense jenis Display Ads sahaja di dua lokasi sudah memadai baginya mencapai income Adsense sehingga ribuan USD setiap bulan.

Okeh.

Tips Meningkatkan Income USD Adsense Menerusi Blog

Saya kongsikan cara paling asas dan ramai blogger seluruh dunia lakukan untuk naikkan income USD Adsense mereka ...
  • Blog dioptimasikan untuk paparan mobile - untuk smartphone dan tablet. Ini bermakna, paparan blog mesti mesra pengguna di peranti-peranti mobile. Ia mesti mempunyai kadar loading yang pantas. Ada sifu Adsense mengatakan, blog perlu loading penuh kurang daripada 3 saat! Dulu, masa dicadangkan adalah bawah 5 saat tetapi sekarang, apabila ramai orang menggunakan peranti berasaskan Android/Google .. maka sangat penting blog dioptimasikan dalam versi mobile.
  • Gunakan jenis iklan teks yang besar. Dalam dashboard Adsense, pergi ke 'Ads - Ad Units' .. kemudian pilih 'Link Ads'. Dapatkan kod Adsense anda untuk jenis ini dan letakkan di bahagian atas blog, paling sesuai di bawah header blog atau bawah tajuk artikel. Letakkan juga di bahagian atas sidebar blog anda.
  • Pilih juga Auto Ads tetapi ... jangan pilih jenis Anchor dan Vignette. Kalau nak pilih juga, pastikan ia tidak terpapar dalam versi mobile. Anda boleh optimasikan jenis ni untuk paparan desktop. Ini adalah kerana, ada sifu Adsense memberitahu, ia akan menyebabkan pengunjung lari dari blog anda. Bila lari, ads itu tidak terpapar dengan penuh, menjadikan kadar view untuk iklan berkurang. Bila kadar views untuk iklan ini berkurang, ia akan mengurangkan income USD Adsense anda.
  • Letakkan paparan iklan besar untuk versi desktop. Paling ideal, saiz iklan 300x600 untuk tingkatkan viewability. Ia sesuai diletakkan di bahagian sidebar samada di atas sekali atau di bawah sekali.
  • Letakkan iklan jenis Display Ads di tengah-tengah post atau di akhir post. Jika blog anda dibenarkan menggunakan Matched Content, pastikan ia diletakkan di akhir post. Boleh juga diletakkan di sidebar, sebagai menggantikan fungsi popular post blog anda.

Itulah beberapa tips dan panduan ringkas untuk menaikkan income USD Adsense. Kebanyakkannya adalah tips ulangan.


Perkara paling penting ialah memastikan semua iklan yang anda letakkan di dalam blog mendapat peratus viewability yang tinggi, biar lebih daripada 10%. Lebih tinggi peratus kebolehpaparan iklan Adsense di blog anda, maka kebarangkalian anda mendapat kadar CPC tinggi juga adalah besar.

[Dah Baca?] Cara Keluarkan Income USD Adsense Terus ke Akaun Bank di Malaysia

Saya harap perkongsian ini membantu. Boleh cuba pelan-pelan. Jangan terlalu mendesak sebab kadangkala ia mengambil masa sedikit untuk optimize.

Pastikan blog anda ditulis untuk mendapat tempat di enjin carian. Gunakan kata kunci yang bernilai tinggi atau yang boleh memberikan trafik yang agak baik dari enjin carian. Jika anda dapat gabungkan penggunaan kata kunci bernilai, tips perletakkan iklan serta boleh menerima trafik yang tinggi dari enjin carian, in Sha Allah .. USD 200 sebulan bukan sesuatu yang mustahil.

Selamat mencuba.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terbaik info yang diberi, sedang memahami apa yang dikongsikan. saya nak dapatkan USD 100 bukan sebulan tapi makan tahun juga. Sedang berusaha nak dapatkan USD 100 sebulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal-awal memang agak sukar nak dapatkan USD100 sebulan. Tapi in Sha Allah, jika anda ikuti tips diberikan oleh team Adsense itu sendiri, income boleh naik.

      Padam
  2. dah setahun pkai adsense tp nk ckp usd100 pun blm huhu
    sedih

    BalasPadam
  3. Agak2 boleh cadang tak ebook yang betul2 berguna untuk naikkan income adsense ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ebook? Naikkan income?
      Sebenarnya tak ada 100% sbb setiap theme adalah unik. Apa yang boleh saya syorkan, ikut sahaja tips diberikan oleh pihak adsense sendiri.

      Padam
  4. Saya dh nak masuk 2 tahun ada adsense tp xcecah lg 100usd. Tq tips berguna ni.

    BalasPadam
  5. Tq sifu sudi kongsi tips.. sedang belajar mengenai adsense

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement