Adsense 110 - Cara Atasi Masalah 'Earnings At Risk'

Beberapa minggu ini, saya menerima mesej privasi berkaitan Adsense daripada beberapa rakan blogger Malaysia di Facebook. Semua bertanyakan notofikasi yang muncul berkaitan income Adsense mereka. Notifikasi ini muncul di ruangan sebelah atas di dashboard Adsense. Malah, ada yang menerima notifikasi ini menerusi email.

Baik. Saya akan cuba bantu selesaikan masalah berkenaan menerusi blog post tips Adsense ini. Sebelum tu, anda harus faham akan kegunaan Ads.txt ini diletakkan di dalam blog anda.

Cara Selesaikan Masalah Notifikasi 'Earnings at Risk' Adsense

Cara Selesaikan Masalah Notifikasi 'Earnings at Risk' Adsense
Authorized Digital Sellers atau ADS ialah merupakan satu inisiatif pihak IAB (Interactive Advertising Bureau) bagi memastikan iklan-iklan yang keluar di internet atau blog dan laman web adalah daripada pihak yang diberikan kebenaran sahaja.

Ini bermakna, hanya iklan yang sah sahaja akan dipaparkan dan bukan iklan haram tanpa kebenaran. Ini memastikan janaan wang atau pendapatan dari iklan akan dimaksima mengikut 'harga' yang telah ditetapkan.



Adanya fail ads.txt ini di dalam blog atau laman web akan membolehkan anda mempunyai kontrol terhadap iklan yang boleh dan tidak boleh dipaparkan di blog anda. Ia juga memastikan tiada pengiklan haram yang cuba memaparkan iklan mereka secara percuma atau dengan harga yang tidak sepatutnya.

Secara amnya, dengan adanya ads.txt di dalam blog anda, ia akan memastikan ruang iklan di dalam blog anda tidak dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab, dan ia juga akan membantu anda memaksima jumlah income yang boleh anda terima daripada platform pengiklanan seperti Adsense.

[Dah Baca?] Better Ads Standard Dilaksanakan dalam Crome

Saya meletakkan ads.txt ini untuk platform pengiklanan dari Adsense dan juga Innity, serta untuk sesetengah blog lain menerusi Mgid.

Langkah Untuk Letakkan Ads.txt Dalam Blogspot

Untuk Adsense, kod am untuk ads.txt adalah seperti di bawah ini:

google.com, pub-0000000000000000, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Di mana pub-0000000000000000 adalah id publisher anda. Id ini adalah kod yang boleh anda dapati di dashboard akaun Adsense anda seperti ditunjukkan di bawah ini iaitu 'Publisher ID', klik 'Account - Settings - Account Information'.
Cara Selesaikan Masalah Notifikasi 'Earnings at Risk' Adsense
Gantikan sahaja Id Adsense anda di dalam kod am yang saya berikan di atas itu dan letakkan di dalam blog anda.

Untuk blogspot/blogger, cara nak letakkan ads.txt tu adalah seperti di bawah ini. Anda perlu ke bahagian 'Settings - Search Preferences'. Lihat bahagian Monetisation. Klik bahagian 'Custom ads.txt - Edit'.
Sila enable custom ads.txt dan isi kod dengan Id Adsense anda seperti ditunjukkan di bawah ini. Klik butang 'Save changes'.
Cara Selesaikan Masalah Notifikasi 'Earnings at Risk' Adsense
Orait. Selesai cara meletakkan kod Ads.txt ke dalam blog blogspot anda. Untuk pastikan bahawa blog anda sudah tersedia lengkap dengan kod ads.txt ini, anda boleh semak dengan cara begini:

Taip url blog anda - https://www.BLOGANDA.com/ads.txt

Contoh: https://www.ikerjayagraduan.com/ads.txt

Jika anda nampak kod seperti di atas, bermakna .. semuanya dah okay! Tak perlu risau.

Beri tempoh dalam beberapa hari, jadi bersabar sehingga notifikasi berkaitan ads.txt di dashboard Adsense anda hilang.

[Dah Baca?] Cara Atasi Iklan Adsense Tidak Keluar di Blog


Letakkan Kod Ads.txt Pada Semua Blog Didaftarkan dalam Adsense

Oh ya, kod ini mesti diletakkan pada SEMUA BLOG anda yang menggunakan Adsense ini. Ikuti langkah yang sama seperti di atas. Semua blog anda mesti menggunakan baris kod ads.txt yang sama
Cara Selesaikan Masalah Notifikasi 'Earnings at Risk' Adsense


Katakan notifikasi ini masih lagi ada atau wujud setelah anda lakukan langkah-langkah di atas ...maka cuba semak senarai blog yang anda daftar atau menggunakan Adsense ini.

Bagaimana nak semak?

Klik Je 'Fix Now' !!

Pergi ke Adsense.com dan lihat pada senarai 'Sites'. Atau anda boleh sahaja klik 'FIX NOW' pada paparan notifikasi 'Earnings at risk'. Ia akan tunjukkan paparan seperti di bawah.

Cara Selesaikan Masalah Notifikasi 'Earnings at Risk' Adsense


Jika anda merasakan ada link blog atau web yang bukan milik anda, jadi .. sila klik pada link tersebut dan klik 'remove'. Ia akan dibuang dari senarai sites.

Jika ada link blog dalam senarai yang memang anda punya, maka jangan lupa masukkan ads.txt seperti ditunjukkan tu ya.

Anda juga boleh tambah link blog anda yang masih lagi belum monetize dengan Adsense di senarai ini. Hanya 'Add Site' dan terus letakkan kod Adsense di dalam blog tersebut.

Seandainya terdapat masalah, pihak Adsense akan hubungi anda untuk kemaskini atau melakukan sedikit ubahsuai. Satu notifikasi bertanda merah 'Needs atention' turut akan keluar pada senarai sites.

Ambil Masa Untuk Hilang Notifikasi

Dalam masa 2-3 hari, anda jenguklah dashboard akaun Adsense anda untuk lihat perkembangan. Pihak Adsense akan sedia bantu anda.

Okeh. Harapnya post ini akan bantu mana-mana blogger yang dapat notifikasi 'Earnings at Risk'.

In Sha Allah, dengan steps di atas .. masalah ini akan selesai dan notifikasi akan hilang.

Rujukan: https://support.google.com/adsense/answer/7532444?hl=en-GB
  • Borong

Post a Comment

15 Comments

  1. salam tuan..
    just nak tanya, maybe lari tajuk sikit. kat 'ad unit' tu kalau kita klik 'Existing ad units' ada display & Include archived units. Apa maksudnya? mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Existing tu maksudnya ad units itu masih berjalan - data masih masuk dalam penelitian untuk maksimakan earnings. Archied tu .. disimpan dalam arkib la .. tak berapa aktif dah.

      Delete
    2. boleh delete ke yg archived tu.. sy dah try buat iklan in artikel. tapi masuk archived. tuan ada tuto tak?

      Delete
    3. Boleh je kalau pasti tak guna dah. Saya ada je delete.... lebih2 lagi yang saya letakkan di sidebar.

      Delete
    4. tq tuan. cara nak delete mcm mn ye? tuan de tulis entry ni tak?

      Delete
  2. panduan yang sangat baik utk dikongsi

    ReplyDelete
  3. Dah siap buat seperti yg di sarankan.Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Kalau tidak, ke laut lah saya mencari punca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. Lepas dah buat .. kita tunggu sahaja. Jangan over react .... rileks2 sudah. Income adsense tak kemana tu .. in Sha Allah

      Delete
  4. saya dah buat lama dah ikut cara ni tapi bila chek dekat adsense tu msih ada lagi fix

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrang ni .. bila masuk ke dashboard Adsense, klik FIX NOW tu .. dia akan senaraikan blog yang dikatakan gunakan kod Adsense kita tapi tak ada ads.txt .. cuba check sekali lagi.

      Sbb kat akaun adsense kedua saya, alhamdullillah, notifikasi ni hilang hampir serta merta.

      Delete
  5. good info.. tapi mama ni adsense pun x lepas lagi aih

    ReplyDelete
  6. Thanks ..info yang sangat berguna..mula-mula cuak juga dapat notifikasi macam ni..nasib ada panduan ni..

    ReplyDelete
  7. Salam, terima kasih share. Saya pelik dah buat sebulan lebih masih ada. Tak tahu la apa masalah dia

    ReplyDelete
  8. Terima kasih tuan tentang isu earning at riskyang selalu keluar kat adsense. Harap lepas ni tiada lagi warning seperti ni.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.