Saya terima notifikasi daripada Google Adsense menyebut mengenai Better Ad Standards yang digunapakai pada pelayar Google Crome mulai 9 Julai 2019. Ramai juga yang tidak tahu menahu berkaitan fungsi atau terma Better Ad Standards ini, terutama sekali rakan blogger yang menggunakan platform Adsense serta Innity untuk monetization blog serta web mereka.

Baik. Jujurnya saya pun baru ambil peduli mengenai Better Ad Standards ini, apatah lagi notifikasi ini muncul di dashboard Adsense saya. Lagipun, saya lebih banyak menggunakan platform Firefox untuk uji blog saya di internet.

Adsense 109 - Iklan Lebih Baik Dengan Patuhi Ciri Better Ad Standards

Adsense
Persoalan paling utama yang diperkatakan mereka yang menggunakan platform Adsense ialah ... adakah nanti income USD hasil paparan iklan Adsense di blog akan dipengaruhi oleh standard ini nanti?

Okeh.

Pertama sekali, faham dahulu apa fungsi sebenar Better Ad Standards ini.


Better Ad Standards terhasil daripada input yang telah diberikan pengguna internet kepada The Coalition for Better Ads. Daripada maklum balas pengguna berkaitan iklan yang muncul di blog dan laman web yang mereka masuki, maka terhasillah standard iklan yang terbaik - samada untuk pengiklan dan juga mereka yang menggunakan iklan sebagai hasil pendapatan online.

Ia sebenarnya satu benda yang sangat bagus.

Menerusi maklum balas ini, pihak Adsense mengguna-pakai untuk membantu samada pihak pengiklan dan juga pihak penerbit (publisher) untuk memastikan iklan itu benar-benar bagus untuk pengguna internet - sesuai dengan minat, demografi, dan sejarah gelintaran internet mereka.

Sebagai salah seorang publisher yang menggunakan Adsense sebagai sumber pengiklanan dan sumber pendapatan menerusi blog, saya secara amnya sangat ok dengan apa yang disediakan oleh Better Ad Standards ini.

Pastikan bentuk iklan di bawah ini TIADA dalam blog anda !!

Adsense
Lagipun, ia sememangnya satu bentuk tips dan panduan untuk memastikan iklan yang tertera benar-benar dapat memberikan manfaat kepada pembaca dan pengunjung blog saya. Sekaligus, ia akan meningkatkan lagi kadar klik pada iklan. Dan diharapkan juga dengan adanya Better Ad Standards ini dapat tinggikan rate atau nilai CPM dan page RPM dalam Adsense.

Kenapa Crome?

Sebab pelayar internet ini ada extension yang akan blocked segala bentuk iklan dalam blog dan juga web iaitu Ads Blocker. Akibatnya, pengiklan serta penerbit akan kehilangan sumber pendapatan dengan adanya Ads Blocker.


Apabila fungsi Better Ad Standards ini digunakan, ini bermakna ... mana-mana aplikasi Ads Blocker akan mengguna-pakai standard ini untuk membenarkan iklan di paparkan seperti biasa.

Bentuk dan Jenis Iklan Dibenarkan

Jadi, bentuk iklan yang bagaimana yang akan menyerlah apabila Better Ad Standards ini diperkenalkan?

The Coalition’s research identifies the ad experiences that rank lowest across a range of user experience factors, and that are most highly correlated with an increased propensity for consumers to adopt ad blockers. These results define Better Ads Standards that identify the ad experiences that fall beneath a threshold of consumer acceptability. Four types of desktop web ads (six tested ad experiences) and eight types of mobile web ads (twelve tested ad experiences) fell beneath this threshold. A summary of these types of ad experiences is presented below.
Adsense

Daripada apa yang ditunjukkan di atas, secara amnya, rakan blogger yang menggunakan Adsense tidak perlu risau kerana Adsense memenuhi standard paparan iklan seperti dinyatakan dalam Better Ad Standards ini.

Tak perlu risau apa-apa, asalkan iklan yang muncul di blog mematuhi standard ini.

Nak baca lagi? boleh ke https://www.betterads.org/standards/

Cara paling selamat untuk memastikan Adsense anda memberikan income semaksima mungkin, gunakan kod Auto-Ads yang disediakan. Ia kod Adsense yang boleh bantu naikkan income Adsense selain tidak mengabaikan pengalaman penggguna.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ada sesapa boleh bantu mama nak apply adsense tak huhu

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, terima kasih ats perkongsian info dan pencerahan tuan HH, sangat membantu dan bermanfaat bagi saya yang memasang adsense dalam blog:)

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian. Saya ada baca notifikasi ni tapi tak berapa faham. Lepas dah baca penjelasan tuan, barulah faham.

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas info ni. Sangat berguna untuk pengguna2 adsense! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sama-sama ... :) moga dapat bantu rakan blogger tingkatkan income USD adsense ni.

      Padam
  5. Yaa saya guna auto ads aje, lagi selesa dan tak pening ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeap, tu lebih senang dan mudah. Biar Adsense yang decide mana tempat iklan yang bagus. Tak perlu pening kapala... hahaha

      Padam
  6. Terima kasih atas perkongsian artikel ini HH...nice info

    BalasPadam
  7. maacam sukar juga nak letak iklan Adsense ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehh tak sukarlah Tuan Hanafi .. pemain adsense beruntung besar sbb dalam Adsense ada AUTOADS .. guna kod tu je dah memadai dah.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement