Alhamdulillah, trafik untuk bulan Jun menampakkan penambahbaikan yang saya harapkan. Beberapa post lama saya menjadi tarikan pembaca dan pengunjung sehingga menyebabkan peningkatan positif ini.
Blog Catat 24,5921 Pageviews Untuk Jun 2019
Bukan mudah nak kekalkan trafik blog melebihi 100K setiap bulan, apatah lagi platform pengiklanan Innity yang digunapakai memperuntukkan terma dan syarat agar jumlah trafik mesti melebihi 200K setiap bulan.Jika terkurang daripada syarat, pasti akan dapat email amaran daripada Innity. Rasanya saya ada cerita dalam post lama satu ketika dulu. Ya, memang ketat syarat dikenakan oleh Innity ni. Mana-mana blog atau laman web yang ada menggunakan platform pengiklanan Innity, ia memang blog atau laman web yang tinggi trafiknya setiap bulan.
Saya sebenarnya dalam usaha nak capai target tahun ini iaitu sebanyak 30 Juta PV secara keseluruhan dengan harapan tahun 2019 dapat menokok trafik ke 2 juta PV tahunan.
Dulu, saya tak pernah fikir pun dapat capai dan menarik trafik ke blog sampai puluhan ribu. Namun, alhamdulillah .. segala usaha dengan ilmu yang saya peroleh telah nampaknya memberikan hasil yang sangat baik.
Blog mungkin tak mampu nak capai target kalau tidak dirangka dengan teknik yang betul terutama teknik mendapatkan trafik secara percuma menerusi enjin carian.
[Dah Baca?] Pasif Income USD Menerusi Apps Games Anda Sendiri
Tanpa trafik, blog tak boleh nak menjana income sampingan.
Tanpa trafik, setiap perkongsian tiada maknanya kerana tidak dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
Jika anda seorang blogger yang mahu memastikan blog menerima trafik yang tinggi, mesti cari dan praktikkan ilmu blogging sebaik mungkin. Buat sampai jadi. Praktik sehingga berhasil. Jangan putus asa.
Kejayaan tak boleh dicapai sekelip mata. Kena banyak usaha dan pengorbanan perlu dibuat.
Untuk hasilkan sebuah blog yang baik, ilmu berkaitan cara penulisan, teknik SEO, teknik menulis tajuk dan seumpamanya kena dipelajari dari mereka yang mahir dan arif. Sejujurnya, saya sehingga kini masih lagi Google tips blogging dan baca blog pakar blog dari seluruh dunia.
Apatah lagi trend dan corak penulisan sentiasa berubah mengikut citarasa.
Lagi, perlu bersaing dengan banyak blog yang hebat-hebat dan ada backup penulis yang tahu mencari serta research isi kandungan yang best, mantap dan sentiasa mendapat tempat di kalangan orang ramai.
Zaman sekarang, jika mahu blog menerima trafik yang tinggi .. kena pastikan ianya mesra SEO, mesra mobile, loading yang pantas serta menyajikan isi kandungan yang evergreen dan mengisi persoalan orang ramai.
[Dah Baca?] Bagaimana Cara Menjadikan Blog Mesra SEO Enjin Carian
Jadikan blog sebagai tempat penyelesaian masalah .. in Sha Allah .. trafik akan mudah dijana kerana setiap hari akan ada yang mencari penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. :)
Nak tengok jumlah trafik setiap bulan blog ini yang berjaya diterima sepanjang 2019? Anda boleh tengok di sini - https://www.hasrulhassan.com/p/pengiklanan.html
Terima kasih buat semua yang menyokong blog ini.
wah, tahniah dengan pageview yang tinggi!
BalasPadamTerima kasih. Doakan saya akan terus menerus menulis di blog ini
PadamWow! Tahniah!
BalasPadamTahniah tuan. Kagum tgk PV bulanan tuan.
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki saya masih mampu capai PV tinggi
Padamterbaikk. tahniahh..
BalasPadamTerima kasih Cik Itah
PadamPadu tuan
BalasPadamOhh terima kasih ... :) Adi Channel sudi singgah sini ya
PadamTerbaik tahniah tuan
BalasPadamTerima kasih. Saya harap saya akan terus kekal menulis dan berkongsi manfaat
PadamTerbaik tahniah sifu HH
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.