Tonton Online Telefilem 'Wakaf Dosa' - Kisah Viral Yang Meruntuhkan Masyarakat Kita

Anda dah tengok telefilem Wakaf Dosa? Ia telefilem ditayangkan di hari raya keempat, 8 Jun 2019 Sabtu di TV3. Ia telefilem yang menyentuh rasa dan membawa pelbagai pengajaran berkisar kepada realiti kehidupan sekarang.

Kalau anda belum tonton, boleh menontonnya di saluran YouTube rasmi DramaSangat atau TV3 Malaysia. Boleh juga saksikan telefilem penuh Wakaf Dosa di akhir post ini.

Wakaf Desa - Telefilem Mengenai Bahaya Fitnah Viral di Media Sosial

Wakaf Dosa ditayangkan menerusi slot Cerekarama TV3. Ia menampilkan lakonan berkesan pelakon popular Dato' Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina dan ramai lagi. Telefilem ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Suhan Movies.

Secara peribadi, memang tersentuh hati menonton telefilem ini. Takut pun ada, risau ia boleh berlaku pada diri dan orang yang kita sayang.

Benar, zaman sekarang zaman penuh fitnah, dan betapa mudahnya fitnah itu tersebar sehingga boleh meruntuhkan keluarga dan masyarakat. Kita cepat sangat menilai sesuatu tanpa soal selidik. Kita ringan jari kongsi perkara yang tidak tahu hujung pangkal serta sensasi.

Tak pernah terfikir pun pasal perasaan orang lain. Andai ia berlaku pada kita macamana?

Mohon Allah S.W.T lindungi kita semua daripada 3 fitnah yang disebutkan dalam telefilem ini.

Sinopsis Wakaf Desa

Ok .. ni sinopsis ringkas mengenai telefilem Wakaf Dosa ni.

Bakri Zain seorang pelakon banyak merangkul anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan.

Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik.


Puteri Najwa merupakan anak sulung Bakri kini dan sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Najwa ingin mengejar impiannya menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar. Berbeza dengan kejayaan ayahnya yang lebih menjurus ke ‘Dunya’, Najwa pula menjadikan ‘Akhirat’ sebagai titiannya untuk ke syurga.

Namun, Najwa tidak pernah sesekali meragui atau ‘judgemental’ pada ayahnya.

Suatu hari, sebuah video skandal seks Bakri Zain bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Bakri terduduk dan terkelu apabila mendapat tahu tentang video itu. Bakri puas berfikir siapa yang sanggup memfitnah dan menganiayainya.

Itu merupakan titik permulaan kehancuran ‘Bakri Zain’.

Bakri mula tersedar yang dirinya jauh daripada Allah. Baginya agama itu adalah sekadar tanggungjawab terhadap keluarga sahaja tapi bukan untuk dirinya.

Bakri akhirnya meninggal dunia akibat kemurungan berpanjangan.

Sejak kejadian itu Daniel orang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah dengan menyebar video palsu itu mula dihantui perasaan bersalah dan tidak tenang. Daniel akhirnya bertemu dengan keluarga Bakri dan mengaku kesalahanya namun segalanya telah terlambat.

Tonton Online Wakaf Desa



Jadi? Apa komen anda tentang telefilem Wakaf Dosa ini? Anda dapat apa yang cuba nak disampaikan?

Semoga kita terlindung daripada fitnah melampau akhir zaman ini. In Sha Allah.


Copywritting template

Post a Comment

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com