Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H. Maaf Zahir & Batin

Jutawan Homestay
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H (2019H). Alhamdulillah, kita sama-sama diberikan kesempatan untuk menyempurnakan sebulan berpuasa di bulan Ramadan tahun ini. Bukan semua orang mendapat nikmat tidak terhingga seperti kita. Jadi, mari sama-sama panjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada Allah S.W.T.

Tahun ini, saya dan sekeluarga akan berhari-raya di kampung halaman isteri saya di Parit, Perak. Manakala, ini merupakan tahun pertama saya dan keluarga tidak dapat beraya dengan emak saya yang kini berada di Kuala Lumpur bersama adik saya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H
Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar walillahirham.

Saya bersyukur sangat-sangat kerana masih diberikan nyawa oleh Allah S.W.T untuk meraikan Aidilfitri. Saya juga bersyukur kerana dibenarkan oleh Allah untuk meraikan hari raya bersama keluarga tersayang... walaupun ada yang berada jauh di mata.


Syukur Kepada Allah

Kenapa bersyukur?

Kerana masih ramai yang beragama Islam, berpuasa sebulan Ramadan yang tidak dapat menikmati kemenangan menentang hawa nafsu, makan dan minum semasa sebulan berpuasa. Mereka berpuasa, tetapi keadaan mereka tidak sebaik kita di sini.

Mereka berpuasa sebulan tetapi tidak dapat merayakan seperti kita meraikannya.

Malah, ada di antara kita sakan beraya walaupun puasa tidak penuh sebulan Ramadan.

Kita patut bersyukur kerana masih dapat beraya dan memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara serta kenalan. Ada antara kita tak dapat peluang ini... walaupun mereka berpuasa penuh, jalankan ibadah sunat sholat terawih setiap malam Ramadan, berjaga malam berqimullail, khatam Quran beberapa kali .. dan sebagainya.

Allah pilih kita untuk merasai nikmat hari raya sebenar. Nikmat dan kesempatan untuk melunaskan hutang dosa sesama manusia samada sedar atau tidak melakukannya.

Allah Maha Hebat, sebaik perancang yang merencanakan segala perkara.

Kami Mohon Ampun Maaf Kepada Semua Yang Mengenali

Di bulan Syawal ini, saya dan keluarga mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Fitrah 1440H buat semua yang mengenali kami, samada kenal rapat atau hanya kenalan di dunia maya.



Saya bagi diri serta keluarga saya, ingin memohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah. Halalkan makan dan minum kami, barang dan apa sahaja yang terambil selama kita mengenal.

Doakan agar kita sama-sama mendapat keberkatan dan kelebihan Syawal ini. Dan paling penting Allah S.W.T menerima segala ibadah yang telah dibuat sepanjang sebulan Ramadan ini.

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar.

Terima kasih buat semua pembaca blog ini.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Post a Comment

2 Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri HH.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Rya HH. Semoga Ramadhan meninggalkan kesan yang lebih baik~

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.