Ramadan bermaksud panas terik. Kata Ramadan berasal dari akar kata bahasa Arab ramiḍa atau ar-ramaḍ. Jadi, mengikut tahun dan musim tertentu, ada negara yang mengalami cuaca panas terik apabila tibanya bulan Ramadan ini. Di Malaysia juga tidak terkecuali. Musim panas yang terik dan kering sering bersama dalam bulan Ramadan ini.

Pada waktu panas begini di dalam bulan Ramadan, memang syok jika dapat berendam dalam air yang sejuk. Ia boleh menyegarkan badan dan mengelakkan tubuh daripada mudah terhidrat, terutama buat kanak-kanak yang sedang berpuasa.

Syoknya Berendam Dalam Kolam Mini di Bulan Puasa

Dari segi hukum Islam, berendam tidak membatalkan puasa selagi air kolam tidak masuk ke dalam rongga atau tertelan masuk ke dalam perut. Ia hampir sama dengan hukum berenang dan menyelam, bezanya ialah berenang dan menyelam ada kemungkinan besar air boleh masuk ke rongga andai tidak dihalang.

Saya tak nak bercerita lebih pasal hukum berendam, berenang atau menyelam semasa berpuasa. Anda boleh dapatkan penjelasan sebaiknya daripada mereka yang lebih alim atau merujuk ke laman web Jabatan Agama Islam atau Pejabat Mufti. Di situ, in Sha Allah .. anda boleh dapat penjelasan lebih tepat berkaitan perkara ini.

[Baca] Fatwa Berkaitan Berenang dan Menyelam Ketika Berpuasa


Anak Kekal Segar Dapat Berendam Ketika Berpuasa

Cuma saya nak cerita, bagaimana nak membantu anak agar dapat kekal segar pada cuaca panas terik yang biasanya berlaku dalam bulan Ramadan. Jika mereka sedang belajar untuk berpuasa, tidak salah untuk mereka meredakan panas badan dengan berendam di dalam kolam.

Macam saya, memang dah ada kolam mini yang isteri saya beli di laman web shopping online. Harganya boleh dikatakan agak murah juga kalau nak dibandingkan dengan apa yang dijual di kedai serta pasaraya.

Guna Kolam Mini Untuk Berendam

Kolam mini ini mudah dikendalikan. Hanya perlu isikan air setelah kolam diisikan dengan angin. Cuma ambil masa sedikitlah sebab anda perlu meniup udara/angin ke dalam kolam ini. Jenuh juga kalau nafas anda pendek.

Awas, kolam mini ini mudah terkoyak jika diletakkan di lantai yang tidak rata atau punyai batuan kecil. Jadi, kena pilih kawasan yang sesuai untuk menyediakan kolam mini ini.

Selepas digunakan, pastikan air diguna-semula, contohnya untuk membasuh kereta dan menyiram pokok. Ini untuk elakkan pembaziran air. Boleh juga digunakan untuk membasuh kain buruk atau mencuci peralatan lama yang dah berhabuk atau kotor.

Apabila air telah dikeringkan dari dalam kolam, sidai di kawasan panas. Hati-hati dengan paku, skru atau bucu tajam ketika mengeringkan kolam mini ini. Tak nak lah nanti sampai berlubang akibat tercarik terkena paku atau skru di tempat penyidai.

Lipat dan simpan elok-elok untuk kegunaan di masa akan datang.


Syok Melihat Anak-Anak Main Air, Berendam Dalam Kolam Mini

Lihat anak-anak bermain air, berendam di kala waktu panas terik memang menyeronokkan. Ia boleh dijadikan satu terapi buat ibubapa kerana dapat melihat keletah dan gelak tawa anak ketika berendam dalam kolam mini.

Jangan runsing melihat kawasan rumah sedikit basah. Sebab yang basah mampu kering. Cuma perlu sedikit berhati-hati takut-takut lantai menjadi licin. Berikan pengalaman mandi berendam untuk anak-anak sebab ia satu pengalaman yang syok buat mereka, apatah lagi dalam bulan puasa ... huhu.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement