Beg dompet dah uzur. Jadi, bila nampak laman web shopping online Shopee ada buat online sale kempen Raya Bersama Shopee, saya tak lepaskan peluang untuk cari beg dompet baharu sempena Raya tahun ini.

Bila dah ada kempen Raya Bersama Shopee ni, pastilah akan ada bargain yang menarik. Namun, kena hati-hatilah juga, dan pandai memilih sebab ada juga barangan yang dijual sama je harganya sebelum kempen ni bermula.

Memang Berbaloi Dapat Shopping Beg Dompet Baharu di Shopee

Shopping online dompet raya baharu di Shopee
Lama dah tak tukar dompet baharu. Isteri pernah kata nak tukar dompet baharu disebabkan dompet lama dah ada tanda-tanda semakin mereput dan bocor. Tak mahulah tunggu bila dah ada duit keciciran baru nak tukar dompet baharu.

Jadi, saya ambil kesempatan dengan promosi besar-besaran dibuat oleh Shopee untuk cari sepasang dompet baharu untuk isteri dan untuk diri sendiri.

Ada banyak kedai online di dalam Shopee ni. Jadi, kena rajin lihat tawaran-tawaran yang disediakan. Selain daripada harga jualan yang mampu milik, kena lihat juga samada ada potongan khas dan juga kos penghantaran percuma.



Saya lebih berhati-hati kali ini sebab memang ada seller yang sengaja meletakkan harga asal yang tinggi kemudian declare sebagai harga diskaun. Tak mahu lah rasa kerugian disebabkan kesilapan kecil macam ni.

Lagi satu, nak kena cari produk yang berkualiti supaya nanti bila barang dah sampai ke tangan akan rasa kecewa. Cara terbaik ialah mencari kedai online dalam Shopee yang ada review yang bagus dan tunjukkan kualiti produk itu dengan jelas.

[Dah Baca?] Tips Untuk Beli Barang Murah Secara Online

Perlu juga bijak membeli di Shopee dengan mencari kedai online yang menyediakan kos penghantaran percuma dengan syarat yang tidak membebankan. Tahukan ada seller yang kenakan syarat kos penghantaran percuma dengan syarat jumlah belian tertentu? Jadi, kena perhati betul-betul sehinggalah produk tu dah sedia untuk dibayar .. kena lihat jumlah sebenar yang perlu anda bayar.


Kadang-kadang tu, kos penghantaran lagi mahal daripada harga produk yang kita beli. Jadi, kena pastikan betul-betul supaya tak keluarkan duit lebih semata kerana caj penghantaran yang dikenakan.

Shopping Online di Shopee Beli Dompet Baharu Untuk Hari Raya

Shopping online dompet raya baharu di ShopeeAlhamdulillah, saya jumpa set beg dompet yang menarik untuk Hari Raya kali ini. Dua-dua adalah dari kedai online yang sama, jadi saya boleh jimat dari segi kos penghantaran. Bila beli dari satu kedai online Shopee yang sama, jadi kos penghantaran boleh disekalikan.

Dah tu pula, ada potongan jika berbelanja lebih di kedai yang sama. Jadi, saya pun grab tawaran diberikan dan beli sepasang beg dompet.

Bila sampai, memang kami berdua puas hati dengan pembelian. Harga yang dibayar jauh lebih murah daripada harga produk yang sama yang dijual di kedai biasa di pasaraya. Kualiti pun memang bagus.

Puas Hati Beli Online Dompet Raya di Shopee


Shopping online dompet raya baharu di Shopee


Shopping online dompet raya baharu di Shopee
Shopping online dompet raya baharu di Shopee
Shopping online dompet raya baharu di Shopee
Sekarang memang dah mudah nak shopping raya ni. Semua boleh dilakukan secara online. Di samping harga produk yang lebih murah, boleh dapat mata ganjaran selain cash-back untuk sesetengah produk yang dijual, terutama di Shopee.

[Pernah Baca?] 13 Tips Jimat Untuk Penyediaan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir

Memang untung berbelanja di Shopee. Tak perlu lagi keluar rumah. Tak perlu lagi nak bersesak bershopping raya... semuanya hanya di tapak tangan dan jari jemari sahaja. Syokkan bershopping macam ni?

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Cantik kualiti dompet yg Abg HH beli tu..

    Betul3x. Memang kena pandai pilih dan tahu yang mana berpatutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shopping online ni satu je masalah dia .. ia akan ambil byk masa kita.

      Padam
  2. Lama dh xbeli online dgn shopee ni

    BalasPadam
  3. paling best crazy sales yg jam tu. semua menda menarik ^_^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement