Kisah seorang kanak-kanak bernama Faiz yang kurang upaya pendengaran memang menyentuh rasa. Buat kita yang lengkap pancaindera pasti akan terkesan dengan iklan Hari Raya 2019 daripada Maxis ini. Kisah hari raya Faiz dalam iklan Maxis Raya 2019, Deria Takbir.

Video penuh Maxis Raya 2019 telahpun dimuat-naik ke laman YouTube sejak 23 Mei lalu, dan sehingga post ini ditulis ianya telah menerima lebih daripada 400,000 tontonan.

Deria Takbir - Iklan Raya 2019 Istimewa Daripada Maxis

Deria Takbir - Iklan Raya 2019 Istimewa Daripada Maxis

Video iklan Raya 2019 daripada Maxis ini bukan biasa-biasa. Ia sebenarnya memperkenalkan satu aplikasi yang khas untuk kegunaan insan seperti Faiz ini yang tidak pernah merasai 'kenikmatan' mendengar Takbir Hari Raya.

Menerusi aplikasi Deria Takbir, Faiz kini boleh mendengar azan dan takbir Hari Raya.

Aplikasi Deria Takbir membantu insan kurang upaya pendengaran (pekak) seperti Faiz untuk 'mendengar' dan menghayati betapa indahnya alunan Takbir Raya. Selama ini Faiz berada dalam dunianya sendiri, kini dengan aplikasi ini, Faiz boleh bersama-sama mengalunkan takbir Hari Raya.

Seronoknya Faiz kerana kini dia mampu bersama orang lain mengalunkan takbir raya.

Jika anda kenal sesiapa yang ada masalah pendengaran, maka muat-turun aplikasi percuma ini sekarang. Boleh dapati di sini - Aplikasi Deria Takbir daripada Maxis

Buat anda yang tak berkesempatan lagi menonton video penuh iklan Hari Raya 2019 daripada Maxis ini, boleh tonton di bawah.

Video Penuh Maxis Raya 2019




Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement