192,118 Pageviews Terhasil Untuk April 2019 & 2 Tips Untuk Melakukannya

Terlupa pula nak kongsikan jumlah trafik untuk bulan April 2019. Dah nak habis bulan Mei, baru saya tersedar .. itupun selepas ada pengiklan yang nak tahu mengenai jumlah trafik keseluruhan untuk suku pertama tahun 2019.

Berdasarkan rekod yang ditunjukkan oleh Google Analytics, blog ini telah berjaya mencapai jumlah trafik keseluruhan sebanyak 192,118 pageviews (PV) pada bulan April 2019.

Jumlah Pageviews Bulan April 2019

Pageviews Bulan April 2019
Daripada apa yang direkodkan, dibandingkan dengan bulan sebelumnya, iaitu Mac 2019; trafik bulan April 2019 nampaknya telah naik sedikit. Alhamdulillah, ada peningkatan trafik.

Pada bulan Mac, trafik keseluruhan yang diterima adalah sebanyak 187,180 PV. Jadinya, telah berlaku sedikit tambahan trafik sebanyak 4,938 PV berbanding apa yang direkodkan pada April 2019.

Saya sebenarnya memang menjangka akan berlaku peningkatan trafik ini. Ini berdasarkan trend peningkatan trafik dalam tempoh yang sama tahun lepas.


Trafik Tinggi Dari Post Lama

Kebanyakkan trafik yang masuk adalah daripada enjin carian Google. Yang menariknya ialah, posting yang menyumbang kepada aliran trafik yang tinggi adalah merupakan post-post yang lama, dan bukan posting terkini.

Trafik Tinggi Dari Post Lama
Ini menunjukkan bahawa blog masih lagi relevan dalam pencarian maklumat dan info. Posting lama masih lagi mendapat tempat yang baik di enjin carian, dengan syarat ia menepati dengan apa yang pengguna internet mahukan.
Teknik SEO


Inilah kelebihan menggunakan kaedah dan teknik Search Engine Optimization (SEO) dalam menghasilkan post. Dengan teknik yang betul, ia mampu untuk memastikan blog sentiasa menerima trafik yang baik walaupun tanpa posting terbaru.

Daripada apa yang saya lihat, posting yang usianya 2-3 tahun kebelakang masih lagi kuat berada dalam ranking enjin carian.

Sebenarnya ada satu tips yang saya gunakan bagi memastikan post lama ini kekal menyumbang trafik yang diharapkan.

Nak tahu?

Tips Simple Untuk Dapatkan Trafik Tinggi dari Post Lama

Simple je. Anda perlu kemaskini post lama tersebut dengan menambahkan isi kandungannya dengan info yang baharu. Saya juga mengubah struktur ayat-ayat tertentu supaya lebih mesra SEO, selain memastikan kata kunci carian yang ditarget berada di dalam perenggan pertama, pertengahan dan di akhir post.

[Dah Baca?] Bagaimana Nak Jadikan Blog Mesra SEO?

Saya tak unpublish. Saya cuma edit dan kemudian terbitkan semula. Jadi, link tak berubah dan backlink yang diterbina untuk post tersebut pun tidak terganggu.

Saya pernah gunakan teknik unpublish dan publish semula. Hasilnya, post tersebut tidak lagi kelihatan dalam enjin carian. Sejak itu, ia menjadi pantang saya dalam mengedit post-post lama untuk penambahbaikan.

Ada dua cara yang digunakan;
  • Edit tanpa unpublish - tarikh dan masa publish kekal.
  • Edit tanpa unpublish, tetapi bahagian schedule post tu saya buat Automatik.

Topik atau post yang sesuai untuk buat cara di atas ialah topik-topik evergreen yang sentiasa dicari oleh pengguna internet pada waktu-waktu tertentu.

Contohnya: Topik pasal BRIM yang kini dikenali sebagai BSH, ia benda sama je setiap tahun, tetapi saya kemaskini dengan jadikan ia post terkini.

Anda boleh cuba teknik SEO yang saya gunakan ini. Tapi saya tak dapat jamin ia akan berikan hasil yang sama untuk blog anda. Ini adalah kerana struktur data setiap blog tidak sama. Ada beberapa hal lain yang mempengaruhi.

Namun tak salah untuk bereksperimentasi. Dari situ anda boleh belajar sesuatu, macam apa yang telah saya pelajari berkaitan unpublish old post dan publish semula.

Nak belajar teknik SEO yang lebih padu? Anda boleh rujuk panduan ini - http://bit.do/panduanseo2019

Semoga perkongsian saya ini berikan sedikit ilmu dalam berblogging. :)

Post a Comment

13 Comments

  1. wow!! hebat betul tuan sifu!

    entri lama di blog saya juga begitu, lebih popular dari entri yang terkini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Jadi kena ambil peluang untuk pastikan entri lain pun dapat tempias.

      Delete
  2. Antara iklan adsense image dan teks yang mana lebih dapat klik? tq sifu share info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok letaknya kat mana .. kalau teks, klik tinggi dalam post, iaitu antara perenggan. Kalau imej ni .. klik tinggi kat sidebar atas (kalau desktop), dan di bawah akhir post kalau paparan dalam phone

      Delete
  3. Sy teringin nak jadi mcm sifu HH. Sentiasa ada pembaca diblog. Kadang kala tukang komen ramai pun belum tentu pv naik. Sy pun tengok entri lama lama yang ada sambutan. Dan carian naik. Entri terbaru ni biasa biasa aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya penulis blog biasa-biasa je. Cuma mungkin ada kelebihan dari segi ilmu SEO yang membolehkan blog sentiasa dapat pembacanya.

      Delete
  4. TQ bro HH utk perkongsian bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsi ilmu blogging. Semoga sentiasa murah rezeki

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kongsi ilmu yang bagus ni. Nak cuba kat blog sendiri nanti.

    Www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  7. ilmu yang bermanfaat HH, nak jugak cuba praktikkan panduan ni

    ReplyDelete
  8. Thanks HH sharing ini..Boleh cuba teknik ini kita lihat bagaimana..

    ReplyDelete
  9. Thanks sharing HH.. boleh la Nurul cuba teknik ni ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/

    ReplyDelete
  10. saya edit jugak tapi terus hilang dari search engine. kahkah

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com