Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) - Permohonan 2019 Dibuka

Anda pernah dengar mengenai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera? Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) adalah merupakan inisiatif kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Ia dikendalikan dan diselaras oleh pihak SME Corp.

Menerusi program ini, para belia akan dibantu untuk menceburi bidang keusahawan selain diberikan dana dan bantuan modal. Ia satu program yang sangat bagus terutama di waktu ramai belia masih dibelenggu dengan masalah pencarian kerja kosong.

Program TUBE untuk Belia Minat Berniaga

Program TUBE 2019
Untuk makluman, permohonan TUBE bagi tahun 2019 kini telah dibuka mulai 3 April sehingga 22 April. Permohonan ini boleh dilakukan secara atas talian (online) menerusi laman web TUBE (https://tube.smecorp.gov.my/index.php)

Belajar Cara Menjadi Seorang Usahawan Yang Berjaya

Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 - 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. 

Objektif utama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera atau TUBE adalah untuk:
  • memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia
  • anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan
  • membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri

Program TUBE ini direka khas bagi mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar.

[Dah Baca?] Muat-Turun Panduan Lengkap Berniaga di Shopee - Ketahui Cara Jana Jualan 4-5 Angka Seminggu!

Fasa Perlaksanaan Program TUBE

Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera 2019


Ini dilaksanakan menerusi tiga (3) Fasa pelaksanaan, iaitu:

  1. Fasa 1 - Peserta yang layak akan mengikuti latihan fizikal asas ala ketenteraan berkonsepkan bootcamp untuk menguji kecekalan minda, mempelajari cara membuat keputusan strategik, keberanian, penonjolan ciri kepimpinan serta semangat kerja berpasukan. Ini sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang bakal dihadapi semasa menjalankan perniagaan.
  2. Fasa 2 - Peserta akan didedahkan dengan lanskap perniagaan terkini; termasuk maklumat mengenai jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi untuk memulakan perniagaan. Peserta juga akan mempelajari pelbagai acumen perniagaan termasuk perakaunan asas, pemasaran produk dan perkhidmatan, serta pembentangan idea dan Rancangan Perniagaan (RP) atau business plan.
  3. Fasa 3 - Peserta yang melepasi Fasa 1 dan Fasa 2 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa di Fasa 2. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau menerusi Sistem Buddy oleh Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia. Tempoh bimbingan dan pemantauan ini yang mengambil masa selama 12 bulan bertujuan untuk memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi, supaya perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan.

Ia satu program yang cukup bagus untuk para belia Bumiputera yang mahu menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

Peringatan Untuk Permohonan TUBE 2019

Tunas Usahawan Belia Bumiputera
Namun, harus diingat, walaupun TUBE adalah satu program percuma, ada beberapa peringatan penting atau syarat kelayakkan yang patut dipenuhi oleh pemohon di kalangan belia.

  1. Pemohon mesti membaca serta memahami konsep pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera sebelum mengemukakan permohonan
  2. Permohonan dalam talian dibuka mulai 03 April 2019 sehingga 22 April 2019 sahaja. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.
  3. Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja.
  4. Tarikh-tarikh penting (tertakluk kepada pindaan) adalah :-
    1. Permohonan dalam Talian - 03 April 2019 - 22 April 2019
    2. Saringan Permohonan - Mei - Jun 2019
    3. Sesi Temuduga - Jun - Julai 2019
    4. Tempoh Latihan di Kem (Fasa 1 & 2) - Ogos - September 2019
    5. Pelaksanaan Perniagaan & Pemantauan (Fasa 3) - Januari 2020 - Disember 2020
  5. Sila pastikan emel yang digunakan semasa Pendaftaran ID adalah aktif dan sah.
  6. Sila lengkapkan semua soalan di setiap Seksyen dengan maklumat yang tepat dan betul sebelum menekan butang "Sah & Hantar"
  7. Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang "Sah & Hantar".
  8. Bukti penerimaan permohonan adalah melalui emel yang telah didaftarkan.
  9. Berdasarkan kepada dasar dan prosedur yang diterima pakai, SME Corp. Malaysia berhak untuk meminda, mengganti, membatal atau mengubah mana-mana terma dan syarat permohonan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan penilaian permohonan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dipertimbangkan.


Kelayakan Untuk Memohon TUBE

Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:
  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 tahun pada tarikh tutup permohonan dalam talian;
  2. Telah mendaftarkan perniagaan kurang 12 bulan / jika belum mendaftarkan perniagaan, telah menjalankan operasi perniagaan sekurang-kurangnya 3 bulan dan tidak melebihi 12 bulan.
    • Hanya mengambil kira pendaftaran SSM kali pertama. Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kira
    • Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan. Sekiranya terpilih, surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dibawa semasa Sesi Temuduga.
  3. Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak
    • Tidak mempunyai alahan yang serius (cth: alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di kawasan hutan);
    • Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan; dan
    • Pemohon wanita yang disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin) sewaktu tarikh tamat permohonan dan / atau apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program tidak layak meneruskan Program.
  4. Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis;
    • Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan/atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon
  5. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia.
    • Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami/isteri dan anak-anak.
  6. Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan
    • Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
  7. Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta
  8. Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya.

[Dah Baca?] Bagaimana Nak Berjaya Dalam Bisnes Online

Cara Permohonan

Sekarang, serba-sedikit informasi berkaitan program ini telah diketahui. Untuk lebih jelas, anda boleh terus ke laman web TUBE atau terus membuat pendaftaran secara percuma menerusi pautan ini - https://tube.smecorp.gov.my/prereg.php

Video Peserta TUBE Berjaya

Sedikit video inspirasi untuk ditonton. Semoga para belia yang ada minat dalam bidang perniagaan dapat manfaatkan peluang ini.


Post a Comment

0 Comments