Semakin hari semakin ramai rakan blogger yang telah tahu cara nak monetize blog masing-masing. Alhamdulillah. Walaupun menulis blog sekadar hobi dan minat di masa lapang, tak salah untuk jadikan ia sumber income tambahan, memandangkan memang telah ada platform percuma disediakan untuk menjana income ini.

Bagi kebanyakkan blogger, platform utama untuk menjana sumber pendapatan sampingan menerusi blog tentulah dengan Google Adsense. Google Adsense membayar dalam matawang USD dan tidak pernah menghampakan.

2 Kesalahan Serius Dalam Google Adsense

Tips adsense untuk blog
Dalam Google Adsense, ada dua jenis akaun iaitu Hosted Account dan juga Full Account. Jika anda masih menggunakan hosted account Adsense, saya memang menyarankan untuk anda apply bagi mendapatkan akaun penuh Adsense ini.

Untuk apply hosted account ini, anda menggunakan platform seperti blogspot/blogger.com untuk memohon. Hanya klik monetization di bahagian dashboard blogspot. Dan ikuti tatacara diberikan. Ia juga boleh dipohon menerusi akaun Youtube. Caranya sama, hanya pergi ke bahagian monetization di Youtube dan ikuti langkah disediakan.

Kekurangan akaun hosted ini ialah, ianya terhad kepada platform blogspot/blogger atau Youtube sahaja. Anda tidak boleh nak maksimakan income Adsense menerusi akaun ini.

Dengan akaun penuh Adsense (full account), anda hanya perlu daftar sekali sahaja menerusi domain blog anda sendiri, dan gunakan akaun ini untuk monetize di semua platform Google. Dengan satu akaun Adsense ini, anda boleh terus buat duit di blog, di Youtube, Google Play Store, dan juga Google Search.
Tips adsense untuk blog


Semua income dari platform ini akan dikumpulkan dalam satu akaun, dan dijumlahkan sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank anda yang telah didaftarkan dan disahkan.

Kerana inilah, ia menjadi platform utama buat duit USD kepada mereka yang memang aktif menggunakan internet atau 'bekerja' sebagai digital influencer. Malah, online marketer pun gunakan platform Google Adsense ini sebagai 'duit tepi' setiap kali mereka melakukan pemasaran menerusi internet.

Walaupun Adsense dilihat sebagai cara paling mudah untuk jana income USD di internet, ada dua larangan besar yang perlu diambil perhatian. Ia adalah dua kesalahan yang dianggap serius oleh pihak Google Adsense. Akibat melakukan dua kesalahan ini, akaun Adsense anda boleh digantung atau anda dilarang sama sekali untuk buat duit dengan Adsense lagi.

Nak tahu apa dua kesalahan besar ini?

Perletakan Iklan Adsense

Tips adsense untuk blog
Anda tidak boleh letak iklan Adsense ini sesuka hati anda di dalam blog. Anda perlu letakkan iklan Adsense di lokasi yang boleh kelihatan dengan jelas oleh para pembaca blog anda. Kod tidak disembunyikan, dan iklan Adsense anda bukan jenis dipaparkan secara pop-up.

Anda perlu letak iklan Adsense tanpa ada satu bentuk paksaan untuk pembaca klik iklan Adsense tersebut. Contohnya, macam pembaca masuk ke blog anda .. ada 'kekangan' yang minta untuk klik iklan tersebut sebelum dapat membaca isi kandungan blog.


Iklan pula tidak boleh menutupi kandungan blog dan tidak boleh terlalu banyak sehingga menyukarkan pembaca mahu membaca konten blog.

Kesalahan ini sangat mudah berlaku terutama di dalam blog kerana pemilik blog atau laman web punyai akses dan pilihan untuk meletakkan iklan Adsense di tempat yang mereka inginkan. Berbanding dengan Youtube dan apps di Google Play Store di mana perletakkannya dah ditentukan secara khusus oleh Adsense.

Kesalahan ini memang serius. Jika ia banyak kali dilakukan setelah amaran diberikan, akaun Adsense penuh anda mungkin akan dibekukan. Duit USD tidak boleh dikeluarkan. Paling teruk, anda tidak akan diberikan peluang untuk jana income USD lagi menerusi platform ini.

Pihak Google Adsense akan menggunakan samada nama penuh, nombor telefon, alamat rumah, serta akaun email anda untuk detect seandainya ada percubaan untuk memohon semula akaun Adsense yang baharu.

Jadi, ambil serius mengenai larangan ini.

Minta Pembaca Klik Iklan

Ia memang satu big NO-NO. Jangan sesekali anda minta pembaca atau pengunjung blog anda untuk klik mana-mana iklan Adsense ini. Ia satu larangan yang terkandung di dalam terma dan syarat untuk monetization blog menggunakan Adsense.

Adsense bukan sekadar beri peluang untuk blogger seperti saya buat duit sampingan, tetapi ia juga merupakan platform pengiklanan terbaik di internet buat mereka yang mahu mengiklankan produk dan memperkenalkan jenama.


Menerusi Google Ads (dulunya Adworks), pengiklan seluruh dunia menggunakan platform ini untuk mengiklan produk dengan kos paling murah. Jadi, pastilah mereka mahukan iklan mereka yang diklik adalah dari klik yang bermutu/trageted .. dan bukan dipaksa.

Jangan sesekali terdapatnya perkataan "click this ads", "please support with click this", "click for ...." pada mana-mana bahagian berdekatan dengan iklan Adsense di blog anda.

Okeh.

Jelas dua perkara utama ini? Kalau anda dah ada akaun Adsense penuh anda, jaga baik-baik supaya jangan sampai kena tindakan dari Google Adsense ni. Sayang ooo ... apatah lagi, dah banyak company advertiser yang integrate dengan Adsense ni.

Buat rakan blogger yang masih belum dapat akaun Adsense penuh, boleh gunakan panduan di bawah ini untuk dapatkan cara-cara betul memohon akaun Google Adsense.

Cara nak apply Adsense

Nak tips berkaitan cara tingkatkan income Adsense? Jangan lupa follow saya di page HasrulHassan.com

18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. teringat dulu ada yang sampai buat grup klik adsense..rasanya ada lagi kot zaman sekarang?

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang bagus terutamanya untuk yang baru diterima Google Adsense seperti saya.

    BalasPadam
  3. Boleh tau berapa USD yang blog admin ini janakan setiap bulan dari Adsense ke?

    BalasPadam
  4. saya ada masalah duit hasil youtube tak boleh ambik sebab nama tak sama di ic.. western union rejek.. so macam mana nk betulkan nama di resit yang telah dikeluarkan oleh google adsense?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okeh. Saranan saya, tukar cara keluarkan wang dari Adsense tu. Buat terus pemindahan ke akaun bank di Malaysia ni. Cepat, mudah.

      Kalau check/WU transfer tak ditunaikan, nanti duit tu akan kembali dalam akaun Adsense. Pihak Adsense akan hantar satu email untuk tukarkan cara keluarkan duit jika bermasalah.

      Kalau nak keluarkan juga untuk WU transfer tu, try pergi kat bank tempatan yang ada perkhidmatan WU ni. Mungkin boleh lepas. Tapi memang strict sama macam check. Macam2 derang akan tanya.

      Padam
  5. Adakah kita perlu tajuk pada iklan ADSENSE? Spt perkataan, tajaan..ads dll
    TQ Tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak HARUS. Tetapi boleh je diletakkan .. cuma jangan DORONG ORANG untuk klik... itu sahaja.

      Perletakkan seperti 'Iklan' ... 'Sponsored' dibenarkan, menunjukkan ia adalah iklan.

      Padam
  6. Info yang sangat berguna untuk yang baru nak mula buat adsense. Terbaik tuan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement