Jika post sebelum ini, saya berkongsi kisah pengalaman pertama berkunjung ke Muzium Kapal Selam di Pantai Klebang, Melaka .. kali ini, saya nak kongsikan beberapa gambar bahagian dalam kapal selam bernama Quessant ini.

Kapal Selam Quessant adalah dari Kelas Agosta 70 dari Peranchis. Sebelum ianya dijadikan muzium, kapal selam ini merupakan kapal selam untuk tujuan latihan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ia kemudian dijadikan perolehan TLDM, sumbangan dari kerajaan negara Peranchis sebagai menandakan permulaan sejarah armada kapal selam Malaysia.

10 Gambar Dalam Kapal Selam Quessant - Muzium Kapal Selam di Pantai Klebang, Melaka

10 Foto Muzium Kapal Selam di Melaka
Sedikit fakta menarik mengenai kapal selam Quessant ingin saya kongsikan kepada anda.

Muzium Kapal Selam yang sedang berada di Pantai Klebang, Melaka ini adalah merupakan muzium kapal selam yang ketujuh di dunia selain yang berada di England, Australia, Jerman, Russia, India dan Jepun.


Ini menjadikan ia satu tarikan menarik kepada pelancong luar dan dalam Malaysia.

Kapal selam ini adalah sepanjang 67.57 meter (m), 6.5 m lebar dan 11.75 m tinggi. Ia seberat 1,200 tan. Ruang dalamannya adalah hampir 100 peratus besi dan laluannya sangat sempit. Jika anda bertubuh besar, ia mungkin akan menyukarkan untuk berselisih.

10 Foto Muzium Kapal Selam - Bahagian dalaman


Apabila anda masuk sahaja ke dalam Muzium Kapal Selam ini, anda akan terus ke bahagian hadapan, di mana letaknya ruang pelancar torpedo. Ada 12 ruang kesemuanya untuk menyimpan peluru torpedo ini.

10 Foto Dalam Muzium Kapal Selam
Seterusnya, anda akan melalui bahagian kemudi kapal selam ini, yang agak sukar untuk difahami. Hanya ada banyak meter, sambungan paip, penarik, butang dan macam-macam yang saya tak pasti apa fungsi dan kegunaannya.

Foto Dalam Muzium Kapal Selam


Foto Dalam Muzium Kapal Selam
Masuk lebih dalam, anda akan melihat ruang tempat tidur kru kapal selam. Ia sangat ringkas, cuma ada katil bersama tilam, bantal, dan juga selimut. Katil pula adalah katil bertingkat dan pada sesetengahnya ada ruang untuk duduk. Meja makan juga turut disediakan.

Tempat mandi dan tandas berada di ruangan lain, dan hanya cukup memasukkan sesusuk tubuh bersaiz sederhana.

Foto Dalam Muzium Kapal Selam
Foto Dalam Muzium Kapal Selam
Foto Dalam Muzium Kapal Selam
Foto Dalam Muzium Kapal Selam
Di bahagian tengah kapal selam ini, ada ruang dapur yang sedikit luas daripada ruang-ruang yang lain. Melihatkan ruang yang terhad itu, saya tertanya-tanya, menu makanan yang macamanalah disediakan untuk kru dan anak kapal selam ini.

Sangat jauh bezanya dengan apa yang ditunjukkan di dalam filem yang pernah saya tonton.

Untuk mereka yang mungkin tidak tahu, armada kapal selam TLDM sekarang (2019) mempunyai dua buah kapal selam, iaitu KD Tunku Abdul Rahman (TAR) dan KD Tun Razak. Selain beroperasi menjaga keamanan perairan dalaman negara, TAR juga digunakan untuk tujuan latihan.

Kedua-dua kapal selam yang beroperasi sekarang adalah dari jenis Scorpene. Rekabentuk dua kapal selam ini adalah berasaskan kapal selam nuklear Peranchis Le Triomphant.

Muzium Kapal Selam di Pantai Klebang, Melaka
Untuk ketahui lebih banyak berkaitan sejarah armada kapal selam TLDM, anda bolehlah datang ke Muzium Kapal Selam ini. Andai rasa tak mampu nak memanjat tangga masuk ke ruang dalaman Kapal Selam Quessant ini, anda boleh sahaja membaca butirannya di bahagian bawah muzium ini.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wah menarik ni.. boleh la pi nanti... dekat ja pun dr kl

    BalasPadam
  2. Wow.. ini ler kapal selam yg xblh selam tue. ^_^ kene g nie, mesti anak2 suka..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement