Hadiri Kenduri Kahwin Rakan Blogger Yuyu Atiqa di Kelantan

Klik sini untuk TIPS TEMUDUGA
Hmm .. rasanya, setiap kali mendapat undangan kenduri perkahwinan (walimah) daripada rakan-rakan blogger saya, mesti lokasinya jauh-jauh. Ada tu memang rasa nak pergi, tetapi terpaksa dibatalkan saat akhir atas sebab-sebab tertentu.

Alhamdulillah, sekitar awal Disember 2018, saya berkesempatan membawa keluarga ke Kelantan untuk satu majlis walimatulurus rakan blogger yang pertama kali bertemu sua di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB2014), iaitu Puan Atiqah atau lebih dikenali dalam dunia blog sebagai Yuyu Atiqa (http://yuyuatiqa.blogspot.com)

Meriahkan Walimah Atiqah, Rakan Blogger Dikenali Sejak 2012

kenduri kahwin rakan blogger di kelantan
Rakan blogger ini adalah antara rakan blogger yang boleh dikatakan paling kerap saya bertemu sejak SBB2014. Kali kedua bertemu adalah ketika saya bersama famili dalam perjalanan ke Kelantan untuk bercuti sekitar tahun 2015.

Rasanya waktu tu, Atiqah masih menunggu keputusan SPM ...

Kemudian, bertemu lagi di USM. Ketika ini, Atiqah sudah melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM).

Mungkin rezeki untuk bertemu sekali lagi, saya menerima undangan dari Atiqah untuk majlis kenduri kahwinnya yang berlangsung di Machang, Kelantan. Kebetulan pula, saya dan keluarga memang ada buat perancangan untuk pergi bercuti ke Kelantan sempena cuti akhir penggal persekolahan 2018.

Alhamdulillah.

Dengan izin Allah S.W.T, kami sekeluarga tiba juga di Machang dan dapat memeriahkan majlis kenduri kahwin Puan Atiqah.

kenduri kahwin rakan blogger di kelantan
kenduri kahwin rakan blogger di kelantan
Yang menariknya ialah, pasangan Atiqah bernama Amri, sama pulak nama dengan anak sulong saya. Memang satu kebetulan yang menarik.

Kedua menariknya ialah menu masakan yang dihidangkan dalam majlis persandingan Puan Atiqah dengan Encik Amri, iaitu cara ia dihidangkan. Ia tak menggunakan pinggan, tetapi seperti satu dulang kecil dari anyaman. Dan makanan pula, alhamdulillah, sedap.

Menu makanan di bawah ni memang sedap. Ia macam roti canai dan dicicah bersama kari daging. Orang Machang panggil lain, yang saya lupa namanya ... tapi serius memang sedap.

kenduri kahwin rakan blogger di kelantan
Saya gembira dapat membawa keluarga saya dari Parit Buntar untuk majlis kenduri kahwin ini. Ini merupakan kali kedua, saya hadiri majlis walimah melibatkan rakan blogger saya.

In Sha Allah, andai ada lagi jemputan dari rakan blogger, saya mungkin akan hadiri dengan senang hati. :)

Lagipun dah lama tak merasai makan kenduri dari sudut 'rakan kenalan' ni.

Oh ya, Atiqah ni bijak berbicara dan sering jadi pengacara dalam majlis-majlis di USM. Bahasa Inggeris nya memang superb ... so, kalau nak ambil servis dia dalam pengacaraan majlis, boleh contact dia nanti ya.

See her blog di sini - http://yuyuatiqa.blogspot.com/

Post a Comment

0 Comments