Cara Dapatkan Gambar Padlock Untuk URL Blog

Klik sini untuk TIPS TEMUDUGA
Ada yang tanya saya, bagaimana caranya nak dapatkan certificate https (gambar padlock) pada URL blog. Walaupun tatacaranya tersangat mudah untuk blog menggunakan blogspot, namun masih ada yang tidak mengetahuinya... lebih-lebih lagi untuk domain sendiri dan mereka yang pertama kali menggunakan domain sendiri.

Rakan blogger yang menggunakan platform blogspot/blogger.com memang beruntung, sebab blospot sediakan servis percuma untuk menjadikan blog anda certified encrypted yang membolehkan anda menggunakan fungsi https secara sah dan terjamin.

Cara Nak Dapatkan Gambar 'Padlock' Pada URL Blog/Website

Cara Nak Dapatkan Gambar 'Padlock' Pada URL Blog
Jika blog atau laman web anda boleh dipaparkan dalam https atau Hyper Text Transfer Protocol Secure tanpa sebarang masalah atau error ... maka ia akan menjadi satu kelebihan, terutama sekali dari segi SEO (search engine optimization).

Anda boleh tahu sesebuah blog itu ada certified https dengan melihat pada ruangan atau kolum url di pelayar internet anda. Jika ada gambar 'padlock', jadi blog tersebut adalah selamat dan mempunyai sijil encrypted yang disahkan.

[Dah Baca?] Cara Lajukan Internet Gunakan Cloudflare DNS Percuma

Blog atau laman web anda yang boleh dipaparkan dalam format url https://namablog anda, boleh dikelaskan sebagai selamat, dan sesuai untuk melakukan transaksi contohnya jual-beli. Ia dijamin dan dipercayai.

Cara Setting Blogspot untuk HTTPS Enable

Untuk blogspot, apa yang perlu anda buat adalah enable fungsi https ini di ruangan dashboard blogspot anda seperti ditunjukkan di bawah ini. Klik yes untuk kedua-duanya. Untuk mereka yang pertama kali, kemungkinan fungsi kedua itu akan disable buat sementara. Logout atau cuba refresh akaun blogspot anda, nanti ia akan automatik enable fungsi https kedua tu.

Cara Nak Dapatkan Gambar 'Padlock' Pada URL Blog
Jika untuk domain yang bukannya menggunakan blogspot atau blogger.com sebagai hosting, anda perlu atau terpaksa menggunakan servis luar untuk mendapatkan certified encrypted ini. Namun, masih ada beberapa syarikat atau laman web yang memberikan secara percuma dengan syarat-syarat atau terma terhad tertentu.

Contohnya, menerusi Cloudflare. Anda boleh gunakan Cloudflare untuk membolehkan blog atau laman web anda menggunakan https. Servis ini adalah percuma.


Apa untungnya gunakan https ni?
HTTPS adds security and trust. One of the major benefits of HTTPS is that it protects users against man-in-the-middle (MitM) attacks that can be launched from compromised or insecure networks. Hackers use such techniques to steal sensitive information from or to inject malicious content into web traffic

Simple. Ia memberikan kelebihan dari segi keselamatan untuk pelayar internet. Jadi, mereka yang singgah ke blog atau laman web yang mempunyai certified encrypted ini boleh rasa selamat dan tak perlu risau.

Post a Comment

0 Comments