HTTPS ... bukan benda baharu, malah ia telah diguna-pakai dengan meluas bagi mengenalpasti sesebuah blog atau laman web itu selamat dan berkredibiliti. Menurut Google, mereka memberikan tempat 'istimewa' untuk blog dan laman web yang boleh dilayari menggunakan https ini.

Buat rakan blogger yang menggunakan platform blogspot, anda beruntung kerana boleh menggunakan servis percuma di dalam dashboard blogspot/blogger.com untuk membolehkan blog anda menggunakan protokol https ini.

8 Perkara Mengenai HTTPS Patut Blogger Tahu

Mengapa https ini penting? Apa kelebihan yang ada pada blog dan laman web yang boleh dilayari menggunakan protokol https atau Hyper Text Transfer Protocol Secure?

Jika anda perhatikan, kebanyakan laman web yang ada fungsi jual-beli seperti Lazada, Shopee, Facebook, Instagram dan seumpamanya, mesti menggunakan protokol secure ini. Ia memberitahu pengguna dan pelayar internet bahawa laman web tersebut adalah selamat dari serangan penggodam atau dengan kata lain, tidak mudah dicerobohi.

Infografik Kelebihan HTTPS

Untuk tahu lebih lagi mengenai https ini, anda boleh rujuk pada infografik disediakan (klik untuk paparan lebih jelas).

Antara point utama yang diberitahu mengenai kelebihan https ini ialah, blog atau laman web akan lebih laju dari segi loading. Jadi, dari sudut SEO (Search Engine Optimization) .. ia amat baik sekali, dan pastinya post serta artikel di dalam blog yang menggunakan fungsi https sepenuhnya akan mudah berada di top carian terutama sekali Google.

[Dah Baca?] 9 Tips SEO Terbukti

Daripada 9 perkara disebutkan, semuanya menunjukkan bahawa protokol ini sangat penting untuk tujuan ranking di enjin carian. Jadi, jika anda seorang pakar SEO, pastinya anda akan mengemukakan saranan ini kepada pelanggan anda agar menggunakan https.


Https secara amnya adalah fungsi berbayar secara tahunan, sama seperti domain. Namun, untuk rakan blogger yang menggunakan platform blogspot, https disediakan secara percuma. Jadi, sebagai blogger blogspot, anda seharusnya ambil peluang ini untuk menambah-baik kehadiran blog anda di enjin carian.

Hanya dengan dua tick di dashboard blogspot (domain), anda boleh menggunakan kelebihan https ini sepenuhnya.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Yaaaa tuan. Blog kita pun da https sejak bulan lepas..alhamdulillah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, Blog nina pun dah tukar ke https

    BalasPadam
  3. Blog aku pun dah buat 'https'. Guna cloudflare.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement