Smartphone Realme 2 Pro Percuma Untuk 2 Follower Bertuah

Siapa nak smartphone terbaharu Realme 2 Pro secara percuma? Memang best jika boleh dapat sebuah smartphone percuma yang ada ciri-ciri hebat dan terbaik kan? Aha .. kalau nak smartphone best ini secara percuma, baca blog post ini sehingga habis ya.

Smartphone Realme 2 Pro Percuma Untuk 2 Followers Bertuah

Realme 2 Pro Percuma untuk Follower Bertuah
Pihak Realme menyediakan dua buah smartphone baharu Realme 2 Pro secara percuma kepada follower mereka yang bertuah. Pemilihan dua follower bertuah untuk terima smartphone ini secara percuma dilakukan secara random.

Anda tentu tertanya-tanya nak jadi follower Realme ni kat mana? Dan apa syarat lain yang perlu ditunaikan untuk layak menang hadiah percuma dua buah smartphone Realme 2 Pro ini?

Tak susah mana pun. Ia cukup mudah.

Info Ringkas Realme

Sebelum itu, mari kenal dahulu smartphone Realme 2 Pro ini.
Buat mereka yang memang mengikuti perkembangan jenama smartphone dunia, tentu dah sedia maklum mengenai jenama Realme ini. Ia merupakan jenama smartphone terbaharu daripada China.

Jenama ini secara rasminya dilancarkan oleh founder-nya, Sky Li pada 4 Mei 2018 iaitu Hari Belia Kebangsaan di China. Jenama ini secara khusus mensasarkan golongan muda belia untuk memiliki peranti telefon pintar yang berkualiti terbaik memenuhi citarasa dan keperluan golongan ini.

Peranti terawalnya iaitu Realme 1 sangat laris di India malah telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari segi prestasi dan juga rekabentuknya.
Terkini, siri Realme 2 baharu sahaja dilancarkan di Malaysia pada awal bulan November 2018. Ia ditawarkan dengan harga jualan permulaan yang cukup menarik. Realme 2 Pro misalnya, dijual dengan harga permulaan dari RM799 sahaja mulai 11.11 hingga 12.12 2018 di laman web shopping yang semakin popular Shopee.

Nak tahu apa kelebihan smartphone Realme 2 Pro ini, sila tonton video di bawah ...



Ciri-ciri menarik Realme 2 Pro
Sekarang, anda dah lihat akan ciri-ciri best yang ada pada Realme 2 Pro ini. Jadi macamana? Nampak menarik pada pandangan anda tak? Apatah lagi jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan.

Cara Nak Dapatkan Realme 2 Pro Percuma

Nak Realme 2 Pro secara percuma tak?
Realme 2 Pro Percuma untuk Follower Bertuah
Aha, kalau anda mahukan smartphone Realme 2 Pro terbaharu ini, apa yang perlu anda buat ialah ikuti (follow) store rasmi Realme di Shopee. Malah, jika anda telah mendapatkan smartphone ini anda juga berpeluang memenangi sebuah powerbank secara percuma dengan membuat ulasan ringkas.

Kontest ringkas Realme 2 Pro ini akan berakhir pada 30 November 2018. Jadi, cepat ke laman web Shopee dan jadi follower jenama ini untuk berpeluang memenangi Realme 2 Pro secara percuma.

Post a Comment

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.