Najmi Dapat 2 Mainan Baharu Beli Masa Shopee Sales

Wahh wah wahhh .. seronok Najmi dapat mainan baharu, lepas isteri saya bershopping online di Shopee baru-baru ni. Shopee ada buat sale, jadi isteri saya pun terus cari mainan untuk Najmi.

Nak tahu apa yang isteri saya belikan untuk anak bongsu kami, Najmi yang berusia setahun lebih tu tak? Aha .. meh baca post ini sehingga akhir. Manalah tahu, kot-kot anda berkenan nak dapatkan untuk anak anda, anak sedara ataupun cucu kesayangan anda .. hehe.

2 Mainan Baharu Untuk Najmi, Beli di Shopee

Mainan Baharu Untuk Najmi, Beli di Shopee
Baru-baru ni, Shopee ada buat sale. Jadi, isteri saya pun usyar-lah beberapa item mainan murah di laman web yang semakin terkenal iaitu Shopee. Memang banyak barang mainan murah dijual di Shopee ni, boleh gelap mata kalau tak fikir soal bajet yang ada.

Shopee memang terkenal dengan jualan barangan dengan kos penghantaran percuma. Apatah lagi Shopee ada buat kerjasama dengan Poslaju Malaysia. Kalau sesiapa yang nak menjual di Shopee tu, bolehlah grab peluang kerjasama ini, supaya boleh offer kos penghantaran percuma macam seller lain kat Shopee tu.

Isteri saya memang dah semakin kerap beli-belah di Shopee. Banyak gak produk isteri saya dah memborong dari laman web tu. Semuanya menerusi apps Shopee percuma yang dah dimuat-turun ke smartphone.

Kadang tu, sambil baring-baring .. leh 'window-shopping' dulu di Shopee, sebelum letakkan mana yang berkenan tu ke shopping-cart. Nak dapat tawaran terbaik, kena buat cara macam ni, in Sha Allah .. nanti berbaloi dengan pembelian.

Aha, sekarang tentu anda tertanya, apakah barang mainan baharu yang isteri saya telah belikan untuk Najmi ...

Jeng ..jeng .. jeng ...

Ini dia ....

Push Car dan Tricycle Stroller - Beli Harga Murah di Shopee

Push Car Toys for Children, beli di Shopee
Tricycle Stroller beli murah di Shopee Malaysia
Mainan Baharu Untuk Najmi, Beli di Shopee
Satu mainan untuk indoor, dan satu lagi untuk kegunaan kami bila bawa Najmi keluar berjalan. Kalau anda nak mencari barangan ni di Shopee, gunakan kata-kunci ni:

  • Push Car Toys
  • Push Racer Car
  • Ultra-light Tricycle Stroller
  • Lightweight Stroller
  • Portable Tricycle for kids


Anda boleh dapatkan harga menarik di bawah RM40 untuk Push Car Toys dan bawah RM50 untuk Tricycle Stroller tu.

[Dah Baca?] 100000 Produk Dropship Tersedia Dijual Gunakan Panduan Shopee Ini

In Sha Allah berbaloi dengan pembelian kalau kena gaya. Tengok seller di Shopee tu ye, ada ramai seller dalam laman web tu, pilih mana yang dapat rating bagus dan juga review 4-5 bintang daripada pelanggan.

Cuma satu je nak ingatkan.

Bila anda beli barang di Shopee dengan harga super-murah, biasanya kebanyakan produk dengan tawaran harga sebegini datangnya dari China. Jadi, ia samada diimport terus dari sana, atau memang dah ada stok di gudang sini, atau ia merupakan barang dropship dari China .. maka, penghantarannya mungkin akan lambat sedikit.

Jadi, sila redha dengan tempoh menunggu barang tu ye .. hehe.

Post a Comment

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.