Untuk ASK2018, secara keseluruhan sebanyak 30 kategori dipertandingkan, termasuklah tiga kategori baharu. Tiga kategori baharu yang disenaraikan dalam ASK2018 adalah Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.
Senarai Calon Drama Terbaik Anugerah Skrin 2018 (ASK2018)
Edisi kali ke-22 ini bakal menampilkan 12 drama terbaik yang sebahagiannya kini sedang ditayangkan semula menerusi TV3 setiap Sabtu bermula 22 September 2018.Senarai 12 Drama Terbaik ASK2018
12 drama terbaik yang dicalonkan untuk kategori utama Anugerah Skrin 2018 - Drama Terbaik adalah:- 4K
- Abang Kandung
- Saiful merupakan anak sulung dan menjadi kebanggaan kepada Pak Talib dan Mak Mah serta adiknya, Usop. Namun segalanya berubah, apabila Saiful sering berfoya-foya, sehingga dia telah memperkosa Sara. Namun, dia menafikannya dan Usop pula menyebelahi Saiful.
- Aku Nazmi
- Mengisahkan Nazmi yang juga orang kurang upaya (OKU) mempunyai sebuah perniagaan dalam talian dengan bantuan sepupunya, Rafi. Pada suatu hari, Nazmi menghantar pesanan barang kepada seorang pelanggannya bernama Ilya, seorang gadis pekak dan bisu. Nazmi tertarik dengan keperibadian Ilya. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat tetapi Puan Juha, ibu kepada Ilya membantah hubungan mereka.
- Cucu Atuk
- Tentang ketabahan seorang atuk yang menjaga cucunya selepas kematian anak dan menantunya. Namun atuknya terpaksa berhadapan dengan anaknya yang ada niat jahat terhadap cucunya itu.
- Dosa Perempuan
- Nik baru sahaja menyelesaikan sebuah kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Daud. Daud dituduh bersalah membunuh dengan niat. Sekiranya Daud didapati bersalah, dia akan menerima hukuman gantung sampai mati. Kes pembunuhan Daud terhadap rakannya sendiri, Azali menerima kutukan daripada masyarakat. Suatu hari Nik terpaksa meninggalkan rumah untuk beberapa minggu atas urusan pekerjaan. Suraya dan anak mereka, Aimi menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah Suraya berkenalan dengan Tasha di sebuah pasaraya.
- Fatonah Azali
- Azali pulang ke kampung halamannya, setelah 7 tahun meninggalkan tempat itu untuk mencari kehidupan yang lebih baik di bandar. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa ayahnya, Pak Tam, baru sahaja bernikah dengan seorang gadis terencat akal bernama Tonah, yang jauh lebih muda darinya. Pak Tam menikahi Tonah atas rasa hutang budi kepada ayah Tonah iaitu arwah Dato’ Hussein. Namun, kehidupan Fatonah berubah apabila Pak Tam meninggal dunia, dan telah mengamanahkan Azali untuk menjaga Fatonah dengan baik bagai ibu kandungnya sendiri.
- Kasih Seorang Ayah
- Kisah Husin yang baru saja mula bekerja di tempat baru telah dikejutkan dengan satu panggilan dari isterinya Aminah, tentang ayahnya, Pak Yusof yang tidak pulang ke rumah sejak keluar pagi tadi. Selepas puas mencari, Husin temui Pak Yusof di sebuah perhentian bas dalam ketakutan. Pak Yusof telah lupa jalan balik dan tidak tahu di mana dia berada. Husin hairan apabila melihat perangai Pak Yusof dan telah membawa ayah ke klinik untuk diperiksa doktor. Menurut doktor, Pak Yusof telah hidapi penyakit Alzheimer. Bermulalah episod yang mencabar bagi Husin sekeluarga.
- Luyak
- Kisah Hidayah seorang kanak-kanak mild autism yang dipanggil Luyak oleh penduduk kampung. Hidayah selalu berada dalam dunianya sendiri dan menganggap bahawa ayahnya Zamani masih hidup. Hidayah dibenci ibunya sendiri Zaleha, kerana Hidayah dianggap sebagai punca kematian Zamani.
- Nisaa
- Tentang kisah pekerja-pekerja di kilang arang. Drama ini menyinggung hak pekerja dan politik kilang. Tentang orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi duit, pengaruh dan kuasa.
- Pendosa Ingin Ke Syurga
- Kisah tentang Abdullah berhijrah mencari rezeki di bandar dan meninggalkan isteri bersama ibunya di kampung. Janji Abdullah kepada Aisyah, dia akan berusaha untuk pulang dan melawat Aisyah sekerap mungkin. Namun, janji hanya tinggal janji. Abdullah berubah 360 darjah dan bertukar namanya kepada Shawn.
- Qalbu
- Kisah Kamal yang sanggup melakukan apa sahaja demi Kasih dan Aiman. Pergolakan jiwanya bergelora, apabila mendapat tahu kehilangan anaknya. Tetapi, apakan daya dia dipisahkan dengan tembok penjara.
- Tulus Cinta
- Kisah Maira mula menyendiri apabila mengetahui yang dia disahkan menghidapi penyakit leukimia.
Drama Aku Nazmi
ASK2018 masih kekal dengan objektif penganjurannya sejak tahun 1994, iaitu untuk memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air terutama dalam penerbitan drama tempatan.
ASK unik kerana selain TV3, ntv7, TV9 dan 8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut mengundang dan membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti RTM, ASTRO, TV Al-Hijrah, HyppTV dan Bernama untuk menyertai Anugerah Skrin ini.
Berikut adalah sebahagian dari calon-calon anugerah dari 24 kategori yang dipertandingkan. Ia merupakan 6 drama pilihan yang telah mendapat rating tontonan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia, malah adanya menjadi trending di media sosial.
Calon Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu)
- Andainya Takdir 2
- Isteri Untuk Diiktiraf
- Nafas
- Nur
- Raisha
- Teratai Kemboja
Calon Drama Rantaian Terbaik Kategori Bahasa Cina
- Green Wall
- Growth Behind The Sun
- Persona 2
- The Men In Black School
- The Memoir of Majie.
Calon Drama Komedi Terbaik
- Aku Dia Lagu
- Mak Cun 4
- Mat Rukun
- Suamiku Mat Piun
- Shah & Zam
Calon Filem Terbaik
- Abang Long Fadil 2
- Bisik Pada Langit
- Blok 404
- Bukan Cinta Malaikat
- Buskers
- Dukun
- Hijabsta Ballet
- Kau Takdirky
- Kau Yang Satu
- KL Special Force
- KL Wangan #Bikingempak
- Peransang Rentap
- Pinjamkan Hatiku
- Pulang
- Rempit Sampai Langit
- Tombirou: Penunggu Rimba
Senarai 24 Anugerah Malam Kemuncak ASK2018
Berikut pula adalah senarai 24 anugerah yang dipertandingkan pada malam kemuncak ASK2018.- Drama Terbaik
- Pengarah Terbaik Drama
- Lakon TV Terbaik
- Pelakon Lelaki Terbaik Drama
- Pelakon Wanita Terbaik Drama
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
- Drama Rantaian Terbaik
- Pelakon Komedi Terbaik
- Drama Komedi Terbaik
- Videografi Drama Terbaik
- Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina)
- Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
- Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
- Rancangan Majalah Terbaik
- Rancangan Realiti Terbaik
- Rancangan Anugerah Terbaik
- Filem Terbaik
- Lakon Layar Terbaik
- Pengarah Terbaik Filem
- Pelakon Wanita Terbaik Filem
- Pelakon Lelaki Terbaik Filem
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Buat siapa yang tak minat drama tu, leh la usyar filem pulak .. hehehe.
Sumber: MStar
Minat gak drama tapi drama-drama yang tercalon tu apasal ntah tak banyak yang Mrs. A familiar huhuhuhu...
ReplyDeleteXsabar nk tgu tgk sapa pemenang
ReplyDeleteHH ni kaki drama ni
ReplyDeletegood morning kakak, numpang gabung ya.. hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.