Traveloka Banner

Kontest Home Tuition Tawar Hadiah iPhone

Anda nak menang sebuah telefon baharu iPhone tak? Aha, jika anda dah lama mengidam untuk pakai smartphone Apple iPhone, bolehlah join satu kontest ni, yang menawarkan hadiah utama sebuah iPhone.

Ia merupakan satu kontest untuk mereka yang mempunyai blog sahaja. Dengan kata lain, siapa sahaja ada blog, boleh join kontest ini. Ia merupakan kontest SEO, menggunakan kata kunci 'Home Tuition".

Kontest SEO Home Tuition Tawarkan Hadiah Sebuah iPhone

Kontest SEO Home Tuition Tawarkan Hadiah Sebuah iPhone
Kontest SEO yang dianjurkan oleh Siffra Home Tuition ini menawarkan hadiah utama berupa sebuah iPhone untuk mana-mana blogger yang berjaya mengungguli kata kunci 'home tuition' di enjin carian Google menerusi platform pelayar internet Crome (incognito mode).

Kontest ini terbuka untuk semua penulis blog atau sesiapa sahaja yang ada blog di Malaysia.

Cara Nak Sertai

Mereka yang ingin ambil bahagian dalam kontest SEO ini perlulah menghasilkan sebuah entri berkaitan 'home tuition' di blog masing-masing. Tiada tajuk khusus untuk post diperlukan, cukup memadai blog post tersebut menggunakan kata kunci kontest ini.

Tak tahu cara nak tulis bagaimana? Ok, berikut ada beberapa contoh yang boleh anda ikuti.

Contoh penulisan artikel SEO untuk kontest ini:
  1. 13 Kelebihan dan Kebaikan Home Tuition
  2. 7 Sebab Kritikal Home Tuition Jadi Pilihan Ibu Bapa Moden
  3. Home Tuition Terbaik di Malaysia
  4. Adakah Home Tuition Lebih Baik dari Tuition Centre


Kontest ini telah bermula sejak 30 Ogos yang lalu, dan bakal berakhir pada 30 September 2018.

Semua penyertaan perlulah menghantar link post berkaitan menerusi ruangan komen di SINI.

Penilaian SEO

Penilaian SEO untuk kata kunci 'home tuition' ini akan dibuat pada 30 September 2018 menerusi enjin carian Google.com.

Jika anda nak menguji kekuatan blog anda dari segi SEO, bolehlah sertai kontest ini.

Sudah Weihh Nak Rank 'Home Tuition' di Google

Hasil carian Home Tuition di Google
Jujurnya, saya nak beritahu ...

Bukan senang nak ranking keyword 'Home Tuition' ini, apatah lagi ianya berbahasa inggeris dan menggunakan pula Google.com untuk penilaian dan pencarian pemenang hadiah iPhone tu.

Memang sukar nak dibuat, tetapi in Sha Allah, dengan strategi yang betul, teknik SEO yang baik, blog post anda berkaitan Home Tuition mungkin boleh berada di laman pertama enjin carian, walaupun tidak di top 5 carian.


Sebab utamanya ialah, anda perlu bersaing menggunakan keyword yang ada nilai komersil. Jika anda ada baca topik - Lubuk Trafik untuk Website Bisnes Tanpa Kos Iklan, anda tentu faham maksud saya.

Bila ada nilai komersil ini, saingan memang tinggi. Banyak yang mendominasi Home Tuition adalah laman-laman web bisnes atau yang menawarkan servis menyediakan home tuition atau tuisyen di rumah.

Apapun, boleh sahaja mencuba. Paling tidak, blogger yang ambil bahagian akan tahu sejauh mana mereka mampu menulis sebuah post yang dapat menandingi saingan menggunakan teknik SEO untuk berada di top enjin carian.

Goodluck pada yang mencuba.

Sebarkan kepada rakan blogger lain yang mungkin berminat nak join kontest ini, walaupun hadiahnya tak banyak. :P



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments