RinggitPlus Banner

Galeri Wonderfood Museum Penang, Tempat Menarik Tentang Makanan

AI Trade
Anda nak pergi bercuti ke Penang? Pastikan anda menyusuri jalan-jalan di bandaraya Georgetown ini, ada banyak tempat menarik yang terselindung untuk dilawati. Ada mural, ada grafiti dan ada juga muzium-muzium kecil yang menarik untuk anda masuk.

Salah satu tempat menarik yang disyorkan adalah galeri Wonderfood Museum Penang. Di dalam muzium ini, anda akan disajikan dengan pelbagai replika yang nampak realistik pelbagai juadah dan makanan terbaik yang ada di Pulau Pinang.

Replika Makanan Ultra-Realistik di Wonderfood Museum Penang

Galeri Wonderfood Museum Penang
Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk masuk ke muzium ini yang terletak di Lebuh Pantai (Beach Street), George Town. Bangunan galeri Wonderfood Museum Penang ini bersebelahan dengan bangunan CIMB Bank dan juga bangunan Tiger Balm. Ia bertentangan dengan bangunan Allianz Malaysia Berhad di seberang jalan.
Lokasi Galeri Wonderfood Museum Penang
Jika anda memandu tanpa menoleh kiri dan kanan, anda mungkin terlepas lokasi tempat menarik ini.

Jika anda berjalan kaki menyusuri bangunan-bangunan bercirikan kolonial British sepanjang Lebuh Pantai, mesti tak terlepas pandang galeri ini.
Replika Cendol terbesar di Malaysia
Nak mudah kenal, anda boleh nampak satu replika besar cendol di hadapan bangunan Wonderfood Museum.

Muzium berkisarkan makanan popular Malaysia ini telah beroperasi sejak akhir 2015 lagi. Ia memang dah lama wujud dan menjadi daya tarikan kepada pelancong asing untuk mengenali lebih dekat makanan di Malaysia.

Memang kagum dengan hasil seni replika makanan dalam muzium ini. Semuanya nampak realistik. Ia dipamerkan dalam beberapa ruang, dan dalam pelbagai saiz. Namun, yang menarik perhatian pastilah replika bersaiz gergasi.

Turut dipamerkan dalam Wonderfood Museum ini ialah miniatur gambaran street food dan street stall yang ada di Penang. Ia menunjukkan bagaimana makanan-makanan kegemaran rakyat Malaysia ini sangat mudah didapati dan bagaimana ia menjadi makanan kesukaan buat semua tak kira bangsa.

Replikas nasi lemak, teh tarik, mee udang, char-kue-teow, ais batu campur, termasuklah juga makanan tradisional masyarakat Melayu seperti rendang, lemang dan bahulu serta serunding ada dalam muzium ini.

Diiktiraf Tempat Menarik Terbaik Kategori Muzium Unik

Anugerah tourism untuk Galeri Wonderfood Museum Penang


Wonderfood Museum Penang telah mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan tourism atas usaha menterjemahkan makanan popular Malaysia dalam bentuk seni kreatif yang cukup menarik.

Kalau anda masuk ke dalam muzium dengan perut lapar, pasti akan terliur dengan beberapa replika makanan yang ultra-realistik.

Tingkatkan Pengetahuan Rupa Sebenar Makanan Popular di Malaysia

Bila berada di muzium ini, anda boleh tahu jenis-jenis makanan popular yang ada di Malaysia, bagaimana rupanya yang sebenar. Anda tentu terkejut bila dapat tahu bahawa negeri Pulau Pinang itu sendiri mempunyai banyak jenis makanan lazat yang mungkin sesetengahnya tak pernah anda tengok pun.
Replika mee udang terkenal di Penang
Replika telur mata kerbau terbesar
Ada juga replika juadah makanan yang disusun mengikut kaum seperti makanan popular masyarakat Cina, masyarakat Melayu, masyarakat India, masyarakat Baba Nyonya, masyarakat India-Muslim - semuanya terdapat di Pulau Pinang.

[Baca Juga] Muzium 3D Made in Penang

Harga Tiket Masuk Wonderfood Museum Penang

Tiket masuk ke galeri makanan ini adalah seperti tertera di bawah:
Harga tiket masuk Galeri Wonderfood Museum Penang
Once in a lifetime .. kata orang. Cubalah masuk ke muzium ini jika anda bercuti ke Pulau Pinang. Abadikan dengan mengambil gambar sebanyak yang boleh, kerana mungkin satu hari nanti .. anak cucu cicit nak tengok kepelbagaian makanan yang ada dalam Malaysia.

[Dah Baca?] Pengalaman Menginap di Hotel Neo Plus by Aston, Penang

Nak tahu makanan apa yang popular di Malaysia, di sinilah tempatnya - galeri Wonderfood Museum Penang.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

5 Comments

  1. wow !!! menariknya..blog HH hari ini dapat 5 bintang cantiknya paparan gambar

    ReplyDelete
  2. blog penuh informasi..sarat muatan ilmu..tahniah Sifu HH..

    ReplyDelete
  3. masih link kah blog Etuza kat sini hehehe

    ReplyDelete
  4. wow bestnya mama mmg suka ttg apapun pasal makanan ni heee

    ReplyDelete
  5. Sangat menarik. Nanti mai penang, boleh lah leya singgah

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.