Kali ini, saya nak warkan mengenai satu panduan dikenali sebagai Lubuk Trafik. Lubuk Trafik adalah merupakan panduan berkaitan SEO dalam bentuk video tutorial lengkap yang disediakan oleh Team Shopievo.
Video Panduan SEO Lubuk Trafik - Strategi Hasilkan Jualan Dengan Trafik Percuma
Mereka adalah geng yang telah banyak membantu usahawan produk fizikal menjual secara online. Malah, mereka sendiri dah tunjuk bukti bagaimana boleh jana keuntungan sehingga 4-5 angka dalam masa singkat dari kedai online mereka sendiri. Produk dropship pulak tu .. !!Dalam tips SEO berkaitan cara nak dapatkan trafik percuma untuk kedai online, saya beritahu 3 langkah perlu dilakukan untuk mencari kata kunci power bagi mendapatkan trafik dari enjin carian.
Tiga cara tersebut ialah..
- Cari keyword menerusi Google Search Autocomplete
- Cari keyword menerusi Google Related Searches
- Cara gunakan keyword tersebut untuk dapatkan trafik dari enjin carian seperti Google
Tips ini cuma tips asas untuk sebuah kedai online menerima trafik secara percuma dari enjin carian. Ada banyak lagi tips serta teknik SEO yang perlu dipraktikkan kalau mahukan trafik ke kedai online secara percuma.
Penggunaan keyword 'niat membeli' adalah antara faktor terpenting memastikan trafik masuk ke kedai online adalah merupakan trafik daripada bakal pelanggan yang akan membeli produk di dalam kedai online anda.
Keyword untuk kedai online bersifat komersil, berbeza dengan keyword SEO untuk sebuah blog atau laman web yang lebih bersifat informasi.
Antara contoh keyword SEO untuk sebuah kedai online ialah sesuatu yang merujuk terus kepada produk yang nak dijual itu .. hmmm .. misalnya "Baju Kurung Moden Design 2018".
Kalau tak, anda boleh juga gunakan keyword seperti "Kedai Murah Jual Jubah Labuh" untuk keyword am kedai online tersebut. Faktor on-page SEO dan off-page SEO pada kedai online mesti selari dan senada.
[Dah Baca?] Rahsia Sebenar SEO untuk Menjana Income Secara Online
Bila gunakan teknik SEO untuk dapatkan trafik percuma ke kedai online, mesti tahu cara nak kaitkan keyword. Kedai online anda mesti dikenal-pasti oleh enjin carian sebagai yang menumpukan 'info' terhadap keyword yang dicari.
Jadi, mesti ada internal links di dalam kedai online anda.
Internal links inilah yang bakal rank kan kedai online anda berada di top carian seperti Google.
Ini merupakan teknik SEO asas yang ramai usahawan pemilik kedai online tidak lakukan sehingga gagal nak dapatkan trafik percuma yang lebih targeted untuk kedai online mereka.
[Baca] SEO Bantu Lariskan Jualan Secara Online Tanpa Kos
Acapkali saya beritahu follower blog saya yang terdiri dari blogger, kalau mahukan trafik tinggi dari enjin carian macam Google, kena belajar dan praktikkan teknik SEO. Ia adalah lubuk trafik tak terbatas, malah mampu memberikan trafik percuma sehingga sejuta pageviews dalam sebulan!
Bayangkan dari sejuta trafik diterima itu, 1% daripada akan jadi pelanggan dalam masa sebulan. Jika dua bulan? Jika tiga bulan? Aha ... tanpa kos, tanpa bayar apa-apa untuk iklan .. tidakkah itu sangat syiokkkk ...?
Sekiranya anda berminat nak MULA BELAJAR teknik SEO secara terperinci iaitu step-by-step untuk mendapatkan trafik percuma yang targeted ke kedai online anda, maka saya syorkan anda ikuti lebih 70 video tutorial yang dikongsikan oleh team SHOPIEVO ini dalam satu panduan.
Panduan yang sangat menarik dan sangat direkemenkan ini dinamakan sebagai panduan LUBUK TRAFIK !
Menerusi panduan SEO dalam bentuk video tutorial ini, anda akan dapat belajar langkah demi langkah teknik SEO yang terbukti berkesan daripada team SHOPIEVO.
Panduan ini disediakan bagi mengatasi masalah pemilik bisnes produk fizikal secara khususnya yang menjual melalui website seperti Shopify, dan Woo Commerce. Dah buat kedai online cantik-cantik menerusi platform tersebut tetapi masih gagal nak jana jualan seperti diharapkan.
Paling menyakitkan hati, apabila terpaksa frust menonggeng dengan iklan berbayar seperti FB Ads, Google Ads dan Instagram Ads yang memakan kos setiap hari, setiap bulan tanpa hasil yang memberangsangkan.
Panduan ini juga sesuai untuk pemilik blog yang ketandusan trafik yang tak ada fanpage dengan pengikut puluh ribu atau ratus ribu. Guna panduan ini untuk dapatkan trafik menerusi teknik SEO yang berkesan, tanpa nak tagih trafik dari sesiapa .. huhu.
Ok.
Apa yang bakal anda dapat?
Akses ke lebih 70 video tutorial cara nak setup, cara nak adjust, cara nak tulis, cara nak dapatkan trafik secara percuma dari enjin carian seperti Google. Tak perlu lagi bayar kos iklan yang mahal, gunakan teknik SEO khas untuk kedai online yang ada dalam Lubuk Trafik.Cepat dapatkan link ini - Panduan LUBUK TRAFIKMungkin jualan anda selepas menggunakan Lubuk Trafik akan jadi seperti di bawah ini ....
Moga bermanfaat. Pratikkan kaedah dan teknik SEO yang betul untuk dapatkan ribuan trafik percuma setiap hari dari lubuk trafik internet.
Fuh ! menarik juga nie..
ReplyDeletesaya pun perlu tip dan teknik SEO yang hebat
Panduan ni memang mantap weihh ...
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.