Traveloka Banner

Gerbang Malam Ipoh Macam-Macam Ada

Gerbang Malam. Buat penduduk Ipoh, tempat menarik ini adalah antara lokasi yang diterjah untuk mencari macam-macam benda daripada pakaian, beg tangan, aksesori wanita, aksesori telefon, mainan kanak-kanak dan juga hiburan jalanan di waktu malam.

Gerbang Malam ini terletak betul-betul di Jalan Tahwil Azhar, Ipoh. Jika di tempat lain, Gerbang Malam ini boleh disamakan macam Pasar Uptown. Ia beroperasi dari 8:00 malam sehingga ke 3:00 pagi setiap hari.

Gerbang Malam Ipoh Macam-Macam Ada

Tempat Menarik Bercuti - Gerbang Malam Ipoh
Kalau anda berada di Bandaraya Ipoh, boleh ke Gerbang Malam yang sentiasa happening dan menjadi tumpuan ramai di waktu malam. Memang meriah, lagi-lagi kalau ada persembahan hiburan jalanan daripada 'pelancong' asing yang mengembara.

Baru-baru ini, semasa menginap di Hotel Syeun Ipoh, saya dan famili berkesempatan untuk pergi ke Gerbang Malam.
Dah lama tahu akan kewujudan Gerbang Malam, tapi tak pernah ada peluang untuk pergi, walaupun kampung halaman tak jauh pun dari Ipoh.

Selain peniaga menjual barangan, ada juga yang jual makanan dan minuman. Malah, ada beberapa kedai makan sepanjang jalan Gerbang Malam ini dibuka, dan sering penuh dengan pelanggan.

Bila saya melalui jalan Gerbang Malam, saya teringatkan akan Pasar Wakaf Che Yeh di Kota Bharu, Kelantan. Bezanya, suasana di Wakaf Che Yeh lebih happening, lebih meriah dan lebih ramai pengunjung.

[Baca Juga] 7 Pilihan Tempat Menarik di Kota Bharu, Kelantan

Bukan menidakkan populariti Gerbang Malam Ipoh ni .. cuma bila dah banyak berjalan ke tempat orang, tentu sekali akan buat perbandingan .. lagi-lagi kalau konsepnya hampir sama.

Pun begitu, Gerbang Malam tetap tempat menarik untuk dikunjungi kalau berada di Ipoh. Tempat letak kereta tak susah nak cari, dan keadaannya kurang sesak.


Produk barangan yang dijual pun macam-macam ada seperti Uptown lain. Harga pula boleh dikatakan murah, cuma kena berhati-hati dengan barangan fake dan fufu .. huhu. Kena bijak memilih dan buat tawaran harga kalau nak bershopping di Gerbang Malam Ipoh ini.

Oh ya, semasa berada di situ, anak saya Maira dapatlah apa yang dihajatinya selama ini untuk membuat inai atau ukiran henna di tangan.
Gerbang Malam Ipoh Tempat Happening

Henna Tangan di Gerbang Malam Ipoh
Bayaran cuma RM5 untuk sebelah tangan.

Jenuh melarang, kerana risau akan dimarahi oleh cikgu sekolah, tetapi ... uhh .. ohh anak ohhh anak .. diiyakan sahaja kehendak ni.

Cantik ke ekk ukiran inai di tangan ni? Saya bukannya reti sangat.

Sempat juga beli setiub dua untuk dibawa pulang.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments