Blog mesti berada di dalam keadaan yang mesra mobile. Bukan sekadar ia perlu menjadi sebuah blog yang responsif - paparan cantik dan betul ikut saiz skrin peranti, tetapi mesti mesra untuk semua peranti mudah-alih. Blog wajib mesra mobile.

Ini merupakan antara teknik SEO yang mudah. Tak perlu teknikal sangat, asalkan anda cari template blog yang dah siap responsif atau mesra mobile, in Sha Allah .. blog anda akan dapat kelebihan ini di enjin carian.

Tips SEO 102 - Blog Perlu 100% Mesra Mobile Dari Segala Aspek

Blog Wajib Mesra Mobile
Kalaupun anda tidak mahu menggunakan custom template untuk blog anda, template blogspot yang telah tersedia dalam dashboard blogger.com pun dah memenuhi keperluan ini.

Kenapa blog perlu dan wajib mesra mobile?

Dunia sekarang sedang didominasikan oleh teknologi mobile. Hampir setiap orang, malah kanak-kanak pun menggunakan peranti mudah alih seperti smartphone, tablet, serta phablet. Mereka menggunakan peranti ini untuk macam-macam aktiviti, termasuklah pencarian maklumat.

Dalam kebanyakan negara di dunia ini, statistik menunjukkan jumlah pengguna smartphone atau peranti mudah alih adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada pengguna komputer. Orang lebih senang dan selesa menggunakan smartphone dan peranti mudah alih untuk mencari info, tips, panduan, membeli-belah dan juga menonton video serta bermain game.

Begitulah pentingnya blog anda menjadi sebuah blog yang mesra kepada semua peranti mudah-alih ini.

Anda tentu tertanya, blog yang mesra mudah alih atau mobile ni macamana?

Contoh boleh lihat di bawah ini ...
Blog versi desktop/komputer mungkin sukar untuk dilihat pada perantin mudah-alih. Blog yang tidak mesra mudah alih memerlukan pengguna mencubit atau zoom bagi membolehkan membaca kandungan dengan lebih jelas.

Pengguna mendapati ini pengalaman yang mengecewakan dan mungkin meninggalkan blog anda begitu sahaja. Berbeza dengan blog yang mesra mudah alih. Blog boleh dibaca dengan mudah dan boleh digunakan dengan serta-merta menerusi peranti mudah-alih.

Anda tahu tak? Di Amerika Syarikat, 94% orang menggunakan smartphone mereka untuk mencari maklumat tempatan. Menariknya ialah sejumlah 77% carian mudah alih ini berlaku di rumah atau di tempat kerja, tempat di mana komputer desktop biasanya ada dan digunakan.

Nampak tak? ada komputer depan mata pun, mereka masih lagi bergantung dengan smartphone untuk pencarian maklumat.

[Baca] Cara Jadikan Blog Mesra Mobile

Blog yang menggunakan teknik SEO, mesti mesra mobile supaya isi kandungan blog akan dibaca oleh pencari maklumat seperti ini.

Blog anda mesti berubah bentuk seperti di bawah ...
Ok. Blog yang mesra mobile bukan setakat punyai paparan yang responsif dan yang mudah dibaca, tetapi mesti mempunyai kadar loading yang cepat, dan tidak mengambil masa terlalu lama untuk dipaparkan.

Blog yang mesra mobile juga bererti yang blog anda mudah muncul bila pengunjung membukanya menerusi smartphone atau tablet. Ia tidak tersekat-sekat. Sekali klik sahaja, pengunjung boleh baca apa yang mereka cari.

Cuba test blog anda samada menepati piawian ini di sini - https://testmysite.thinkwithgoogle.com/intl/en-us

Jika blog anda punyai masalah untuk loading di peranti mudah-alih pada kelajuan internet 3G, maka blog anda masih lagi kekurangan kelebihan dari segi SEO.


Blog yang bakal mendapat kelebihan dari segi SEO mesti mempunyai kadar loading di bawah 3 saat, kalau mahu bersaing dengan blog atau laman web lain. Nak trafik kencang, mesti menjadi jaguh dalam hal ini.

Untuk memastikan blog anda mendapat kelebihan ini:
  • Buang javascript yang tidak diperlukan atau cantumkan semua javascript itu dalam satu fail yang besar.
  • Load javascript bila diperlukan sahaja. Contohnya, ia hanya digunakan jika pengunjung masuk blog anda dari desktop sahaja.
  • Kecilkan saiz gambar atau kurangkan paparan gambar di halaman utama
  • CSS atau kod rekabentuk blog mesti dioptimakan. Rapatkan semua kod, jangan ada ruang kosong yang tidak diperlukan memenuhi antara kod rekabentuk.
  • Pilih template jenis minimalist.

Apa yang saya berikan tu cuma sebahagian sahaja teknik yang boleh anda gunakan.

Namun, paling penting ... anda kena pastikan setiap skor pada pengujian disediakan Google menepati syarat.

Ujian mesra mobile:
Gunakan Google PageSpeed Insights untuk lihat apa yang boleh diperbaiki oleh anda supaya blog anda menjadi mantap, dan menepati ciri-ciri dikehendaki bukan setakat mesra-mobile, tetapi juga kehendak teknik SEO.


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement