Saya bukanlah pakar SEO sebenar, tetapi kalau ada yang tanya berkaitan SEO untuk blog, saya pastinya akan cuba untuk menjawab sekadar pengetahuan yang ada. Lebih-lebih lagi jika mahu saya bantu untuk mantapkan blogspot agar mendapat trafik dari enjin carian.

Bila cakap pasal teknik SEO (Search Engine Optimization), ada banyak aspek yang boleh dilihat. Walaupun ramai pakar SEO nusantara percaya bahawa teknik ini sentiasa berubah dan bersifat dinamik, sejajar dengan  perubahan algorithma enjin carian; ada teknik-teknik asas atau fundamental yang boleh digunapakai.

Tips SEO 101 - Memastikan Struktur Data Blog Adalah Betul

Tips SEO - Memastikan Struktur Data Blog Adalah Betul


Salah satu aspek penting untuk mantapkan SEO blog ialah dengan memastikan struktur data dalam blog adalah betul. Cara terbaik untuk semak samada struktur data dalam blog adalah yang menepati apa yang enjin carian mahukan, boleh gunakan Structured Data Testing Tool yang disediakan oleh Google Search Console.

Cara Uji Struktur Data Blog

Cuba anda ke sini - https://search.google.com/structured-data/testing-tool/u/0/

Menerusi laman tersebut, masukkan URL blog anda dengan lengkap, misalnya https://www.hasrulhassan.com di bahagian 'Fetch URL'. Lihat hasil yang diberikan.

Jika blog anda tiada masalah dari segi struktur data, hasilnya akan menjadi seperti tertera di bawah ini:

Tips Blogging/SEO - Memastikan Struktur Data Blog Adalah Betul
Tips SEO - Memastikan Struktur Data Blog Adalah Betul
Tiada errors dan tiada warning. Kalau ada warning, ia masih lagi ok. Tetapi jika terdapat errors, maka seharusnya anda lakukan sesuatu untuk perbetulkannya.

Anda boleh uji samada samada URL utama blog anda atau URL blog post anda. Jika tiada errors, ini bermakna blog anda sudah mempunyai struktur data yang bagus, yang penting untuk SEO.

Mengapa Struktur Data Penting?

Mengapa perlunya blog anda mempunyai struktur data yang betul? Ok .. secara amnya, ia akan membantu enjin carian untuk ketahui apa yang terkandung di dalam blog/blog post anda. Ia akan menyenaraikan blog atau blog post berdasarkan kepada struktur data ini.

Dalam struktur data sesebuah blog yang betul, ia akan memberitahu enjin carian mengenai (antaranya):
  • Tarikh diterbitkan
  • Siapa yang menulis
  • Apa kandungan utama
  • Apa kata kunci digunakan
  • Apa tajuk blog/blog post
  • Deskripsi mengenai laman web atau blog
Ia juga akan bantu platform pengiklanan seperti Google Adsense / Google Ads untuk meletakkan bentuk dan jenis iklan yang sesuai di dalam blog tersebut (jika ada menggunakan servis Adsense).

Struktur data ini akan membantu enjin carian untuk memahami dan mengetahui apa yang ada di dalam blog anda. Ia akan ambil kata kunci utama untuk diberikan penekanan apabila dimasukkan ke dalam pengkalan data enjin carian. Dan apabila kata kunci itu dicari, blog atau blog post anda akan disenaraikan.

Jenis Struktur Data

Google menyenaraikan 3 jenis atau format struktur data yang boleh digunapakai, iaitu:
  • JSON-LD (recommended)
  • Microdata
  • RDFa
Anda boleh kaji lebih mengenai 3 struktur data tu kalau nak, tapi cukup gunakan satu sahaja iaitu JSON-LD tu untuk blog anda.

Secara amnya, anda boleh letakkan kod di bawah ini pada bahagian <head> blog anda.



Tukarkan "Blog name" kepada nama blog anda. URL kepada url blog anda. Bahagian description tu, letak deskripsi blog anda (seperti dalam dashboard blogspot). Facebook dan Google tu, letak url page blog anda, contoh: https://www.facebook.com/hasrulhassancom

Tu cara paling simple menggunakan format struktur data format JSON-LD ni.

Heh ... risau? Banyak benda nak hadam?

Jangan risau. Sekiranya anda menggunakan template-template yang disediakan oleh Blogger/Blogspot. Ia tidak akan menjadi masalah. Malah, kalau anda menggunakan template-template blogspot custom yang boleh anda muat turun dari internet pun, kebanyakkannya telah diformatkan dengan struktur data yang betul.

Pun begitu, kadangkala kita tersilap buat editing dalam HTML atau tersilap letak kod HTML widget blog, ini boleh membuatkan Structured Data Testing Tool memberikan banyak errors pada blog.

Untuk itu, anda kena semak kod HTML blog anda untuk padamkan errors tersebut. Anda boleh cari panduan di internet untuk selesaikan, in Sha Allah akan jumpa.

Tapi, jika anda fikir ia sangat susah untuk dilakukan, boleh minta bantuan servis daripada saya untuk lihat koding blog anda, agar struktur data blog boleh diperbetulkan dan hasilan daripada Structured Data Testing Tool akan memberikan hasil tanpa errors.

In Sha Allah, saya akan cuba seberapa daya untuk perbetulkan.

Oh ya, sukacita nak beritahu juga, tanpa errors tak bermakna struktur data berada di dalam format yang betul atau seperti yang dikehendaki. :) 

Untuk pemahaman tambahan, boleh rujuk:
https://developers.google.com/search/docs/guides/sd-policies
https://jsonld-examples.com/schema.org/

Semoga bermanfaat.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement