Musim durian. Kat mana-mana akan nampak orang jual durian. Ikut laporan akhbar, harga buah durian tahun ni dah jadi murah. Malah, harganya turun lebih separuh harga dari kebiasaan.

Waktu inilah penggemar buah durian macam saya sekeluarga akan berasa sangat seronok. Inilah masa nak makan buah durian puas-puas... hehe. Lagi-lagi buah durian kualiti gred AA yang sebelum ni, hanya mampu cium bau je .. haha.

Najmi Pertama Kali Merasa Kesedapan Buah Durian

Najmi Pertama Kali Merasa Kesedapan Buah Durian
Tahun ini juga, Najmi anak bongsu saya dapat merasa keenakkan buah durian ini. Baru berusia setahun lebih.

Tak sangka pula, Najmi suka buah durian. Tapi tak boleh lawan kakaknya, si Maira yang memang hantu durian.

Cukup sebiji kecil untuk Najmi. Najmi tak pandai lagi makan ulas durian. Setakat main cubit-cubit dan masuk dalam mulut je. Seulas dua dah cukup, lepas tu Najmi dah tak berapa nak makan sangat... lebih kepada main je.

Gelagat Najmi Pertama Kali Makan Buat Durian

Lihat gelagat Najmi yang dah pandai buka buah duriannya sendiri. Saya tak pasti macamana Najmi boleh kopek buah durian ni. Tau-tau dah terbuka.

Mula-mula Najmi bertinggung mengadap buah durian yang baru dibuka. Rileks je gengam dua ulas durian.
Najmi Pertama Kali Merasa Kesedapan Buah Durian Kampung
Pastu, saya minta dia duduk. Najmi pun duduklah mengadap buah durian pertama dia. Abis ulas tu, Najmi dah tak makan dah. Mungkin Najmi ingat tu je isi durian yang ada. Taknak ajar cara nak buka pangsa durian yang lain. Kang banyak lak makan ...huhu
Gelagat Najmi Pertama Kali Makan Buah Durian
Budak-budak kecil tak boleh makan buah durian banyak-banyak. Selain mengelakkan rasa panas badan, ia juga untuk elakkan dari bahaya kencing manis.

Kalau anda nak bagi anak anda sekecil Najmi ni makan durian, pastikan anda pantau mereka makan. Jangan sampai tertelan biji, kerana boleh mengakibatkan tercekik.

Berilah minum air pangsa durian lepas dah kenyang makan buah durian ni. Petua orang lama untuk elakkan rasa panas badan kerana makan terlalu banyak buah durian... lebih-lebih lagi buah durian kampung.
Gelagat Najmi Pertama Kali Makan Buah Durian
Gelagat Najmi Pertama Kali Makan Buah Durian
Durian kat tempat saya memang banyak. Al maklumlah, tempat saya ni dekat dengan beberapa tempat yang menjadi pengeluar buah. Antaranya durian 300 Kaki, durian Batu Kurau, durian Bandar Baharu, durian Kuala Kangsar dan durian Relau.

Dalam banyak-banyak tu, pastilah durian Batu Kurau jadi perhatian sebab ianya durian bukit yang pada pendapat ramai penggemar durian, rasanya lebih sedap daripada durian lain.

Harga Durian Jatuh Teruk - Ada Jual RM3 Sekilogram

Harga buah durian terutama durian kampung, jatuh teruk sehingga boleh dibeli dengan harga RM3 sekilogram. Kalau durian elok sedikit, dalam RM10 sekilogram. Durian yang menjadi bualan ramai, durian Musang King dan Duri Hitam, di tempat saya .. boleh dapat dengan harga RM15-RM20 sekilogram.
Buah durian murah
Buah durian Musang King murah
Durian 101 Harga RM15 Sekilo
Murah kan? Sebelum ni, Musang King ni harganya dalam RM50 sekilogram. Memang tak mampu tu buat kami sekeluarga.

Dengan lambakan durian dan harganya yang murah, dapatlah seisi keluarga saya makan buah durian puas-puas. Macam-macam jenis dapat kami makan.

Disebabkan banyak juga buah durian yang isteri saya beli, ditambah lagi dengan pemberian kawan-kawan yang ada dusun sendiri, ada buah durian yang terpaksa disejuk-bekukan (frozen).

Kata kawan-kawan saya, kalau nak nyahbekukan durian frozen, kena letak buah durian tu pada suhu bilik. Biarkan je terbuka dan isi durian akan kembali ke asal.

Tempat anda banyak durian tak?

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement