Traveloka Banner

Contoh Soalan Psikometrik Exam SPA

Contoh Soalan Psikometrik Exam SPA. Ramai lepasan graduan yang memohon kerja kerajaan menerusi portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Antara kriteria pemilihan ke jawatan kerja kerajaan adalah mesti lulus ujian atau peperiksaan Psikometrik. Peperiksaan Psikometri adalah ujian mengenai bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi.

Tips Lulus Kerja Kerajaan - Contoh Soalan Psikometrik

Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik
Peperiksaan serta ujian Psikometrik merupakan sebahagian daripada bidang yang berkaitan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan. Nak masuk kerja kerajaan, calon wajib lulus peperiksaan Psikometrik ini!

Jika anda adalah merupakan calon yang dipanggil untuk ikuti peperiksaan atau ujian Psikometrik, atau mungkin dipanggil untuk hadapi peperiksaan online dijalankan SPA, anda mesti bersedia dengan bentuk, format serta contoh-contoh soalan berkaitan Psikometrik.

Anda faham tak apa itu ujian Psikometrik ini?

Tak berapa nak faham? Ok ... saya bantu berikan sedikit tips dan contoh soalan supaya anda faham mengenai bagaimana soalan Psikometrik ini ditanya.

Peperiksaan atau ujian Psikometrik dijalankan oleh SPA adalah untuk mengukur tahap psikologi calon. Selain daripada peperiksaan bertulis, SPA akan kenalpasti calon yang sesuai menerusi beberapa instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian lisan, penilaian penilai dan ujian personaliti.

Malah, penilaian Psikometrik turut dibuat secara temuduga, bukan setakat di peperiksaan online atau ujian berkomputer dikendalikan oleh SPA sahaja. Kalau boleh, SPA mahukan calon yang berjaya menjawat jawatan kerja kerajaan bebas daripada masalah psikologi.

Sekarang dah jelas? Aha .. amnya ialah Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi.

Ada beberapa teknik ujian ini dibuat, antaranya ialah ujian penaakulan berangka dan pertimbangan lisan.


Ujian penaakulan berangka menunjukkan keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Ujian ini mengandungi soalan yang menilai pengetahuan anda tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.

Ujian pertimbangan lisan memerlukan anda untuk membaca petikan pendek secara bertulis dan kemudian menjawab soalan menilai kefahaman mereka.

Daripada penilaian perbendaharaan kata atau kefasihan anda, ujian ini menilai keupayaan anda untuk berfikir secara membina. (Sumber: WikiPedia)

Rata-rata mereka yang melihat contoh-contoh soalan Psikometrik mesti akan anggap soalan-soalan tersebut mudah dan senang untuk dijawab. Namun awas, ia memang nampak mudah untuk dijawab, tetapi kalau anda tersilap menjawab, dan skor psikologi anda rendah, maka sia-sialah anda memohon kerja jawatan dalam kerajaan ini.

Mari lihat beberapa contoh soalan peperiksaan atau ujian Psikometrik ini...

15 Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Di bawah disertakan beberapa contoh soalan ujian Psikometrik khas untuk rujukan anda. Contoh soalan di bawah boleh dijadikan rujukan asas untuk membiasakan diri anda dengan jenis soalan yang bakal anda hadapi nanti - jika dipanggil untuk hadiri peperiksaan atau ujian Psikometrik SPA lah ... :)

Contoh soalan ujian Psikometrik adalah seperti yang berikut :

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Anda lebih menumpukan pada orang yang
A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah
A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang
A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan
A. Masa yang tepat
B. Secara santai

7. Pilihan anda dibuat secara
A. Teliti
B. Rawak

8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah

10. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan
A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

11. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang
A. Sabar
B. Mesra

12. Anda membuat keputusan dengan
A. Moral
B. Logik

13. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara
A. Dirancang
B. Rawak

14. Anda perlu bersikap
A. Serius dan bercita-cita tinggi
B. Santai dan senang berbincang

15. Apabila bergaul dengan orang ramai
A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam

Nampak macam mudah je kan nak jawab soalan-soalan Psikometrik ini? Tapi awas, ini cuma 15 contoh soalan sahaja. Ada banyak bentuk soalan berkaitan psikologi yang mungkin anda tidak pernah nampak walaupun anda dah Google sehabisnya.

SPA kalau boleh nak kecilkan jumlah calon yang layak untuk menjawat jawatan dalam kerajaan. Mereka mahukan yang benar-benar penuhi kriteria. Mereka mahu pilih calon yang bukan sekadar tangkap muat disebabkan kelayakan akademik semata.

Ujian Psikometrik adalah tentang sikap. Anda yakin sikap dan tingkahlaku anda sekarang boleh meluluskan diri anda dengan mudah untuk peperiksaan dan ujian Psikometrik?

Jangan yakin sangat. Ramai yang kantoi sebab keyakinan tidak punyai sandaran ini.

Dapatkan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Terkini

https://jvsecurepay.com/affiliates/psikometrik/2624


Kepada calon peperiksaan jawatan kerajaan yang berminat mendapatkan rujukan dan contoh soalan Ujian Psikometrik SPA, anda boleh tempah panduan lengkap Ujian Psikometrik Kemasukan Perkhidmatan Awam melalui pautan di atas.

Nak lulus tak? Anda kena bersedia, dan buat latih-tubi banyak-banyak. Tiada siapa yang tahu bentuk, jenis, dan soalan sebenar ujian Psikometrik ini. SPA sangat berahsia. Jadi, cara paling afdal untuk lulus ialah berusaha sehabis baik, dan buat persediaan.

Tempah rujukan ini, dan dapatkan pelbagai bentuk soalan ujian Psikometrik untuk rujukan.


Jika anda terbabit dan dipanggil temuduga kerja kerajaan, cuba dapatkan pakej rujukan lulus temuduga di bawah ini. Ia satu pakej rujukan, panduan dengan tips terbaik untuk lulus temuduga. Rugi kalau anda tak dapatkan pakej rujukan ini, kerana ianya terhad untuk dimiliki.

Bonus Khas Untuk Calon Jawatan Kerja Kerajaan

Pakej Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (SPA)





Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments