Traveloka Banner

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H / 2018M. Di kesempatan yang ada menerusi blog yang tidak seberapa ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri kami, baik di alam nyata mahupun di dunia siber ini.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H


Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan sokongan kepada blog ini, terutama rakan-rakan blogger yang jauh mahupun dekat. In Sha Allah, bulan Ogos 2018 nanti, genaplah kewujudan blog ini selama 8 tahun di internet ini.

Selama itulah, saya sebagai penulis dan pemilik blog ini tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan, terutama apabila berkongsi info dan maklumat berkaitan perkara-perkara tertentu.

Saya akui, ada waktu saya terlalai dan terlepas rasa kebertanggungjawaban ke atas sesuatu post yang telah saya tulis. Mungkin kerana rasa ego yang tinggi dan tidak mahu mengalah serta tidak mengaku kesilapan yang telah tanpa sengaja dilakukan.

Sebagai manusia, memang tidak dapat lari daripada khilaf tersebut.

Peluang Memohon Ampun dan Maaf Sempena Aidilfitri

Allahu Akbar. Allah S.W.T masih memberikan peluang kepada saya untuk mengucapkan salam, dan beristifar serta memohon kemaafan kepada semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H
Saya dan keluarga, ambil peluang ini untuk memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran samada kami sedar atau tidak sepanjang anda mengenali kami walaupun hanya di ruang alam maya ini. Kami memohon ampun dan jutaan maaf andai ada kata-kata dan tulisan kami di media sosial yang telah mengguris hati dan perasaan.

Harap Tiada Sengketa dan Dosa Sesama Kita

Saya secara peribadi juga ingin memohon maaf kepada semua pembaca dan pengikut setia blog ini andai apa yang saya tulis selama ini telah menyebabkan ada rasa tidak senang pada diri saya. Mohon dijauhkan rasa dendam, dengki, hasad dan buruk sangka ... dan sama-sama mengambil peluang atas berakhirnya sebulan Ramadan untuk menjadi yang lebih baik.

Syawal adalah waktu untuk meraikan segala kebaikan yang telah kita kecapi sepanjang ramadan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H
Sekali lagi, andai ada salah dan silap .. saya seisi keluarga memohon ampun dan maaf zahir dan batin. Selamat Hari Raya Aidilfitri, semoga berkat & kebaikan Ramadan kekal dalam diri kita semua .. in Sha Allah.

Di peluang ini juga, saya mohon jasa baik anda semua untuk like FB Fanpage blog ini. Hanya klik LIKE di bawah ini ye ...



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

12 Comments

  1. Meriah raya bro HH bersama keluarga tercinta dgn tema merah gitu. Selamat hari raya maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merah ke? Sebenarnya ni warna oren .. ikut tema warna blog saya ni ..hahaha

      Delete
  2. wahhhh dah nak masuk 8 tahun! Selamat Hari Raya bang Hasrul sekeluarga :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Farhanna .. sbenarnya untuk blog ni je lapan tahun, sebelum tu dah ada blog lain tapi tak macam blog ni .. :)

      Delete
  3. Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin. Meriah raya tahun ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya .. :) Maaf zahir batin dari kami sekeluarga.

      Delete
  4. selamat hari raya HH maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga buat mamapp .. :)

      Delete
  5. Salam Aidilfitri, Selamat Hari Raya dari Saya dan family

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.