Traveloka Banner

Orang Kaya Je Untung Shopping GST Sifar Ni ...

Dah ada niat nak shopping raya? Simpan dulu keinginan tu sebelum tiba 1 Jun 2018. Aha, takkan tak tahu, ketika itu semua barang dan servis perkhidmatan dijual dan disediakan di Malaysia berada pada kadar sifar cukai GST. Kalau anda masih lagi tak sedar akan GST sifar ni, memang anda berada di planet Zuhal ... haha.

Tapi, betulkah untung bila GST sifar dikuat-kuasakan mula 1 Jun 2018 nanti tu? Aha ... cuba tengok balik senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai GST tu. Dan lihat juga senarai barangan yang sememangnya berada pada kadar GST sifar peratus.

Shopping Bermula 1 Jun 2018 Lebih Untung, Cukai GST Sifar Peratus?

Aha, takkan anda nak bayar lebih 6% tambahan pada barang yang anda beli? Jadi, baik bersabar dulu dan tunggu tarikh keramat 1 Jun 2018 untuk mula bershopping sakan. Tapi kena ingat, jangan jadi sahabat syaitan yang gemar pada pembaziran.
GST Sifar untungkan rakyat kaya
Saya sebenarnya ditegur oleh isteri, bila semalam saya telah bawa isteri dan anak-anak ke Mydin untuk bershopping sedikit barang-barang dapur. Tak banyak pun nak dibeli, bajet kurang dari RM50, sebab hanya ada RM100 sahaja di dalam dompet. Dan memang saya dah jarang bawa cash ni, kalau nak guna cash, saya akan gunakan aplikasi Maybank2u kat smartphone.


Mydin buat promosi jualan murah, tu yang saya pergi nak tengok. Banyak juga tawaran menarik diberikan tu. Tengok ni .. (gambar bawah) ... mana nak dapat harga barang macam ni kat tempat lain .. ye tak?
Promosi Mydin
Kalau tak ditegur isteri, tentu saya dah berbelanja tanpa kira akan GST tu. Aduhhh.. boleh lupa pula yang Kerajaan Pakatan Harapan dah umumkan kadar GST sifar bermula 1 Jun 2018, walhal saya sendiri tulis dalam blog ni, dan telah kongsikan dalam banyak group Facebook.

Tapi kan .. saya bukan nak beli barang merapu, saya memang nak beli barang keperluan harian yang memang dah GST sifar peratus pun. Jadi, saya tak perlu pun nak tunggu 1 Jun 2018 untuk mula shopping barang sebab memang ada banyak barangan terutama yang nak digunakan hari-hari berikan kadar GST = 0%.

Gi Mydin Nak Rebut Tawaran Harga Murah

Saya ke Mydin sebab ada promosi menarik harga barang keperluan murah macam ayam segar dan juga bawang. Ramai orang berpusu-pusu nak dapatkan harga barang mentah murah dijual di Mydin ni sebab promosinya cuma Sabtu Ahad (18 - 20 Mei) .. tiga hari je.

Uhh berbaris tu semata nak pilih ayam yang dijual bawah harga pasaran semasa - tak murah ke kalau dah dijual RM4.99 sekilogram? Tanpa GST ni ye ...
Barang tanpa GST
Harga barang keperluan selepas GST sifar


Harga barang GST sifar bukan kali ni je ada, malah dah wujud lama dah terutama untuk barang keperluan harian. Kalau orang yang teliti berbelanja, tentu akan lihat barangan apa yang dibeli dikenakan cukai GST ni. Rata-rata kita tak akan tengok, kalau tengok pun ... setakat tengok je la .. haha.

[Dah Tengok?] Senarai Harga Kereta Bermula 1 Jun 2018 - GST Sifar Peratus

Kalau masih lagi tak tahu, nah saya tunjukkan antara barangan yang memang dah memang dijual dengan kadar GST Sifar (0%). GST sifar bukan perkara baru, barang tak ada GST bukan perkara baru .. ia memang dah ada, cuma kita tak nampak sahaja.

Senarai Barangan GST Sifar Peratus

Senarai barang GST Sifar peratus
Kalau lihat pada pengumuman kerajaan Pakatan Harapan yang GST akan berkadar sifar peratus mulai 1 Jun 2018, ia mungkin akan beri kelebihan besar untuk mereka yang nak shopping barangan seperti kenderaan mewah, kenderaan baru, barang kemas, emas berlian, pakaian berjenama, beg tangan Hermes Birkin dan seumpamanya tu.

Siapa ada duit lebih, raya tahun ini mungkin lebih meriahlah sikit sebab harga barangan tak dikenakan cukai GST atau GST Sifar peratus. Orang yang biasa-biasa, yang dah berapa nak berduit sangat tu, kehidupan masih lagi seperti biasa, seperti dahulu. :)

Semoga bermanfaat.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

4 Comments

  1. Berdasarkan info terkini..GST sifar adalah berita Palsu..boleh semak info dalam latest media massa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh taklah ... memang dah ada sejak GST diperkenalkan pun .. :)

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.