Cara Letak Link WhatsApp Untuk Mudahkan Pelanggan Contact

AI Trade
Ramai peniaga yang masih tidak tahu bahawa mereka boleh buat link atau pautan untuk mudahkan pelanggan menghubungi telefon menerusi aplikasi WhatsApp. Jika anda masih gunakan cara lama dengan meletakkan nombor telefon samada dalam blog atau media sosial, baik anda gunakan cara ini kerana ia lebih mudah, dan ia lebih cepat.

Cara Letak Link WhatsApp Untuk Mudahkan Pelanggan Contact

Cara Letak Link WhatsApp Dalam Facebook, Instagram, Twitter dan Blog
Cara lama penggunaan WhatsApp dalam mempromosikan bisnes ialah dengan meletakkan nombor telefon untuk dihubungi pelanggan. Namun, cara ini agak melecehkan bagi sesetengah orang kerana anda perlu salin nombor telefon dan masukkan ke dalam address book telefon anda (bagi kebanyakan smartphone).

Mengapa tidak anda menggunakan link atau pautan seperti ini di bawah:

Hubungi Saya Untuk Review Produk

Atau

https://bit.ly/2K7jZt2

Atau
Hubungi HH
Cuba anda klik mana-mana pautan di atas tu ... anda akan terus menghungi saya menerusi aplikasi WhatsApp smartphone anda. Mudah kan?

Atau kalau anda membaca blog ini menerusi komputer atau peranti mudah alih tanpa aplikasi WhatsApp, anda boleh hubungi saya menerusi WhatsApp Web. Apabila anda klik, anda akan diminta untuk buka WhatsApp Web dan hantar terus mesej ke smartphone saya.
[post_ads]
Cara ini akan membolehkan anda lindungi nombor telefon anda daripada bot carian yang mengutip nombor telefon dari media sosial atau daripada penglihatan pengguna laman sosial yang mungkin mahu salahguna nombor telefon anda.

Nak tahu bagaimana nak hasilkan link atau pautan mudah seperti di atas?

Cara Nak Hasilkan Link WhatsApp

Ikut tatacara di bawah ini .. tak susah .. ia amat senang, dan tidak memerlukan anda daftar apa-apa. Lagipun, ianya percuma.
Cara Letak Link WhatsApp Untuk Mudahkan Pelanggan Contact

  1. Pergi ke laman web ini - https://apps.mrachmatriadi.id/whatsapplinkgenerator/
  2. Masukkan nombor telefon anda beserta dengan kod negara (Malaysia +60); contoh +601110402901
  3. Message tu boleh letak atau biarkan sahaja. Boleh letak "Hubungi Saya" atau "Beli Produk" untuk alert anda mesej yang masuk itu berkaitan apa .. kalau anda ada banyak produk, boleh gunakan untuk bezakan pelanggan, contohnya "Ubat Kurus" atau "Tempah Homestay".
  4. Lepas tu, klik je 'Generate'.

Kemudian, anda akan diberikan beberapa pilihan untuk gunakan link WhatsApp ini untuk mudahkan pelanggan contact anda secara direct.

Anda boleh letakkan samada dalam blog anda seperti yang saya tunjukkan di atas, atau letakkan link tersebut di Facebook, Instagram mahupun Twitter anda.

Amacam? Mudah je kan?

Looket.me - Alternatif Lebih Baik

Cara lain, anda boleh gunakan Looket.me. Looket.me ialah satu perisian yang menampilkan semua cara untuk pelanggan hubungi anda, samada menerusi Chat Messengger ataupun WhatsApp. Anda boleh tengok contoh di sini - Looket.me/HasrulHassan

Okey? Saya harap tutorial dan tips ini akan dapat bantu bisnes anda untuk berkembang, dan paling penting anda tidak akan kehilangan bakal pelanggan untuk bisnes anda.

Selamat mencuba.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

2 Comments

  1. bagus ni..kita nak try letak icon kat tepi blog ni..macam mana eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil yang jenis ketiga tu .. letak je sebagai widget di tepi

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.