Hari tu, ada rakan blogger tanya saya .. bagaimana nak letakkan dokumen berbentuk PDF dalam satu blog post atau artikel dalam blog. Hmm ... saya minta maaflah sebab ambil masa nak menulis mengenai cara nak letak dokumen PDF ni dalam blog. Kena ada mood unik jika nak tulis mengenai tips blogging ni .. haha.

Alhamdulillah, mood hari ini agak baik, dan idea nak tulis pasal tips blogging pun datang. In Sha Allah, blog post hari ini saya akan beritahu cara nak letakkan fail atau dokumen berbentuk PDF ni dalam blog. Tak susah. Simple je.

Cara Letakkan Dokumen PDF Dalam Blog Post 

Cara Letakkan Dokumen PDF Dalam Blog Post
Jadi, bagaimana nak masukkan dokumen PDF dalam sebuah blog post? Pertama sekali, anda perlu gunakan akaun percuma Google Drive. Anda mesti sign-in ke akaun Google Drive anda untuk meletakkan atau simpan fail berbentuk dokumen PDF ini supaya boleh diakses.

Jika anda seorang pengguna Google, maka anda boleh terus sahaja login secara automatik ke Google Drive.

Aha, mungkin ramai tak tahu, Google Drive bukan setakat boleh simpan gambar, ia juga satu tempat untuk anda menyimpan fail berbentuk dokumen PDF serta video dan macam-macam lagi. Google Drive memberikan storan yang agak besar juga untuk para penggunanya. Rugilah anda kalau tak memanfaatkan fungsi Google Drive ini kerana ianya percuma.

Sebelum tu, anda perlu memuat-naik (upload) fail dokumen yang mahu diletakkan di dalam sesebuah blog post atau artikel dalam blog.

Cara Upload Fail PDF ke Google Drive

Bagaimana nak upload?

  1. Pergi ke Google Drive, klik 'New' kemudian klik 'File Upload'.
  2. Pilih fail PDF yang ingin anda simpan atau muat-naik, yang akan digunakan untuk diletakkan dalam blog post.
  3. Selesai sahaja ia muat-naik, klik fail tersebut, dan klik pada tiga titik yang kelihatan di bahagian penjuru fail, dan klik 'Share'.
  4. Klik pula 'Get shareable link'. Dan akan keluar link untuk dikongsi. Klik 'Done'.
Ok, sekarang anda sudah berikan akses kepada semua untuk lihat dan baca dokumen anda tersebut direct dari link Google Drive anda.

Gambarajah am mengenai tatacara nak upload fail PDF ditunjukkan seperti di bawah ini...
Tatacara letak fail dokumen ke Google Drive
Tatacara letak fail dokumen ke Google Drive
Tatacara letak fail dokumen ke Google Drive
Tatacara letak fail dokumen ke Google Drive

Cara Letak Fail PDF Dalam Blog Post

Jadi, bagaimana cara nak letakkan dokumen tersebut dalam blog post?
Langkah seterusnya ialah mendapatkan kod embedded untuk fail dokumen PDF tersebut yang telah disimpan di Google Drive untuk digunakan dalam blog post anda.

Buka fail dokumen PDF anda tersebut dalam 'New Window' atau tab baru di pelayar internet anda.
Cara Letak Fail PDF Dalam Blog Post


Bila dah buka fail tersebut, nanti anda akan nampak pilihan tambahan untuk cara memaparkan fail tersebut, iaitu 'Embed item' bila anda klik pada tiga titik di hujung paparan dokumen tersebut. Anda akan gunakan kod yang diberikan ini untuk dimasukkan ke dalam blog post anda menggunakan editor HTML blog post anda ..

Lihat pada paparan-paparan di bawah. Bila diberikan kod HTML, salin semuanya ... dan buka editor blog post dalam versi HTML.
Cara Letak Fail PDF Dalam Blog Post
Cara Letak Fail PDF Dalam Blog Post
Cara Letak Fail PDF Dalam Blog Post
Senang je kan? Kalau blog anda jenis responsif, tukar nilai width dalam koding tu menjadi 100%. Anda boleh juga adjust nilai height untuk disesuaikan dengan paparan dalam blog post anda.

Contoh penggunaan cara letak dokumen PDF dalam blog post ini boleh lihat pada entri saya yang ini (salah satu) - Cara Mohon Biasiswa Petronas 2018

Kelebihan Guna Tatacara Ini

Kenapa saya kongsikan tips atau tutorial letak dokumen PDF dalam blog post ni? Hmm .. salah satunya ialah sebab ada rakan blogger yang bertanya, keduanya ialah untuk mempelbagaikan jenis kandungan blog post anda.

Selain itu, ia adalah untuk kongsi dokumen asal tanpa sebarang ubahan, yang mungkin boleh dijadikan bukti kukuh untuk pengisian dalam entri. Yelah, sekarang kan dah ada akta yang melarang kongsi berita tak benar tu... maka, cara ini setidaknya bolehkan letak sumber rasmi menerusi dokumen PDF secara kekal.

Orait. Moga bermanfaat ye.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement