5 March 2018

Video Persembahan Akhir Bintang Bersama Bintang 2018 - Mark Adam Menang RM100,000

Akhirnya program Bintang Bersama Bintang TV3 melabuhkan tirainya pada Ahad 4 Mac 2017. Sudah ada pemenang yang berjaya membawa balik RM100,000. Saya pasti ramai dah tahu siapa yang menjadi juara dalam Super Bintang Bersama Bintang.

Dalam peringkat akhir Bintang Mencari Bintang ini, Mark Adam telah dinobatkan sebagai pemenang membawa pulang wang tunai RM100,000. Persembahan akhir Mark Adam berjaya menang bergandingan dengan Khir Rahman.

Mark Adam Menang RM100,000 Super Bintang Bersama Bintang

Tahniah kepada Mark Adam. Mark Adam berjaya menonjolkan persembahan akhirnya sehingga mengalahkan empat peserta Super Bintang Mencari Bintang yang lain. Peserta lain yang turut berentap untuk wang tunai RM100,000 dalam peringkat akhir Bintang Mencari Bintang ialah Achey, Shuk, Ajak dan Issey. Abam yang turut menjadi peserta dalam program ini telah tersingkir pada peringkat separuh akhir.

Pengumuman pemenang untuk Super Bintang Mencari Bintang telah dibuat oleh pelakon Izzue Islam dalam karektor seorang gangster. Izzue Islam muncul di bahagian akhir progam ini dengan membawa beg bimbit tertulis RM100,000.

Malam kemuncak Super Bintang Bersama Bintang 2018 ini disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, diadili oleh juri tetap, Saiful Apek dan juri jemputan, Fasha Sandha. Penghakiman mereka mewakili 70 peratus manakala selebihnya undian atas talian.

Oh, ada sesuatu yang menarik ketika pengumuman pemenang Super Bintang Mencari Bintang ni. Anda tentu tahu jika tonton video di atas tu. :)

Sekali lagi tahniah buat Mark Adam.

Tak Tonton Persembahan Akhir Bintang Bersama Bintang

Saya tak tonton program peringkat akhir ini kerana penat, dan tidur lebih awal.

Isteri dan anak-anak saya yang tonton rancangan Super Bintang Bersama Bintang ini sehingga akhir.

Menurut isteri saya, persembahan Mark Adam berjaya menambat undi untuk menang kerana persembahan Mark Adam disulam tawa dengan unsur sedikit sayu apabila Mark Adam tampilkan ibunya menerusi video.

Sedikit sebanyak ia berjaya menyentuh hati para penonton di sebalik hakikat bahawa program ini adalah program lawak untuk menang hadiah wang tunai RM100,000. Uhh bijak sungguh Mark Adam.

Maira, anak perempuan saya berumur 8 tahun berkata, persembahan Mark Adam memang best, tapi kata dia .. persembahan dari Achey lagi best. Achey membuat persembahan bersama isterinya Anne.

Persembahan daripada Shuk pun best atas sebab 'kesilapan' dan adegan lupa dialog. Dalam persembahan akhir ini, Shuk membawa Uqasha Senrose dalam adegan meminang puteri Genting Highlands.

Persembahan daripada Ajak pun menarik apabila menampilkan Shahrol Shiro dengan membawakan kisah orang tua di rumah orang-orang tua. Manakala Issey membawa bersama Shafiq Kyle dalam persembahan akhir Bintang Bersama Bintang dengan sketsa yang banyak 'makan dalam'.

Siapa yang tak tengok kesemua persembahan Super Bintang Mencari Bintang ni, bolehlah tonton video-video yang telah saya kongsikan di bawah ini.

Video Persembahan Akhir Mark Adam - Khir Rahman - Bintang Bersama Bintang

[post_ads]

Video Persembahan Akhir Peserta Bintang Bersama Bintang 2018


Oh ya, jika anda tak perasan pada video pertama saya kongsikan tu, penyanyi Mark Adam yang menjuarai Super Bintang Bersama Bintang (SBBB) 2018 telah menunaikan janji untuk membahagikan sebahagian wang kemenangannya kepada rakan pelawak yang lain di dalam program ini.
[post_ads_2]

Mark Adam Kongsi Hadiah Kemenangan

Di akhir program, Mark Adam umumkan yang beliau mahu membahagikan RM60,000 daripada RM100,000 hadiah wang tunai yang dimenanginya pada pentas akhir program realiti itu kepada empat peserta lain.

Ini bermakna, setiap seorang peserta dalam Super Bintang Bersama Bintang akan menerima RM15,000 setiap seorang daripada RM60K yang diumumkan Mark Adam. Hadiah wang tunai RM60K dikongsikan oleh Mark Adam kepada Achey, Ajak, Shuk dan Issey yang bersaing dengannya dalam program itu.

Sekali lagi tahniah dan syabas buat Mark Adam.

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

6 Komen

Wahhh tahniah Mark Adam!! Terbaik la

Mark Adam sangat pemurah dan layak juga dia memang..

tahniah Mark Adam..seorang pelawak yang bersahaja tetapi sentap penampilannya

Kena tgok video je la.

tak sangka Mark Adam boleh menang kan...rezeki dia

Rezeki Allah S.W.T untuk dia. Bagus juga dia menang, merasa gak la kawan2 lain tambahan RM15k dr RM10k yang derang dah menang dalam mingguan sebelum ni.

Bukan senang penyanyi yang ada masalah bahasa melayu nak bertanding dalam ni.

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon