Traveloka Banner

Meleleh Rasa Burger Banjir Parit Buntar

Pergh. Pernah makan burger sampai meleleh sos dan mayonis ke lengan? Aha .. inilah istimewanya Burger Banjir di Parit Buntar. Saya dah dua kali merasa kesedapan dan kelazatan burger ni yang dijual menerusi food truck.

Kreatif betul mereka yang berniaga burger ni kan? Yelah, sekarang ni ada macam-macam nama pada burger. Burger Leleh la .. Burger Gunung la .. Burger Kapit la ... Burger Giant la. Di sebalik nama yang pelbagai tu, yang peliknya .... ada kelainan dan keistimewaannya. Samalah juga dengan rasa meleleh Burger Banjir Parit Buntar.

Burger Banjir Penuhi Selera Lapar di Waktu Malam

Burger Banjir Penuhi Selera Lapar di Waktu Malam
Anak-anak saya dah merasa beberapa kali Burger Banjir ni. Selalunya, isteri saya akan singgah beli bila ambil anak dari Sekolah KAFA waktu petang. Burger Banjir Parit Buntar boleh diperoleh dari food truck yang parking berdekatan dengan Restoran Balak Inn yang terkenal dengan Nasi Tomato Ayam, ABC, Mee Rebus dan juga Lai Chi Kang.

Anak-Anak Cakap Best Makan Burger Banjir

Sedapnya Burger Banjir Parit Buntar
Anak-anak saya memang cukup suka dengan burger ni. Mungkin sebab ada mayonis meleleh tu sampai jadikan burger tu banjir dengan rasa mayonis .. hehe..

Saya lak, hmm secara peribadi ... memang akui yang rasa Burger Banjir Parit Buntar ni dengan rasa burger lain yang pernah saya nikmati waktu malam.

Kat Parit Buntar memang ada banyak gerai menjual burger ni. Saya pernah ceritakan mengenai Burger Bakar Meletup yang sedap pernah saya rasa, juga dijual menerusi Food Truck.

Burger Banjir ni pula, rasanya masih baru di Parit Buntar.

Cari Food Truck Warna Kuning

Sebelum ini, saya tak pernah perasan Food Truck berwarna kuning ni kat mana-mana lokasi tumpuan orang ramai. Kali ini, dah boleh nampak ianya beroperasi berhampiran kedai makan Balak Inn. Ada macam-macam jenis burger yang dijual, anda boleh pilih mana yang kena dengan selera serta bajet.
Food Truck Burger Banjir

Meleleh Burger Banjir Parit Buntar
Burger Banjir Parit Buntar yang saya rasa penuh dengan rasa sos cili, sos tomato dan juga mayonis. Jadi, rasanya ada pedas dan ada rasa sedikit masam, tapi memang kenalah dengan selera di waktu malam. Kalau kelaparan tu, memang best pekena makan burger ni.

Satu dah cukup untuk hilangkan rasa lapar mendadak.

Mana taknya, anda boleh lihat sendiri betapa 'mewah' isi dalam roti burger tu. Semuanya dalam kebanjiran .. haha.

[Dah Tengok?] Burger Goliath - Saiz Memang Awesome

Jika anda berada di sekitar Parit Buntar di waktu malam, rasa lapar dan mahu menikmati burger yang sedap, mungkin boleh mencuba Burger Banjir ni. Cari je Food Truck warna kuning tu ye.
[post_ads_2]

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

4 Comments

  1. Fuh ! memang menyelerakan sangat

    ReplyDelete
  2. sedapnya lahaiiii ! memang fvourite saya burger banjir nie . visit https://www.ketamkecil.com/ketulan-payudara-wanita-muda-adakah-berisiko-kanser/

    ReplyDelete
  3. makan-makan jugak .. jangan lupa baca nie http://diarianggun.blogspot.my/2018/03/5-bahan-kimia-berbahaya-dalam-kosmetik.html?m=1

    ReplyDelete
  4. Saya orang sana pun tak pernah rasai lagi sebab jarang keluar malam...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.