Buat Duit Dengan Hobi Orang Lain

AI Trade
Buat duit menerusi hobi orang lain. Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips bagaimana nak mendapat duit dari internet. Aha, ia satu topik yang sangat menarik kan? Apatah lagi untuk seorang seperti saya yang 99% bekerja dari rumah dengan blog dan online marketing. Anda sebenarnya boleh buat duit dengan ambil peluang atas hobi orang lain.

Buat Duit Dengan Hobi Orang Lain

Buat Duit Dengan Hobi Orang Lain
Cara Buat Duit Dengan Hobi Orang Lain
Ok. Bagaimana nak buat duit dengan hobi orang lain tu? Aha .. anda sedar tak yang ramai orang yang sanggup berbelanja besar untuk memenuhi keperluan hobi mereka? Takkan anda tidak pernah dengar seorang yang hobinya mengumpul duit syilling sanggup keluarkan belanja sehingga ribuan ringgit untuk syilling lama yang dulunya hanya bernilai 1 sen!

Ya, kalau anda nampak perkara ini, tentu anda dah sedar bahawa memang ada peluang untuk buat duit menerusi minat ekstrim seseorang dalam memenuhi kehendak hobinya.

[Dah Baca?] Pengalaman Pertama Shopping Online di Zalora

Hobi ada pelbagai.

Setengah hobi perlukan pelaburan yang cukup besar, dan ada pula yang tidak. Jadinya, peluang untuk buat duit dengan hobi orang lain ini tentulah bergantung dengan sejauh mana mereka mahu berbelanja untuk keperluan hobinya - samada ia benar perlu untuk hobi tersebut atau sekadar .. "tak mengapalah, cukuplah yang ada".

Jika anda lihat pada sesetengah laman web shopping online, mereka juga target pada golongan yang ada hobi seperti ini. Contohnya hobi untuk bersukan ekstrim, hobi bermain kapal terbang kawalan jauh, hobi sebagai seorang jurugambar, hobi sebagai seorang kaki permainan online dan banyak lagi.
[post_ads]
Inilah cara laman web shopping online buat duit secara berterusan menerusi hobi pelanggannya.

Sedar tak setiap kali anda daftar untuk login laman web shopping online, anda kena letakkan minat anda dalam borang daftar?

Pelanggan-pelanggan ini pastinya akan keluarkan duit untuk berbelanja sebagai memenuhi keperluan untuk hobi mereka tu. Tak gitu? Apa hobi anda? Lihat balik samada pernah atau tidak anda berbelanja besar semata untuk hobi anda.

[Dah Baca?] 8 Idea Dari Hobi Untuk Hasilkan Blog Niche Unik

Kadang tu, benda yang diinginkan tu bukannya keperluan untuk hobi tersebut. Ia lebih kepada kehendak, tetapi mungkin disebabkan trend atau melihat orang lain yang mempunyai hobi yang sama menggunakannya, ia secara automatik menukar kehendak menjadi satu keperluan untuk hobi.

Aha, beginilah cara anda nak buat duit dengan hobi orang lain.
  1. Cari keperluan hobi.
  2. Cari kehendak pada hobi tukarkan ia jadi satu keperluan.
  3. Jual keperluan dan kehendak tersebut.
Jadi, anda tentu tertanya .. bagaimana cara permulaan nak buat duit dengan hobi orang lain ni? Maksud saya .. apakah platformnya?

Jadi Dropshipper

Cara paling cepat ialah menerusi bisnes dropship. Modal rendah. Anda tidak perlu beli barang, tak perlu simpan stok, dan anda tak perlu uruskan pun soal pembelian dan penghantaran. Anda cuma perlu buat promosi sahaja kepada mereka yang ada hobi berkaitan.

Ok. Begini nak mula.
Buat Duit Dengan Hobi Orang Lain
  1. Cari hobi yang ada banyak penawaran soal keperluan dan kehendak. Ni anda kena buat research sendirilah. Boleh juga gunakan beberapa tools untuk cari produk hot samada di facebook atau dari laman web shopping online sedia ada.
  2. Senaraikan barang atau produk tersebut, termasuklah harga serta kos perlu seperti kos penghantaran.
  3. Sediakan platform untuk promosi samada media sosial, blog atau terus buat kedai online anda sendiri.
  4. Letakkan produk dalam platform tersebut termasuklah harga.
  5. Buat promosi, samada gunakan teknik percuma atau berbayar (FB ads atau Google Adwords). Jika anda gunakan platform kedai online sendiri, dapatkan backlink untuk kedai online anda menerusi review daripada beberapa blogger berpengaruh.
  6. Tulis mengenai hobi tersebut, atau berkongsi idea mengenainya supaya orang tahu anda ada sediakan servis memenuhi keperluan dan kehendak hobi tersebut.

Faham ke? Boleh tangkap cara nak mula buat duit dengan hobi orang lain ni?

[Dah Baca?] Shopify - Cara Menjual Produk Dropship ke Pasaran Antarabangsa

Tu antara caralah nak mula.

Laman Sosial atau Blog - Tulis Tentang Hobi (Walaupun Bukan Hobi Anda)

Satu lagi cara ialah dengan menulis apa yang anda tahu mengenai sesuatu hobi tersebut di laman sosial anda atau blog. Selitkan produk dan barangan yang anda gunakan untuk hobi tersebut.

Sebagai contohnya, anda seorang yang punyai (atau ada pengetahuan) hobi mengambil gambar. Untuk lebih spesifik, hobi mengambil gambar majlis orang kahwin.
[post_ads_2]
Anda boleh ceritakan mengenai jenis lensa atau kamera yang digunakan. Anda boleh cadangkan beberapa jenis teknik mengambil gambar orang kahwin dengan lensa yang sesuai; kemudian secara tak langsung .. anda letakkan gambar kamera atau lensa dengan spefikasi tertentu ..beserta kat mana anda boleh dapatkannya.

Anda boleh letakkan link ke kedai online anda atau terus ke mana-mana laman web yang jual aksesori kamera yang sediakan komisen untuk dropship atau affiliate bagi setiap jualan terhasil.

Secara teori memang nampak mudah dan senang. Tapi tak mustahil pun untuk anda buat dan lakukan.

Tak percaya?
Cara Buat Duit Dengan Hobi Orang Lain Yang Suka Bercuti
Hobi dan kegemaran saya sendiri adalah bercuti, dan saya pasti ramai orang terutama pembaca blog saya yang suka bercuti dan menjadikannya sebagai satu hobi. Dari penyata di atas, anda boleh lihat saya berjaya buat duit dengan hobi bercuti ini.

Ni lagi bukti yang memang tak mustahil untuk anda buat duit dengan hobi orang lain ...
Cara Buat Duit Dengan Hobi Melancong
Err.. memanglah tak nampak masyuk sangat. Nak dapat lebih, kena usaha lebih. Apa usahanya tu?

Promosi.

Kena rajin promosi.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

4 Comments

  1. hobi saya sekarang baca blog orang dan blogwalking..

    tak tahu lah dapat jana duit atau tidak kerana saya bukan pakar dalam tersebut

    ReplyDelete
  2. masyuk juga lah walaupun sediiki2 lama2 jadi bukit. tq HH membuka mata mama

    ReplyDelete
  3. Nice idea, zumal pun ada juga share barang hobi kat blog

    ReplyDelete
  4. sikit-sikit pun duit :)
    mcm menabung dlm tabung ayam la.
    masuk syilings. ting ting ting...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.