Tatkala saya menulis post ini, bahang pilihanraya yang ke-14 (PRU14) makin terasa. Apatah lagi bila mesyuarat pertama, penggal keenam Parlimen ke-13 telah bermula. Menerusi Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat akan terbubar sendiri pada 24 Jun 2018, yang sekaligus membuka ruang untuk PRU14 diadakan.

Saya tak mahu cerita mengenai PRU14. Saya juga tak mahu nak cerita mengenai desas-desus panas apa yang akan berlaku dalam sidang Dewan Rakyat sebelum PRU14 diadakan. Ya, ramai nak tahu mengenai 3 isu panas yang akan dibahaskan dalam dewan iaitu mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya, rang undang-undang bagi menangani berita palsu serta RUU355. Memang topik hot ni dalam blog-blog politik.

Bahang Pilihanraya - Siapa Pemerintah Idaman Anda?

Bahang Pilihanraya - Siapa Pemerintah Idaman Anda?
Tapi saya bukanlah penulis blog politik. Saya menulis mengenai gaya hidup atau lifestyle yang berkaitan keluarga, tips parenting, percutian bersama famili ... mengenai shopping online dan yang berkongsi kisah yang boleh berikan inspirasi selain beberapa perkongsian tentang fakta menarik yang boleh menjadi penambah pengetahuan.

Oleh kerana itu, dalam post kali ini .. saya suka nak kongsikan mengenai 'siapa pemerintah idaman anda'. Ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan, yang mungkin boleh menjadi inspirasi untuk mereka yang bergelar pemimpin dan pemerintah sekarang (mahupun akan datang).

Dan mungkin untuk kita semua, ia boleh jadi panduan atau rujukan dalam memilih siapa yang wajar menjadi pemerintah.

Kisah Pemerintahan Umar Al-Khattab r.a

Kisah pemerintahan Umar al-Khattab r.a
Antara pemerintah yang dikenang sepanjang zaman baik kawan dan lawan, adalah pemerintahan Umar Al Khattab r.a.

Pemerintahan zaman Umar Al Khatab r.a adalah role model pemerintahan hebat di zaman di mana Rasululllah S.A.W sudah wafat. Pemerintahan ketika itu, 100% ditegakkan berdasarkan apa yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W, iaitu Al Quran dan Hadis.

Dengan berlandaskan dua perkara tersebut, Umar Al Khatab menjalankan pemerintahannya.

Khalifah Umar Al Khattab tiada bezanya dengan kita, dia bukan nabi, dia bukan rasul tetapi dia adalah antara mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Bukan setakat kehidupan seharian, tetapi beliau menerapkan Islam dalam pemerintahannya sebagai seorang pentadbir yang hebat.

Saya seperti anda juga, nak tahu apa hebatnya Khalifah Umar ini sampaikan ada ucapannya menjadi rujukan oleh para pengkaji politik dunia. Hebat bukan?

Kisah Umar r.a Berkaitan Pemecatan Khalid Ibn Walid

Mari ikuti kisah ini, kisah Khalifah Umar r.a dengan Khalid Ibn Walid r.a ... sebagai renungan untuk 'memilih' pemerintah idaman anda.
Kisah Umar r.a Berkaitan Pemecatan Khalid Ibn Walid
Khalid Ibn Walid, yang terkenal sebagai 'pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar al-Khattab r.a, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah. Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah.
Ia adalah berpunca dari sebab-sebab berikut :
  • Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu 'attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.
  • Pentadbiran; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.
  • Pentadbiran; Umar r.a inginkan ketelitian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.
Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, beliau berkata:

"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancar, beliau melucutkan jawatanku"

Lalu seorang lelaki berkata: "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"

Khalid membalas: "Selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu tiada ruang fitnah untuk berlaku"

Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.
Inilah gaya kepimpinan yang sepatutnya ada dalam memilih pemerintah idaman kita semua.

Kisah Umar Berkaitan Harta Para Pegawai Pemerintahannya

Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap.

Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk Baitulmal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya. Selain itu, Umar r.a turut melakukan lawatan mengejut ke rumah pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah.

Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a:

Kisah 'Amr bin Al-'As Bina Mimbar di Mesir

Gabenor kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah seorang sahabat bernama 'Amr bin Al-‘As r.a. Beliau dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya di Mesir. Ini menyebabkan Umar al-Khattab menjadi marah lalu menghantar surat kepada ‘Amru yang menyebut:

"Aku mendengar kamu telah membina satu mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera meruntuhkan mimbarmu"

Kisah Isteri Pegawai Beli Perabot dan Hiasan Dinding

Umar r.a telah melantik Mujasha' bin Mas'od untuk beberapa tugasan, dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha' bernama al-Khudayra kerap membeli perabot baru dan hiasan dinding. Lalu Umar r.a menghantar surat kepada Mujasha' agar mengoyakkan semua hiasan dinding.

Mujasha' menerima surat itu ketika bersama orang ramai, lalu dengan segera beliau mengarahkan isteri keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah dan membantu mengoyak dan menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli isterinya.

Sebenarnya, Umar r.a tahu ia dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha', kerana itu diarahkan sedemikian.

Umar r.a Ambil Hiasan Bergantungan Milik Pegawainya

Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata:

"Barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas"

Jadi bagaimana? Anda nampak bagaimana cara pemerintahan Umar Al Khattab r.a ini?

Kisah di atas hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semua berlandaskan kepada penelitian, penyiasatan serta bukti. Ia salah satu cara bagi mengelakkan jawatan diberikan kepada pegawai dijadikan peluang untuk meragut kekayaan.

Sebenarnya banyak lagi panduan untuk mencari siapa pemerintah idaman menerusi sejarah pemerintahan khalifah Umar Al Khattab r.a ini.

Kisah-kisah hebat yang lain, anda boleh baca di sini: Contohilah Pemerintahana Umar Al Khattab r.a.

Semoga kita manfaatkan dan berdoa agar pemimpin hari ini dan esok dapat sedikit sebanyak mencontohi pemeritahan hebat dari Khalifah Umar Al-Khattab r.a. ini.

In Sha Allah.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pilihlah kerajaan yang terbukti telah membina negara dengan stabil dan makmur.

    dalam rentak dan rencah politik Malaysia jangan disamakan dengan percaturan politik di negara arab atau barat,,

    sebab politik negara ini diasaskan dengan cara demokratik yang benar mengikut undang-undang Perlembagaan Malaysia.

    jika nak ubah sekali pun..ubahlah diri sendiri supaya lebih mahir dalam pelbagai cara membuat duit online dan bukan kerajaan yang sedia ada..

    sekadar luahan hati blogger biasa macam tuan HH

    BalasPadam
  2. tak tahu nak pilih mana.hehe. first time nak mengundi

    BalasPadam
  3. Saya pilih yg terbaik,... visit my blog @ https://www.ketamkecil.com/kurangkan-sakit-senggugut-supaya-tak-perlu-ambil-mc-setiap-bulan/

    BalasPadam
  4. no komen la, HH.
    aida x suka bercakap pasal PRU.
    terdgr di telinga aida mcm2 berkaitan dgn SPR.
    aida x suka perkara itu... sedih!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement




CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement