Makcik-makcik memang suka shopping di Pasar Kemboja. Kalau kena masanya, waktu dah pencen ke, dapat duit gaji pemberian anak ke, duit tuai padi ke .. pasti Pasar Kemboja akan meriah dengan para peniaga dan para pelanggan.
Tudung Duck dan Tudung Ariani Exclusive Harga Berpatutan di Pasar Kemboja Parit Buntar
Anda mungkin ingat Pasar Kemboja menjual barang-barang low quality, atau produk longgok yang dah ketinggalan zaman. Tapi sebenarnya, di Pasar Kemboja inilah anda boleh jumpa pelbagai jenis fesyen tudung terkini hatta dari jenama terkenal dan popular seperti tudung Duck mahupun Tudung Ariani Exclusive.[post_ads]
Pasar Kemboja menjual tudung-tudung yang beraneka fesyen dan corak terkini dengan harga yang mampu milik. Kalau anda beli borong, in Sha Allah, harga yang ditawarkan membolehkan anda berniaga tudung dan dapatkan keuntungan tinggi.
[Dah Baca?] Pasar Kemboja Lubuk Shopping Golongan Wanita
Itu sebab ada peniaga tudung dari Kuala Lumpur dan Selangor yang datang ke Pasar Kemboja Parit Buntar ini untuk mendapatkan stok dan bekalan tudung fesyen terkini. Tudung Duck dan Tudung Ariani antara yang mendapat permintaan tinggi daripada peniaga tudung ini.
Pelbagai Corak Terkini Tudung Duck dan Ariani Exclusive
Peniaga di Pasar Kemboja pula memang mahu melariskan produk yang mereka jual. Tudung misalnya sering berubah gaya, fesyen, corak dan warna .. jika mereka tak jual stok yang tersedia, kemungkinan apabila gaya dan fesyen terkini muncul .. stok yang ada agak sukar nak dijual, kecuali jika harganya diturunkan sehingga ke harga kos.Pasar Kemboja Parit Buntar hanya dibuka dan wujud pada setiap Sabtu di Jalan Sempadan, Parit Buntar. Lokasinya di jalan utama ini sangat mudah untuk orang ramai kenal-pasti dan mudah untuk disinggahi.
Andai anda ke Parit Buntar, atau ke kawasan dan daerah berdekatan seperti Bandar Baharu, Kedah atau Nibong Tebal, Penang .. bolehlah datang ke lokasi Pasar Kemboja Parit Buntar ini. Datanglah seawal jam 7:00 pagi, dan gunakan kemudahan tempat letak kereta yang disediakan oleh penduduk sekitar dengan caj serendah RM3.
[post_ads_2]
Jika tak mahu berkenderaan, boleh datang ke Parit Buntar dengan menaiki tren KTM Komuter atau tren ETS. Stesen KTM Parit Buntar pun tak berada jauh dengan lokasi Pasar Kemboja Parit Buntar ini.
Ehemm .... nanti bolehlah anda bergaya dengan fesyen tudung jenama Duck atau Ariani. .. huhu tanpa orang lain tahu bahawa anda beli tudung tu dengan harga yang jauh lebih murah dari apa yang dijual di butik atau kedai tudung.
bestnya shopping tudung. Bila lah dapat sampai sini
BalasPadamingat kat kemboja tadi.haha..ok, baru tau ada pasar kemboja kat sana
BalasPadamAda banyak pasar kemboja .. tapi dipercayai bermula di sini, kat Parit Buntar.
Padamassalamualaikum...dimana ya lokasi ni...
BalasPadamSaya ada beritahu di atas tu. Jika baca teliti, boleh dapat tahu dah. Malah, gunakan Google Map atau Waze dah boleh tahu lokasi tepat.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.