27 February 2018

Lupakan BeLofa dan Zouk, Tetapi Banggalah Dengan Aman

Perghh, kisah Zouk dan tudung Naelofar #BeLofa jadi trending dan banyak diperkatakan orang dua tiga hari ini. Bukan setakat dicakap-cakap di dalam media sosial seperti Facebook dan Twitter, tetapi juga ada juga yang bicarakan dua benda tersebut di kedai kopi hujung kampung kedaung ntah mana hala.


Nampak pengaruh selebriti tersebut yang menjadi pengacara program TV di sebuah stesen TV kena bayar setiap bulan. Saya tak nak cerita pasal kelab malam bernama Zouk sebab saya tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu. Saya juga tak nak cerita pasal tudung baru Naelofar yang boleh dibeli di Lazada.

Lupakan Sebentar Isu BeLofa dan Zouk, Tetapi Banggalah Dengan Pencapaian Aman

Saya nak cerita benda lain, yang mungkin boleh jadi inspirasi buat anak muda zaman sekarang, dan mungkin anak-anak saya boleh ikut jejak. Saya nak cerita pasal Aman. Siapa Aman?
Lupakan Sebentar Isu BeLofa dan Zouk, Tetapi Banggalah Dengan Pencapaian Aman
Tak ramai kot yang tahu pasal anak muda yang bernama Aman ni.

Cuba anda Google nama Muhammad Aman bin Ahmad Tifli.

Ya, tak ramai yang dok bercerita mengenai anak muda berusia 20 tahun yang telah menjadi pelajar terbaik matapelajaran Fizik peringkat A-Level. Beliau menjadi kebanggan warga pendidik Mara baru-baru ini.

Aman Tak Macam Pemuda Seusia Lain

Andai anak muda lain sibuk dengan Instastory, OOTD, panama dance dan juga viral gadis cendol, lain sekali dengan Muhammad Aman bin Ahmad Tifli, yang saya lebih suka memanggilnya sebagai Aman.

Ya, Aman seorang anak muda yang tak mudah leka dengan dunia tanpa sempadan yang suka sangat menviralkan benda tak perlu yang tidak punyai kesan positif untuk kehidupan. Apa yang membuatkan saya bangga dengan anak muda bernama Aman ini?

Pemuda berusia 20 tahun ini baru sahaja diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan bagi subjek Fizik peringkat peperiksaan As (GCE A-Level kerjasama UCLES United Kingdom) di majlis graduasi pelajar Program Persediaan A-Level Jerman di German-Malaysian Institute (GMI) di Dewan Gemilang Mercu Idaman di kampusnya di Kajang Selangor.

Dalam peperiksaan tersebut, Aman mencapai markah tertinggi dan pelajar terbaik bagi subjek Fizik dari seramai 101 orang pelajar Persediaan A-Level Jerman bagi kumpulan 2016.

Perghh. Memang hebat.
[post_ads]

Tips Jadi Pelajar Terbaik Fzik Dalam Bahasa Jerman

Dalam majlis itu, Aman berkongsi sedikit sebanyak tips untuk mahir dalam subjek Fizik.

Kata Aman, "Tak ada rahsia khusus, hanya saya banyakkan ulangkaji soalan-soalan tahun lepas". Ujarnya lagi untuk seseorang mahir dalam subjek Fizik. Mengekalkan momentum pembelajaran sangat penting dan beliau nasihatkan jangan hanya belajar di saat-saat akhir menjelang peperiksaan.

Untuk kemahiran berbahasa Jerman pula, Aman hanya banyakkan menonton filem-filem Jerman dan sebanyak boleh mempraktikkannya dengan berkomunikasi dengan rakan-rakan dan juga pelajar praktikal dari Jerman yang berada di GMI. Bahkan katanya, semasa dipilih mengikuti program persediaan A Level ke Jerman di GMI, beliau tiada langsung pendedahan kepada Bahasa Jerman dan mula mempelajarinya di kampus GMi sahaja.

Fuh. Lagi sekali buatkan saya kagum. Dah la bijak dalam Fizik, lepas tu boleh menguasai bahasa Jerman pula tu.

Saya yang dok belajar Fizik dalam bahasa Melayu, bahasa ibunda pun ... gagap gila nak lulus Fizik ni, apatah lagi dalam bahasa yang tak pernah seumur hidup saya tuturkan.

Dengan kemenangan tersebut, Aman sedang sibuk mempersiapkan bagasinya untuk terbang ke Jerman bulan Mac depan.

Sedikit Latar Belakang Muhammad Aman

Muhammad Aman bin Ahmad Tifli adalah anak kedua dari tiga adik-beradik.  Bapanya ialah Encik Ahmad Tifli Talha dan ibunya adalah Puan Noraniza binti Abdul Latif.

Ayah Aman bukan orang sebarangan. Anda boleh membaca mengenai kisah ayahnya di SINI.

Ok berbalik kepada latar diri Aman.

Beliau merupakan bekas pelajar SMK Seksyen 7 Shah Alam, Selangor yang ditawarkan Skim Pelajar Cemerlang MARA untuk program Persediaan A-Level Jerman di GMI. Tawaran tersebut diberikan selepas Aman menerima keputusan cemerlang SPM. 

Setelah berjaya menjadi pelajar terbaik Fizik dalam tempoh belajar selama 22 bulan di GMI, Aman akan menyambung pelajaran di luar negara di Weilheim Jerman awal bulan Mac 2018 ini.
[post_ads_2]
Minatnya ialah ingin melanjutkan pengajian dalam Kejuruteraan Komputer di Universiti of Applied Sciences Jerman pada musim dingin 2018 ini iaitu sebaik melengkapi program insentif enam (6) bulan bahasa Jerman dan menduduki peperiksaan Bahasa Jerman, TesDAF.

Aman sempat menceritakan kenangan manis di GMI iaitu penglibatan aktifnya dalam pertandingan pidato dan mewakili GMI di Tenby Kuala Lumpur untuk Persidangan Model UN (United Nations Security Council) 2017 dan di Taylors College Seri Hartamas untuk Persidangan Model UN (United Nations International Strategy for Disaster Reduction) memenangi kategori delegasi terbaik 2017. 

Selain itu, Aman juga aktif dalam sukan Frisbee dan memanah.

Bangga Dengan Aman, Jadilah Seperti Aman

Jika saya merupakan bapa kepada Aman, memang saya amat berbangga dengan pencapaian yang telah diperoleh. Saya yakin begitu juga halnya dengan bapanya Encik Ahmad Tifli Talha dan ibunya, Puan Noraniza binti Abdul Latif .

Sekalung tahniah buat Aman dan moga Malaysia melahirkan lebih ramai pemuda bersahsiah tinggi dan mempunyai bakat hebat seperti Aman.

Aha, sekarang anda dah tahu kenapa anda harus lupakan isu BeLofa dan Zouk untuk seketika, dan ringankan jari untuk menviralkan kisah pemuda ini. Klik share dan bangga dengan kejayaan anak muda dari Malaysia ini. 

Banyak lagi kisah yang lebih wajar diviralkan dan jadi trending.

Sumber: E-Warta MARA

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

9 Komen

wah
tahniah Aman
patutnya si Aman nih yang kena di viral kan

pergh tahniah aman. Alangkah baiknya kalau berita seperti Aman ini saja yang patut diviralkan. Btw, fizik, favourite sbject masa kat sekolah dulu huhuh

Wahhh tahniah Aman! Semoga kejayaan demi kejayaan menjadi milik anda.

Waa hebat Aman. InsyaAllah boleh ganti Einstein suatu hari nanti.

hebatnya Aman kan..Baik cari berita pasal ni dari berita artis yang merapu tu

Allhamdulillah... Aman terus cemerlang dunia kahirat

fulamak, fizik tu. mama yg belajar dlm melayu ni oun poning tau. tahniah aman

saya pernah belajar Fizik tetapi terkial-kial juga..

memang salute la dengan Aman..

nama pun sedap dan harap anak saya juga seperti Aman.

bijak dan boleh memberi manfaat kepada negara suatu hari nanti.

Betul. Banyak lagi benda positive yang kits boleh viralkan. Viralkan bnda positive dapatlah juga pahala kan ? Visit http://ibumenyusuhebat.blogspot.my/2018/03/ibu-menyusu-sakit-belakang-apa-yang.html?m=1 for health info

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon