Pernikahan dan perkahwinan ini melenyapkan desas-desus mengenai pengakhiran kisah percintaan kedua mereka ini, SM Faliq dan Chryseis yang telah tular sejak setahun lalu (2017).
11 Foto Perkahwinan SM Faliq Nasimuddin Bersama Chryseis Tan
Kepada rakan pembaca yang tidak tahu mengenai mereka ini, sedikit info saya kongsikan ehh ... Ok. Orait, SM Faliq ini merupakan anak keempat kepada pengasas Naza Group, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin manakala Chryseis pula anak kepada Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang merupakan pengasas Berjaya Group.Faliq merupakan Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn. Bhd sementara Chryseis yang berkelulusan Ijazah Seni Liberal Kajian Antarabangsa di Universiti Waseda, Tokyo merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square.
[post_ads]
Pasangan ini dikatakan mula mengenal sesama sendiri ketika belajar di sebuah sekolah antarabangsa. Difahamkan, pasangan ini dilaporkan telah bertunang pada 2 Julai 2017 ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh.
Menerusi foto sekitar majlis akad nikah yang dimuat naik adik perempuan Faliq, Nur Nadia menerusi Instagram miliknya, pasangan sama cantik sama padan itu bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dengan mas kahwin berjumlah RM1,000.
[post_ads_2]
Meh tengok beberapa foto dan gambar perkahwinan pasangan ini - SM Faliq Nasimuddin dengan Chryseis Tan yang boleh anda ketemui di laman Instagram dengan #chrysfaliqeverafter
Foto Perkahwinan SM Faliq Nasimuddin Bersama Chryseis Tan, Majlis Bertemakan Perkahwinan Dalam Taman
Lagi gambar perkahwinan pasangan ini yang kelihatan sangat meriah dan happening. Beberapa gambar cantik, Chryseis Tan berpakaian pengantin berwarna putih krim, yang sah menjadi hak milik mutlak SM Faliq Nasimuddin.[Dah Baca?] 6 Rutin Life Style Seorang Jutawan
Foto Chryseis Tan, Isteri SM Faliq Nasimuddin
Amacam? Sama cantik sama padan kan? Kita doakan agar perkahwinan antara SM Faliq Nasimuddin Bersama Chryseis Tan ini kekal hingga akhir hayat. Pastinya sesuatu yang sangat menarik nanti apabila dua syarikat besar di Malaysia bergabung dengan sebuah ikatan persaudaraan.Uhh .. macam cerita drama Melayu slot petang-petang tu pulak kan .. huhuhu...
Assalamualaikum HH...mmg cun sama cantik sama padan...dua2 anak org kaya ni...
ReplyDeleteBukan kaya ... tapi KAYA RAYA .. masing2 ayah dan adik beradik tersenarai tu dalam orang paling kaya di malaysia!!!
DeleteSatu fenomena kan? Yg kaya rya pilih yang kaya raya..moga penyatuan mereka memberi banyak kesan yang baik dalam kehidupan kita manusia..mog kekal till jannah...amin.
ReplyDeleteElok kawin yang sama darjat ni, tak adalah dikata orang dan boleh elak fitnah. Doakan yang baik-baik sahaja.
Deletecantiknya suasana macam kt musim bunga.. org have2 punya majlis mmg sukalah mama tgk
ReplyDeleteAduh sedih, his hiss, lengloi sudah kahwin! selamat pengatin baru pada lengloi, dgn pak mentua tak jadi vincent tan. his his sambung nangis balik.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**