Cara nak padam (delete) blog secara kekal. Bagaimana nak delete blog yang mungkin sudah tidak berupdate atau sudah tidak mahu lagi ditonjolkan di dalam dunia blog Malaysia? Ok. Tak susah sebenarnya, sama seperti anda pertama kali mahu buat blog sendiri. Cuma mungkin saya nak tambah beberapa perkara lagi tentang tatacara memadamkan blog secara sepenuhnya.

Bagaimana Cara Nak Padam (Delete) Blog Secara Kekal?

Langkah-langkah cara padam blog secara kekal
Ya, padam blog secara total, secara kekal ... sepenuhnya. Dengan ini, anda tidak perlu risau lagi samada blog anda akan bongkar segala kisah silam anda. Iyalah, blog sebelum ini sangat terkenal sebagai sebuah catatan diari peribadi, berbeza sekali dengan sekarang yang sudah menjadi antara lubuk buat duit online untuk ramai orang yang bekerja di rumah.
[post_ads]
Aha, jadinya kalau katakan anda dah betul berazam nak padam blog anda secara kekal, fikir semula. Blog anda mungkin menjadi lubuk income sampingan buat anda.

Jadi, bagaimana? Nekad dah nak padam blog secara kekal? Tak nak biarkan sahaja atau jadikan ia sebagai 'private'?

Manalah tahu, kot-kot esok lusa tak jadi nak padam, dan mahu ikut jejak langkah blogger hebat macam Ben Ashaari, RedMummy, Denaihati, BeautifulNara, Paultan dan ramai lagi? Waktu tu, anda boleh aktifkan balik blog. Tak perlu padam pun, cuma unpublish je.

Tapi, keputusan kekal di tangan anda.

Nekad dah?

Okay. Saya berikan penyelesaian kepada anda. Tapi harus ingat, perkara paling penting dan utama untuk langkah memadam blog secara kekal ialah akses anda kepada blog tersebut.

Anda perlu login menerusi akaun Google atau Gmail anda. Tanpa login id dan password, maka ...

.. Seharusnya anda berhenti membaca setakat ini. Langkah seterusnya untuk padam blog anda secara kekal tak akan jadi kenyataan jika dua perkara, id email dan password ini ... anda tak ingat atau lupa.

Anda perlu dapatkan id login dan password untuk masuk ke dashboard blog (blogspot) anda supaya anda boleh padam blog anda secara kekal!

Anda ingat id login dan password untuk masuk ke dashboard blog anda? Jika ya, boleh ikuti langkah-langkah seterusnya di bawah ini untuk anda padam blog anda secara kekal, permanent, wooshhh .. nada .. ilek....

6 Langkah Perlu Untuk Padam Blog (Blogspot) Secara Kekal

Langkah #1 - Masuk ke ruangan dashboard blogspot untuk padam blog secara kekal.

Langkah pertama untuk padam blog blogspot
Pergi ke ruangan dashboard blogspot anda. Pilih blog yang mahu dipadamkan. Kemudian, pilih 'Settings' blog tersebut seperti ditunjukkan di atas. Butiran asas (basic) mengenai blog anda yang ingin anda padam secara kekal akan ditunjukkan di ruangan sebelahnya.

Langkah #2 - Pilih 'Other'.

Bagaimana nak padam atau delete blog secara sempurna

Langkah #3 - Pilih 'Delete blog'.

Apabila anda klik 'Other', paparan seperti di atas akan ditunjukkan. Jika anda yakin dan nekad mahu terus padam blog anda, maka klik 'Delete blog' tanpa ragu-ragu.

Aha .. bila sampai ke langkah ini, satu 'ujian' akan diberikan untuk anda!

Ujian?

Ya, ujian berbentuk soalan untuk pastikan anda benar-benar mahu padam dan hilangkan blog anda dari dunia internet tanpa sempadan.

Paparan di bawah akan keluar, dan ia merupakan langkah seterusnya untuk anda padam blog secara total.
Langkah untuk padam blog
Google pun tak mahu anda sia-siakan blog anda. Mereka tanya pada anda, samada anda mahu 'simpan' blog anda ke komputer atau laptop sebelum anda padam terus.

Mereka mahu segala 'kenangan' anda dengan blog anda dapat diabadikan dengan cara lain.

Mungkin dalam blog lain?

Anda perlu ambil masa anda sendiri untuk fikir. Betul ke nak padam terus? Betul dah tak mahu blog peribadi sendiri?

Jika jawapan anda masih "Ya, saya mahu padam blog saya secara kekal .. terus padam .. permanent delete"

Maka gunakan langkah keempat ini.

Langkah #4 - Klik butang 'Delete This Blog'.

Apabila anda klik butang tersebut, maka blog anda akan berada di dalam senarai blog untuk dipadamkan. Anda boleh jumpa senarai blog ini di bahagian sisi. Anda boleh lihat pada paparan di bawah.

Ini maksudnya apa?

Maksudnya, blog anda masih lagi belum lagi dipadamkan secara total. Aha .. sekali lagi, Google dan Blogger.com cuba nak uji pendirian anda. Betul ke anda nak padam blog anda secara kekal ni?

Blog yang telah anda klik butang 'Delete This Blog' masih mempunyai tempoh selama 90 hari untuk dikembalikan atau diterbitkan semula dengan url yang sama.
Langkah penting untuk padam blog secara kekal atau permanent

Tak mahu dah tunggu, anda memang mahu melupakan dunia blog Malaysia. Anda memang sudah tidak mahu lagi ada sebarang blog. Anda memang mahu padam blog anda di blogspot secara kekal.

Langkah #5 dan #6 - Padam blog anda secara kekal dengan butang 'Permanently Delete' tanpa ragu lagi.

Ikuti seperti ditunjukkan pada paparan di atas, klik butang yang telah tersedia untuk anda, iaitu butang 'Permanently Delete', untuk terus padam blog anda daripada terus wujud. Apabila sahaja anda klik butang tersebut, satu dialog box akan keluar, menyatakan persetujuaan anda (sekali lagi???).

Mahu terus padam - kekal selamanya? Atau anda secara tiba-tiba mahu blog anda dikekalkan? Mahu kekalkan dan simpan secara diam-diam, pilih butang 'Keep'. Jika anda memang 100% darab kali kelapan .. memang nekad dah, klik butang satu lagi tu .. butan 'Permanently delete'.
Cara Padam Blog Secara Kekal
Walla, bila tekan butang yang sepatutnya tu, maka berakhirnya langkah-langkah penting untuk padam blog anda daripada dashboard blogspot anda - dan secara amnya ... terpadam dalam pengkalan data blogger.com/blogspot.

In Sha Allah, blog anda juga sudah dianggap tidak lagi wujud.

Cuma beberapa ingatan penting untuk anda bila anda padam blog anda secara kekal mengikut panduan dan langkah-langkah yang saya tunjukkan di atas tadi:

  • Anda hanya boleh padam blog blogspot milik anda sahaja.
  • Jika anda gunakan nama domain blog sendiri (.com/.net/.my/.com.my dan sebagainya) dan gunakan fungsi cache, sesetengah isi kandungan blog anda mungkin akan wujud untuk satu tempoh tertentu.
  • RSS atau feed blog anda mungkin masih wujud di internet, samada dalam bentuk cebisan kandungan atau penuh. Tetapi ia tidak akan merujuk terus ke blog anda kerana link sudah tidak lagi aktif.
  • Anda tidak boleh padam blog orang lain yang copy-paste kandungan blog anda secara total, walaupun isi kandungannya adalah 100% daripada blog yang anda padam sebelum ini.
  • Sila ambil masa antara 24 hingga 72 jam untuk blog dan segala isinya padam secara total.

[post_ads_2]
Oh ya, anda juga harus sedar sesuatu.

Google dan Bing cuma sebahagian daripada internet. Ada pelbagai lagi jenis dan sumber dalam internet yang mungkin menyimpan data mengenai blog anda yang sudah terpadam. Jika blog anda ada banyak konten, ia akan ambil masa agak lama dari yang anda jangkakan untuk semuanya padam secara total.

Maka bersabar.

Perkara paling penting  untuk anda padam blog sudah dilakukan, jadi biarkan masa sahaja yang menentukan seterusnya.

Oh ya, jangan lupa untuk padamkan blog anda dalam Google Search Console! Ia satu langkah tambahan jika anda pernah daftarkan blog anda itu dalam Google Search Console. Jika tak pernah, maka boleh abaikan sahaja langkah ini.
Lega?

Saya harap entri ini akan dapat membantu ramai blogger yang tidak mahu blog lama terus wujud, atau untuk mereka yang sudah tidak mahu lagi terlibat dalam dunia blog dan tak akan menulis blog lagi.

Untuk rujukan tambahan boleh lihat Completely Remove Entire Page oleh Google.

Semoga berjaya.

p.s: Saya telah tulis semula berkaitan cara nak padam blog ini secara kekal memandangkan entri lama ada beberapa kelompongan dan langkah-langkah juga sudah diperkemaskan oleh Blogger.com

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Info yg bermanfaat TAPI belum terfikir lagi nak delete...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya lak dah padam banyakkkk blog sejak 2010. Ada tu blog yang selalu beri income pada saya.

      Padam
  2. Assalamualaikum. Maaf saya nak tanya. Saya dah padam blog saya. tapi bila saya search nama blog dia masih ada gambar yang saya nak buang tu. Macm Encik kata, dia akan padam tapi dalam tempoh masa tertentu, jadi content tersebut akn hilang cuma lambat ye?

    BalasPadam
  3. Mcm mna ye dah padam tu blog tapi image still ada dkt google.. Tlong .��

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena login ke akaun Google, dan padam kat Google Album tu. ia akan ambil masa sedikit.

      Padam
  4. macamana nak delete blog yang kita lupa email dan passwordnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena buat permohonan rasmi kepada pihak Google. Tapi kena ada bukti kita adalah owner. Kalau tak ada bukti.. susah sikit.

      Cara lain, report blog tu sebagai ADA ISU.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement