Google Beri 'Warning' - Jangan Pengaruhi Pembaca Untuk Klik Iklan Adsense

Borong Online dari China
Saya kena tegur lagi oleh Google Adsense, ia berkenaan perletakkan iklan Adsense di dalam blog. Teguran yang bersifat amaran ini saya terima menerusi email rasmi yang didaftarkan dalam akaun penuh Adsense saya. Jika status akaun Adsense anda adalah akaun penuh, maka akan seringlah dapat bantuan serta khidmat nasihat daripada mereka untuk pastikan anda dapat income USD secara betul.

Nak tahu kenapa saya diberikan amaran oleh pihak Google Adsense? Aha .. Google menyatakan bahawa saya telah meletakkan iklan di dalam blog dengan cara cuba pengaruhi pembaca untuk klik iklan Adsense yang muncul.

Amaran Google Adsense - Jangan Minta Iklan Diklik Pembaca

Google Warning Jangan Pengaruhi Pembaca Klik Iklan
Google Warning Jangan Pengaruhi Pembaca Klik Iklan
Saya tak bersalah..haha. Saya tak ada pun minta pembaca blog saya untuk klik iklan daripada Adsense. Serius, tidak pernah sekali. Saya tahu dan baca terma dan syarat ketat berkaitan cara nak jana income menerusi Adsense ni. Come on lah wahai Adsense ... i did nothing okay...

Blog adalah sumber income saya, takkanlah saya nak pertaruhkan blog saya ini untuk satu aktiviti yang salah seperti dinyatakan dalam terma Adsense?

Ini apa yang terkandung di dalam email dihantar oleh Google Adsense.

Publishers are not permitted to cause users to click on Google ads unintentionally or drive excessive attention to ad units. This includes implementations, such as:
Dalam email itu juga memberitahu saya apa yang perlu dilakukan untuk elakkan sebarang tindakan susulan. Nak tahu penyelesaiannya?
  1. If you received a notification in regard to page content, we request that you immediately remove Google ads from the violating pages. If you are unable to, or unsure of how to remove the ads from these pages, or would like to continue monetizing the page with Google ads, please modify or remove the violating content to meet our AdSense policies.
  2. If you received a notification in regards to the way ads are implemented on your site, please make the necessary changes to your implementation.
Maka, tanpa membuang masa, saya pun padam post yang dimaksudkan tu.

Post dimaksudkan itu ialah satu blog post yang diterbitkan pada awal tahun 2017, iaitu "Cara Dapat Income USD Kerja Dari Rumah". Walaupun ianya telah dipadamkan, jika anda cuba Google dengan keyword tertentu, link ke post ini masih ada, dan aktif dalam carian.

Atas nasihat sahabat saya yang boleh dianggap sebagai pakar seo juga, maka link tersebut saya redirect ke homepage blog iaitu paparan utama blog; dari dibawa oleh enjin carian ke satu laman error 404.

Saya juga telah membuat request khas dalam panel dashboard Google Search Console untuk buang post tersebut dalam pengkalan data carian Google.

[Baca] 9 Tips Google Adsense Perlu Ikuti

Sentiasa Semak Dashboard Google Adsense

Makluman dan maklumat berkaitan perlanggaran polisi Adsense, selain daripada menerima email, anda juga boleh semak di panel dashboard Google Adsense. Jika ada tanda merah pada akaun, ini bermakna ada perlanggaran terma, syarat atau polisi telah berlaku.
[post_ads]
Jangan tunggu. Sila lakukan apa yang diminta atau buat ubahsuaian yang perlu agar akaun Adsense anda terus memberikan income sewajarnya menerusi blog anda. Jika sudah melakukan apa yang patut, klik butang tersedia, iaitu butang "Mark as Resolve"
Google Warning Jangan Pengaruhi Pembaca Klik Iklan
Saya bernasib baik kerana diberikan amaran, selain ditunjukkan cara untuk selesaikan masalah yang berkaitan. Alhamdulillah, akaun Adsense saya masih aktif.

Jika anda mahu menjana income dengan Adsense, pastikan anda dapatkan panduan Adsense dalam Bahasa Malaysia yang sedikit sebanyak membantu dalam meletakkan kod iklan Adsense di dalam blog. Panduan tersebut ada saya ceritakan di sini - Ebook Panduan Adsense Revive - Harga Diskaun

Semoga perkongsian ringkas mengenai pengalaman saya dikenakan Adsense Warning ni dapat berikan anda pemahaman mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dalam aplikasikan perletakkan banner iklan dari Adsense ni.

Oh ya, sebelum tu, saya nak berikan tips pantas mengenai Adsense ni. Jika anda mahu mendapatkan akaun penuh Adsense, pastikan anda mendapatkan nama domain sendiri untuk blog anda. Anda mungkin risau kesan dan akibat apabila blog bertukar domain kan?

[Baca ni] 10 Perkara Perlu Tahu Apabila Blogspot Bertukar ke Nama Domain Sendiri
[post_ads_2]


Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

18 Comments

  1. pernah kena 30 hari kena disable.. sebab langgar peraturan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm .. saya pernah kena lebih 3 bulan disable Adsense ni kat blog ni.

      Delete
  2. Terima kasih kerana masukkan saya dalam blog pilihan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas penjelasan ni. Mana tau esok2 kita pula yg mengalami masalah yg sama. Mudah nk settle nanti.

    ReplyDelete
  4. Huhu saya tau pasang pakai dan je. Ikut standard adsense dalam akaun. Tak pernah ambik tau pun pasal 4 point implementation rule tu. So far belum ada masalah & warning/violation notice. Goyang juga baca artikel abang hasrul ni. Adsense please be nice to me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau adsense hosted jarang kena. Ia akan kena bila dah lebih threshold nanti

      Delete
  5. mmg risau bila dapat amaran gitu..dan pernah dulu ada kekwn letak msg dlm chatbox yg dia klik iklan...mmg rasa risau takut kena suspend Adsense..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya letak chatbox ni, selain daripada masalah klik iklan ni, ia juga menjadi lubuk untuk serangan malware, dan juga cara untuk orang hack akaun blog.

      Delete
  6. Terima kasih atas info yang berguna untuk pengetahuan pada sesiapa yang ingin menjana pendapatan melalui Google Adsense..

    ReplyDelete
  7. ada jugak kena macam ni..saya save as draft je entry tu.,takut pulak nak publish..kan kena saman pulak dengan google...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beringat sebelum kena, dah kena nanti .. susah. Nasib je kalau dilepaskan. Skrang ni .. mana-mana akaun baru memang mudah sangat kena banned dgn Adsense. Akaun lama, tak terus banned, dia akan warning dulu

      Delete
  8. Oh dasyat. Thanks sharing this HH.

    ReplyDelete
  9. Sy nye adsense tk enable lg
    .
    Cmne tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada masalah di mana-mana tu, dah baca ke panduan adsense tu?

      Delete
  10. Memang Adsense sebelum ini Google Adsense telah memperbaharui Terma dan Syarat...lebih-lebih lagi iklan yang bersama artikel konten. Seolah-olah menggalakkan pelawat untuk klik... lebih kurang begitulah. Terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.